nuffnangku

Thursday, February 24, 2011

3.warna tema.warna apa ye?

kita jarang buat majlis yang bertema.kebiasaannya kita hanya akan bermain dengan warna tema sahaja.ramai yang keliru,tema dan warna tema adalah berbeza.

contohnya  cik puan ann yang superb dengan majlis bertemanya.sangatlah mencair perasaan saya melihat pelaminnya yang sangat berbeza dari pelamin biasa.sunguh best,ok.ini baru di namakan bertema.

kebiasaannya wedding yang kita pergi hanya bermain dengan warna tema.kerana warna tema adalah yang paling mudah ditentukan.tema pula,bukan senang.di ulang-bukan senang.sebab apa saya kata bukan senang,sebab hendak menyuruh makcik pakcik kita yang separuh abad itu ikut tema kita,bukan mudah.kerana mereka sudah terbiasa dengan wedding turun temurun sejak dulu dengan cara yang satu sahaja.saya cuma kata bukan senang,tapi tidak mustahil.kalau itu kemahuan kita,kita cubalah sedaya upaya merealisasikannya.

macam contoh,tema bollywood.kalau untuk tema seperti ini,kita haruslah tahu warna-warna yang serasi dengan tema ini,pakaiannya pengantinnya seperti mana,pakaian pengapitnya seperti mana kan.,pelaminnya juga seperti mana.jangankan tema bollywood,pengantinnya memang betullah sudah ber 'leghna' tapi pengapitnya berkebaya,pelaminnya ala-ala bali.owh,jadi confuse identity nanti.ini hanya pendapat saya sahaja.terpulanglah pada anda.macam saya,saya lebih suka tema yang simple dan mudah yang tidak memeningkan kepala sesiapa.kawan-kawan pun tak pening nak cari baju.

ada juga yang hanya fokus pada warna tema.kalau fokus pada warna tema,janganlah mem 'pink' kan kesemuanya atau mem'biru'kan kesemuanya.rasa macam berpinar mata.beranilah bermain dengan dua warna berbeza dan kalau boleh pengantin biarlah dalam warnanya sendiri.jangan dari pengantin,pelamin,bridemaid dan semuanyalah dalam satu warna.

kalau saya,memang tak dinafikan pemilihan warna tema adalah sangat pening.sungguh pening.rasanya warna tema saya sentiasa berubah.ikut mood dan ikut mata memandang.jadinya saya sentiasa memilih jalan tengah iaitu walau apapun terjadi,semua masih dapat di selesaikan.macam contoh,baju pengantin warna putih.jadi warna baju pengapit,family itu boleh ditukar kalau kot kot mereka tak berkenan dengan warna yang ditentukan kan.putih kan masuk je dengan apa-apa warna.

ini pendapat saya.sekadar berkongsi.terpulanglah pada pendapat masing-masing,jangan kutuk saya ye semata-mata pendapat saya ni :(

2 comments:

  1. yaa.. tidak disangkal lagik.. semua yg awak perkatakan itu adalah betoi dan contoh yg awak berikan itu jugak amat tepat.. :) cik puan ann mmg talented dan unique kind of ex-bride.. :)

    p.s : chek pun tak suka pakai baju yg sama ngan pengapit,keluarga, pelamin, dekorasi bilik pengantin.. dan yg paling takut.. sama kaler ngan alas meja..!! hahah.. horror tuee... :(

    p.s lagik : nikah chek nnt..chek pakai kaler yellow mustard.. (family pakai light orange/peach), resepsi (perempuan)..chek pakai silver-grey (family pakai baby pink) & resepsi 2 (lelaki)...chek pakai kaler midnite blue..family chek pakai kaler purple.. [saja chek nak berkongsi..] :)

    ReplyDelete
  2. hehehe...kalo bole sy nak warna warni..tp sy ni obsess kaler purple..semua nak kaler tu..bole tak wat 3 kaler cmni..lite purple+purple+dark purple,,,hahahaha..serius..sy glr kaler purple..xtau cmne nk control diri ni..hehehe..tp i.Allah majlis kaer purple+grey..heee

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...