nuffnangku

Sunday, February 27, 2011

4.majlis nikah.

salam.
sepatutnya entri ini dikeluarkan pada hari jumaat,tapi disebabkan saya amatlah sibuk dengan segala macam hal,termasuk D.I.Y saat akhir,maka entri ini barulah terhegeh-hegeh di update pada hari ini (-____-')

majlis nikah.
majlis yang bagi saya lebih kepada teman-teman rapat dan ia majlis di mana tetamu adalah dikalangan kelaurga dan sahabat-sahabat.kita lebih dekat dengan mereka pada majlis ini.sebab itu majlis akad nikah adalah majlis lebih kepada personal.lebih privasi.lebih sentimental.kerana ia majlis menyaksikan perjanjian dua manusia yang pada hari ini adalah sah di sisi agama.dua manusia yang sitakdirkan Allah,maka ia sangat sentimental.

bagi saya,majlis ini kalau boleh biarlah di tempat yang suci atau ditempat yang sangat mencerminkan diri kita sendiri.eh tapi kalau mampu,tiada salahnya buat ia di sebuah dewan atau hotel.macam biasalah,entri-entri bernombor seperti ini adalah tentang saya,pendapat saya untuk diri saya sendiri.saya tidak berniat untuk memberi pendapat atau komen pada majlis orang lain.sebab lain orang lain pendapat dan impiannya kan.tapi untuk orang yang konservatif macam saya,saya mahu ia dilakukan di rumah atau masjid.tapi lebih kepada rumah saya sendiri.kerana ia ada nilai yang sukar digambarkan dengan kata-kata.kenapa tidak di masjid saja?sebab saya takut ada tetamu perempuan saya keuzuran pada hari itu dan tidak dapat turut serta di majlis itu.

kalau untuk pakaian pula,saya lebih prefer baju sendiri dari pakai baju mak andam sebab err,ini majlis nikah saya.bukan setiap hari saya bernikah,jadi apa salahnya saya membuat 1 baju baru untuk diri sendiri.kan.sebab nanti boleh disimpan buat kenangan pada anak cucu atau sebagai harta turun temurun(kekekeke,tak ada maknanya hendak jadi harta turun temurun).saya lebih suka baju yang simple sebab saya seorang yang simple.mekap yang simple dan segalanya yang simple.sigh.maafkan diriku kerana telah dilahirkan menjadi manusia yang sangat simple (+ _~')V

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...