nuffnangku

Tuesday, February 22, 2011

1.bagaimana membuat persiapan kahwin dalam masa yang singkat.

teehee.

salam semua yang sudi singgah di sini.
terima kasih kerana sudi melawat blog saya!(hug korang banyak2)
ok,mari terus kepada tajuknya-bagaimana membuat persiapan kahwin dalam masa yang singkat.
biasanya orang akan membuat persiapan dalam tempoh masa setahun lebih atau setahun dari tarikh perkahwinannya,kan?tetapi untuk orang-orang yang terlalu bz,kerja di institusi kewangan atau sektor perkilangan yang menuntut masa yang lebih,tentunya 24 jam sehari tidak pernah cukup,kan?ask my officemate,dan dorang akan mengiyakan.kesian kami :(


untuk mereka yang bz tetapi akan berkahwin dalam tempoh masa kurang dari 6 bulan atau 5 bulan,then how?semua boleh di siapkan sekelip mata jika duit memang berkepuk.tetapi kalau duit memang perlu dibajet-bajet,bagaimana pula ye?sebab saya pernah terbaca,lupa sudah di mana saya membacanya:

"jika kita mahu jimatkan duit,kita perlulah banyak korbankan masa kita.
jika kita mahu jimatkan masa,kita perlulah banyak korbankan duit kita"

yang mana pilihan anda?sudah tentulah kalau boleh kita mahu menjimatkan kedua-duanya kan?paling berbaloi kalau $$$ dapat dijimatkan dulu.hehe.pada pendapat saya,untuk bride to be yang kesuntukan masa ni,mula-mula luangkan masa beberapa ketika untuk membuat research.research.research.Research melalui blog B2B yang lain,Ex-B2B atau vendor-vendor.dan kemudian,email mereka terutama vendor untuk mendapatkan quotation harga atau B2B or Ex B2B untuk info.tapi janganlah tanya info yang mereka sudah sedia maklum postkan di blog mereka.dan jangan pula bertanya soalan-soalan yang tidak sepatutnya di tanya seperti berapa kos u buat majlis u eh?harga baju u berapa?dan macam-macam lagi lah.itukan sensitif,dan itu sangat peribadi.

kalau majlis anda sudah ada tarikh,lagi mudah.sebulan pertama,survey je dulu,disamping kumpul duit untuk membayar deposit jika ada yang berkenan.sebab itu saya kata survey dan research adalah penting sebab masa yang suntuk plus budget.supaya tidak terjadi di mana sudah bayar di vendor A tetiba terjumpa pula pasal vendor B pun menyediakan perkhidmatan yang sama dengan kos yang lebih murah.bagaimana tu?sengih jela.

yang penting,gerak hati.kalau kita rasa vendor tu boleh ekspresikan apa yang kita inginkan,jadi teruskan saja kan.kena ingat,masa singkat dan tumpuan perlu menyeluruh.

kalau majlis belum ada kata putus tentang tarikhnya,jadi ini agak sulit untuk kita booking atau minta quotation harga dari vendor kan?jadi ketika ini,settlekan benda-benda yang tidak perlukan tarikh seperti menyiapkan bilik tidur pengantin,pilih deko yang berkenan di hati ,DIY bunga telor ke atau sebarang kerja DIY yang menuntut masa yang banyak dari anda.jangan jadi macam saya,masa dah suntuk,baru hegeh-hegeh hendak memulakan projek DIY.last-last memang rasa macam saya sedang berlari seiring masa :) *padan muka!~*

yang penting,jangan cemas.walaupun masa sangat singkat.

kalau sudah ada tarikh,cuba settlekan yang penting dulu.yang penting itu apa?
1)pelamin
2)butik yang menyediakan pakej baju sanding,nikah,mekap
3)catering/lauk kenduri
4)kanopi
5)kad
6)barang hantaran
7)jurugambar

mula-mula booking dulu.bayar deposit.dan paling penting,jangan jadi bridezilla sangat.jangan tukar sana-cancel sana sini,nanti rugi deposit :) kan awal-awal dah suruh buat survey,itulah faedahnya :) lepas itu kena tetap pendirian,bila dah tetap pendirian,bolehlah slash item itu dari listing yang panjang itu dan proceed to the next number.hehehehe.bila ada sebulan dua lagi,sudah boleh rilex sikit sebab semua yang penting,telah di booking.kan.

untuk yang sudah membuat persiapan sejak setahun lalu,alangkah indahnya kan.tak pe.






ini pendapat saya,berdasarkan pengalaman orang sekitar dan sahabat.mungkin lain orang lain caranya

2 comments:

  1. sara..betul tu..survey sgt penting..
    lagi satu sila lah beli notebook untuk kawin..huhuhu..

    ReplyDelete
  2. dear,kite mmg ada notebook sbb kite pelupa :(

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...