nuffnangku

Wednesday, January 5, 2011

. mood berangan saya .

berangan..
siapa suka berangan?
saya!
kamu?suka tak?
hehe.

saya dari kecil dulu dah memang suka berangan.masa itu saya namakan ia cita-cita saya.tapi sejak ianya tidak lah tercapai,maka itu dinamakan berangan.hahaha.kalau dulu pergi sekolah dari tadika sampailah darjah enam dan kadang-kadang sampailah sekolah menengah soalan popular adalah 'apakah cita-cita kamu?'
sigh.
macamlah tiada soalan lain kan.
tapi hendak buat macamana.dari pertanyaan itu sebenarnya kita di develop(dibentuk/diajar/dididik) untuk mempunyai cita-cita,pandai berangan dan mempunyai pilihan sendiri.
masa dulu,kalau soalan popular itu keluar,jawapan yang popular haruslah cikgu,doktor dan askar.
hahaha.mana pandai lagi hendak sebut Executive,Credit Control Officer or what so everlah kan.
mengenang kembali zaman kanak-kanak saya,kalau ditanya cita-cita saya:


bukan model.no no no.hahahaah

1)masa umur 7 tahun sampai 9 tahun:

menjadi cikgu.setiap hari lepas balik dari sekolah,mesti main cikgu-cikgu dengan anak jiran.dan aku haruslah menjadi cikgu yang garang.serius.entah apsal aku ini memang sudah sedia garang sejak kecil lagi.yang bestnya,aku ajar anak jiran yang umur 5 tahun or 4 tahun ketika itu,mengeja,sampai dia jadi pandai membaca pada usia semuda itu.gila tak gila aku ekstrem sungguh hendak jadi cikgu.

2)masa umur 10 tahun
aku conflict identity sekejap.hahaha.sebabnya tetiba aku hendak jadi penyanyi.giler dowh.masa itu penangan hebat si kumpulan Feminin membuatkan setiap petang,aku dan anak-anak jiran lepas balik mengaji dengan arwah Pak Abu,akan menari terkinja-kinja mengikut gaya si feminin itu dengan lagu 'angin bayu membawa diriku.....'

3)tak ingat umur berapa,aku kembali menjadi manusia normal
gila kau,mak aku kalau tahu aku nak jadi penyanyi,memang habis kena sebat dengan batang pokok bunga yang dia tanam tu.hahaha.kemudian aku hendak menjadi penulis buku.aku memang suka menulis.tapi masa itu aku rajin tulis cerpen tapi kemudian mahu jadi pelukis.sebab aku suka melukis juga.adoi.macam-macamlah aku ni.sebab itu aku amik tingkatan 6,kononnya mahu mendalami bidang penulisan dan berjaya sebagai penulis.

4)masuk Universiti
cita-cita aku mula bertukar.menjadi ahli perniagaan kononnya.

5)sekarang
semua itu jadi angan-angan aku je.tak payahlah nak berangan tinggi sangat.hahaaha.bidang yang aku kerja ni langsung tak ada dalam senarai cita-cita aku tu.

cepat betul masa berlalu.
sampai aku tak terkejar dek waktu.

p/s:
1)yeyyh.hari ini dapat tengok He's Beautiful
2)kerja hari ini tidak mentensionkan kepala i
3)saya mendapat khabar,seseorang kehilangan orang tersayangnya.takziah.

Love,
Lara

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...