nuffnangku

Saturday, January 1, 2011

1 Januari 2011

1 Januari 2011.selamat tahun baru.

sekejap saja masa berlalu dan sekarang 2010 telah melabuhkan tirainya dan tidak akan kembali lagi.syukur alhamdulilah sepanjang tahun 2010 ini saya telah berjaya menjadi manusia yang positif.kalau dilihat pada entri-entri di blog saya sepanjang tahun 2010 lebih kepada beraura positif.Alhamdulilah.
hmmmm.
-saya tak kisah orang nak kutuk saya ke,nak sindir,nak kata apapun,terpulanglah.malaslah nak amik kisah.bukan penting pun.
-saya percaya pada istighkharah dan jawapan yang diberikan,jadi teruskan aje.Tuhan lebih mengetahuikan.manusia apa yang tahu.cakap je pandai.lepas itu sibuk nak mengutuk.heh.

mengenang semula tahun 2010
1)rumah yang saya beli sendiri sejak tahun 2009 lagi telah berjaya di renovate pada tahun 2010 dan dijangka siap sepenuhnya awal tahun 2011.masa beli rumah tu,saya main beli aje.orang lain sibuk beli kereta,tukar-tukar kereta,saya pula beli rumah.hmm,tak apalah kan.ada rumah sendiri senang.apa-apa hal,tak payah bergantung pada orang or parent dah.
2)matlamat hidup lebih tercapai
3)orang yang saya kenal sejak 8 tahun lalu,dah macam biskut.mungkin keadaan diri saya yang bukan seperti dulu-dulu lagi membuatkan dia ini jadi biskut.sigh.
4)kawan-kawan saya menemui kebahagiaan mereka.Alhamdulilah.
5)family saya masih sihat dan bahagia kesemuanya.alhamdulilah.

sudah tentulah ada perkara yang sedih sepanjang tahun ini.antaranya bila saya betul-betul mahukan sesuatu itu,tapi akhirnya orang baru yang dipilih.frust gilos.dan macam-macam lagi.malas nak kenanglah.

yang saya mahukan sepanjang tahun 2011 :
-saya rasa saya tiada apa-apa azam yang terperinci.cukuplah sekadar hidup saya(diulang-HIDUP saya) tidak digangu.saya mahu ketenangan dan ketenteraman dalam melalui kehidupan saya sendiri dengan cara saya sendiri.
-saya harap saya lebih matang dalam mengendalikan pengurusan kewangan dan cara hidup.
-saya harap kawan-kawan saya akan tetap di sisi saya sampai kami sama-sama jadi datuk/nenek nanti-InsyaAllah.
-saya harap orang yang saya kenal 8 tahun lalu akan bertemu jodoh.saya benar-benar maksudkannya.saya mahu dia bahagia.
-saya harap orang-orang yang sayangkan saya juga bertemu jodoh masing-masing.terima kasih sebab masih menyayangi dan mencintai saya.kamu berhak dapat seseorang yang lebih bagus dari saya.
-saya mahu diberikan duit yang banyak.(-_-')
-saya mahu jadi lebih positif.

selamat datang 2011.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...