nuffnangku

Wednesday, February 23, 2011

2.majlis di mana ye?peninglah

mula-mula bila merancang buat majlis,akan terfikir-nak buat di mana?
rumah sahaja?
dewan?
atau hotel?

apa-apapun berbalik pada bajet kan.kalau bajet memang terbaik,apa salahnya.buat saja di tempat yang hebat.tapi jika tidak punyai bajet yang banyak?rumah saja lah pilihan yang ada.tapi buat di rumah pun apa kurangnya kan?biasalah mentaliti,kalau buat di hotel,mesti best,mesti hebat.kalau buat di rumah,ala tak best itu ini bla bla bla.

buat majlis yang memudahkan kawan-kawan dan saudara mara untuk datang dan kalau mampu tidak ada salahnya menyediakan majlis yang selesa untuk mereka,kan.walau buat di mana pun,ok je asalkan niat asal untuk meraikan pengantin dan tetamu tidak diselewengkan sampai jadi majlis menunjuk-nunjuk.

macam saya,saya suka suasana yang sederhana,simple dan rilex.tidak leceh-leceh dan rumit.

eh,orang yang buat majlis di rumah,lagi makan belanja taw sebab kanopi 1 dah berapakan.kalau 7 kanopi?katalah 1 kanopi adalah RM250 -RM350..darabkan dengan 7.hmmm,nampak tak? sebab itulah kebanyakkan orang lebih suka memilih dewan atau hotel.sebab kalau hujan pun,dia masih tak perlu risau tetamu akan kebasahan atau tidak selesa,kan.

tapi kalau buat di rumah ia adalah agak sentimental.ada nilainya yang tersendiri.saya juga suka kalau dapat buat majlis saya di rumah saya sendiri :)

3 comments:

  1. buat majlis dalam laut...xpernah dibuat org...something to be remembered..free lg

    ReplyDelete
  2. Sangat setuju, rumah lagi mahal kot, tapi meriah

    ReplyDelete
  3. zul:lg makan blanja besar ler...apa y free..cett

    rilla:ye kan..mmg meriah klu buat kat umah..hehehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...