nuffnangku

Thursday, March 31, 2011

review wedding.tempat majlis pernikahan.

di mana mahu bermula ye?
susah juga rupa-rupanya hendak review pasal wedding sendiri.selalunya best je baca review wedding orang lain.tapi bila kena pada diri sendiri,banyak kali jugalah saya taip dan delete.taip delete.macam buntu hendak cerita pasal apa dulu.ok lah,saya mulakan dengan tempat majlis pernikahan dilangsungkan.

mengikut kehendak hati,saya mahu ia dilangsungkan :
1)di rumah pusaka atok saya.rumah kampung yang masih kekal ciri-ciri kampungnya.di Taming Sari.
alasan : kerana saya membesar di situ.terlalu banyak kenangan yang tak dapat dan tak mungkin saya lupakan
masalah : rumah itu tidak luas.sempit dan kurang selesa.hendak renovate pun nanti menjadi satu hal pula.kos lagi.
kehendak hati yang pertama dilupakan.

2)masjid Ar-Rahman,Pengkalan Rama.
alasan: sejak kecil,saya mengaji di masjid ini.dari masjid ini kecil dan buruk suatu masa dulu,sekarang telah direnovate menjadi sangat indah dan luas.nikah di masjid adalah sangat simple dan rumah tak berkecah.
masalah : saya sudah mempunyai sebuah rumah lagi dan jarak antara rumah pusaka dan rumah satu lagi adalah dalam 20 minit perjalanan.ia menyukarkan segala urusan kalau satu majlis di utara dan satu lagi di selatan.dan saya takut kalau tiba-tiba bendera merah ke apa ke kan,nanti tak pasal-pasal je.atau ada tetamu yang bendera merah juga.

3)rumah saya sendiri.
alasan : sentimental value.sebab rumah ini dibeli oleh saya sendiri sejak 11 Januari 2009.bayar muka dibayar oleh parent sempena birthday saya dan urusan seterusnya adalah hasil titik peluh saya sendiri.kebetulan saya dapat beli rumah ini yang terletak bersebelah dengan rumah parent saya.alhamdulilah.parent berpendapat adalah lebih baik rumah saya dan rumah mereka digabungkan menjadi sebuah rumah.rumah direnovate.tempat untuk majlis pernikahan checked!!


rumah parent sebelum ini diberi sewa pada bermacam orang.jadi rumah itu tidak dijaga dengan baik..tapi sebab wedding saya,parent sudi renovate rumah untuk keselesaan tetamu yang hadir nanti.hasil combine rumah saya dan parent,rumah kami ada 5 bilik tidur dan 3 bilik air,2 ruang tamu dan 1 dapur.
DSC_0563 (2)
keadaan rumah parent yang direnovate.

selain itu juga,saya minta parent catkan keseluruhan rumah ini kepada warna putih sahaja untuk impak suci murni lah kononnya :) dalam kamera sendiri tiada pula gambar keseluruhan rumah ini.jadi tak dapat upload.mana tahu OP ada pic ni,nanti saya upload ye.saya memilih tempat yang memberi nostalgia atau mempunyai nilainya yang tersendiri dalam hidup saya sebab itu adalah saya.saya menjadi saya adalah kerana tempat-tempat ini wujud.dan terlalu banyak kenangan suka duka yang pernah berlaku di sini,maka saya mahu masjid yang bakal saya bina ini juga bermula dari rumah saya-rumahku syurgaku,kan?hehe.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...