nuffnangku

Sunday, March 6, 2011

7.tailor atau designer?tukang jahit atau pereka fesyen?

ini untuk yang memilih tempah baju sendiri.di majlis yang mana anda tempah?sanding?nikah?

a)tempah baju nikah dan baju sanding dengan designer
b)tempah baju nikah dengan tailor dan baju sanding dengan designer
c)tempah baju nikah dan baju sanding dengan tailor
d)sewa kedua-duanya dengan mak andam

anda yang mana?ia sebenarnya ikut keutamaan masing-masing.ada yang mementingkan rekaan esklusif ,ada yang mementingkan hak milik dan ada juga yang sempoi.yang mementingkan rekaan eklusif,maknanya baju itu baju kahwin dia,dia mahu jadi orang yang mula-mula pakai design itu.dia tidak suka hanya menjadi orang yang mengikut sebiji-biji.hehe.
ada juga yang mementingkan hak milik,maknanya dia tidak suka berkongsi baju dengan orang lain dan menjadi siaran ulang tayang je.dan ada juga,tak kisah langsung.

kalau tempah dengan tailor,maknanya kita bawa design yang disukai,dan mereka akan nyatakan mampu ikut design tersebut atau tidak.kebiasaannya harga tempah baju dengan tailor adalah 90 peratus lebih murah dari tempah dengan designer.kain kebiasaannya adalah pilihan kita sendiri .

kalau tempah dengan designer,harga kebiasaan adalah 90 peratus lebih tinggi kalau designer tersebut memang terkenal dengan keunikan mereka sendiri.kalau tempah dengan designer,mereka akan mendesignkan satu rekaan yang sesuai untuk kita selepas mendengar permintaan kita.kita hendak gaya yang macam ini,warna seperti ini dan macam-macam lagi.dan tugas designer biasanya akan pilihkan material dan sketch design yang baru untuk kita,sebab itulah harga mereka lebih mahal sebab mereka keluarkan idea dan memerah otak untuk membuat sesuatu rekaan.

antara designer -designer muda yang mungkin boleh anda konsider semasa membuat survey :

1)Nik Erwan Roseli
2)Unaisah Azlan
3)Hatta Dolmat
4)Nurita Harith
5)Najib Salman

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...