nuffnangku

Friday, December 31, 2010

. wedding Avril yang simple .

wedding dia simple tapi sangatlah cantik.veil yang tidak sarat.dress yang tidak terlalu sarat,mekap yang simple.kiranya simple itu lagi nampak sungguh menawan-jelitalah pendek kata :)


avril dan bridemaid dengan bunga tangan yang diguna pakai sebagai deko dan bunga tangan

simple tapi sunguh charming

sempoi jek


centerpiece yang merah menyala

wahh..kek dia..

doorgift dan kereta pengantin

Tuesday, December 28, 2010

sedihnya

sekejapnya masa berlalu.
tidak lama lagi,akan berakhirlah tahun 2010 ini.
rasanya macam baru je lagi memulakan hari pertama di tahun 2010.
sekarang sudah makin dekat berada di hari terakhir tahun 2010.
betapa masa begitu mencemburui dan betapa aku semakin men'tua'.huhuk.
kalau di review kehidupan aku sepanjang tahun 2010 ni, Alhamdulilah.

happy-new-year-2010 : ini post aku pada 1 January 2010 . kalau ditengok semula pada azam atau apa yang aku ingin capai sepanjang tahun ini,alhamdulilah.hidup aku lebih positif pada tahun 2010,dan segala anasir yang tak bagus,tidak membawa apa-apa kesan atau kudis pun pada diri aku ini.

azam tahun 2011?
itu akan ku update pada 1 January 2011 la.hehe.

tahun ini aku lebih rapat dengan sahabat-sahabatku.lebih banyak persefahaman dan kurang konflik.cuma dengan Fariza Gadis Melayu ,masih lagi bercakaran macam kucing dengan tikus (ok,aku cop jadi kucing,ko jadi tikus hokeh).urusan kerja?masih lagi seperti itu.bila hendak berubah,aku pun tak pasti.pening juga lah sesekali bila orang bawahan buat hal,alahai jiwa.sabar jela.kalau ikutkan hati,hendak je aku amukkan ,tapi disebabkan dia lebih berusia dari aku,dan aku masih tahu hormatkan orang,aku sabar jela.aku pangil dia 'lalat' .hahaha.bising-bising setiapkali aku bagi kerja.kalau malas sangat,tak usah kerja.menyusahkan jiwa aku jer hendak menjawab dengan bos di atas tu.huh.
 ok,aku merepek je.tata

Sunday, December 26, 2010

. Wedding Hajar Nabihah . Dia cantik berbusana ungu .

 Tahniah Hajar.ralat sangat tak dapat menghadirkan diri ke wedding hajar.tapi Hajar cantik dalam persalinan ungu seperti ini.mekap pun cantik.naik seri muka Hajar.hmmm,orang cantik,pakai apapun tetap cantik.Sebenarnya Hajar ni adalah bestfriend aku dan Diaa Fariza sejak berumur 14 tahun lagi kalau tak silap.tapi kemudian,kami lost-contact dalam jangkamasa yang terlalu lama.bila bertemu kembali(itupun melalui sms) banyak benda dan perkara yangtelah berubah di antara kami.tapi untuk diriku sendiri,semua kenangan tetap tersimpan kemas di dalam ingatan-Insyaallah.

aku takkan dapat lupa bagaimana kami berdua suka lepak rumah Hajar untuk skodeng orang.hahaaha.tapi itu cerita lama.cerita zaman kanak-kanak kami.Hajar juga yang banyak tolong kami bagi tiru kerja rumah dia kalau aku atau Diaa Fariza tak siap kerja sekolah.sebab hajar ni budak skema,budak yang mengikut peraturan.atau tolong cover kami kalau kami ponteng kelas tambahan.dia memang rajin dan baik.

dulu,ke mana-mana kami bertiga.sangat rapat.dan kami pernah main ramal-ramal.siapa yang akan kahwin dulu antara kami.ramalan kami adalah:
1)hajar akan kawen dulu
2)yah yang kedua
3)aku yang last sekali.

ramalan ini dibuat pada masa umur kami dalam lingkungan 15-17 tahun.ramalan berdasarkan keadaan diri kami pada ketika itu.hehehe.ok,yang boleh aku katakan,ramalan itu seakan tepat.memang hajar yang pertama kahwin...dan seterusnya : seperti di list tersebut.jeng jeng jeng.

pengantin cantik-muka macam anak arab :)
ayunye hajar


jelita

romantiknya.cantik baju hajar






ucapan untuk hajar:
tahniah.semoga berbahagia selalu.
jadi isteri,ibu dan nenek yang baik k
heheheheeh

. wedding Kak Zie . 18 Disember 2010 .

sabtu lepas . pergi ke wedding Kak Zie . tapi yang tak best,saya sampai terlalu lambat.majlis dari pukul 11.30 sampai pukul 4.30 kalau tak silap.tapi saya?sampai dalam pukul 6 petang.uwaaa.sedihla sebab tak dapat tengok kakak yang baik hati ini bersanding or makan beradap.saya sampai je,semua telah selesai.tapi nak buat macamana kan,ada aral melintang,tapi telah tertulis yang saya tetap akan hadir,maka walaupun lewat,akhirnya saya sampai juga-Alhamdulillah.kalau tak dapat hadir wedding kak Zie,memang ralat sebab wedding Kak Zie termasuk dalam 'senarai wedding yang PERLU dihadiri ' dalam list saya.


kenapa wedding kak Zie termasuk dalam list 'wedding yang mesti dihadiri' saya?
1)saya suka pergi wedding orang-ok,hanya tahun ini ,itupun selepas may 2010,hobi baru ini muncul secara tiba-tiba :)
2)kakak ini sangat baik pada saya.saya suka dia.
3)kakak ini sporting dan suka menasihati saya.rasa macam saya ada seorang kakak  :)
4)kakak ini selalu juga mendengar masalah saya.erkk?hehe.
5)kakak ini selalu memberikan saya kata-kata semangat yang kemudiannya membuatkan saya jadi tabah dan kuat hati dalam hal tertentu.
6)saya tak kenal kak ziebertahun-tahun pun,tapi saya tetap rasa rapat dengannya :)


mempersembahkan :
kak zie!!~

saya dan kak zie.


sebenarnya,saya pergi je sapa-sapa punya wedding pun kalau dijemput dan kalau saya tiada apa-apa halangan,pasti saya datang.

ucapan buat kak zie :
tahniah kakak.
semoga berbahagia hingga di alam yang abadi.
bukan setakat hingga ke anak cucu je.
senyum-senyum selalu.

Friday, December 24, 2010

wedding impian diaa fariza . teka silangkata .

majlis perkahwinan impian diaa fariza : yang kelima tu.

diaa fariza:ini lebih kurang macam wedding impian kamu kan?
kalau buat begini,alamat tetamu pulang berlapar perut sebab gagal menyelesaikan teka silangkata kamu ni.
mungkin idea ini lebih praktikal kalau diaplikasikan pada bachelorrette party-wink!~

Thursday, December 23, 2010

. kenapa saya tak pernah nak tiru diaa fariza masa exam ? .


saya tak pastilah apa sebabnya.mungkin saya ini budak skema(budak yang terlalu ikut peraturan).mungkin sebab saya takut kantoi?saya sendiri pun tak pasti.tapi itu memang perangai saya dari dulu sampailah sekarang.saya malas nak berbuat lebih-lebih pada sesuatu hal yang saya tahu tahap dan kemampuan saya setakat mana.kiranya saya ini tak akan buat macam poyo hanya untuk impress kan orang lain untuk melihat saya 'sangat WOW!' padahal saya hanyalah kuang kuang kuang(muka sorok bawah buku sekolah aje time dapat result exam !)..hahaha.apa-apa ajalah.

saya nak menyatakan dengan penuh rasa rendah diri ,saya memang manusia yang lemah dalam subjek matematik.atau segala benda-benda bernombor sangatlah aku gagal memahaminya.tapi kalau bagi aku ayat yang berjiwa-jiwa(diulang-BERJIWA,bukan BERJIWANG)saya memang cepat tangkap.cepat faham dan boleh pula menghuraikannya macam lebih sudu dari kuah(maksudnya: berlebih-lebih la,over!).




saya tak suka matematik sebab :
1)saya tak nampak apa kaitan dengan benda-benda segitiga seperti di atas ini dengan kehidupan saya.dan kenapa pula perlu mencari-cari nilai X.sila cari nilai X.jawapannya: buta ke?tak nampak ke X ada je kat situ.ngegeee.
2)nombor adalah tidak mengiurkan kecuali angka untuk gaji(hahaha)
3)cikgu yang ajar tak cun (>.<)
4)saya seorang yang lurus dan tak pandai pusing-pusing.ada kaitan ke?ada...contoh :4 biji epal +3 biji epal jawapannya berapa biji epal?huh.apalah salahnya bagitahu jela 7 epal di dalam bakul tu.tak payah susah-susah nak suruh saya fikir.ekekekek.

ini alasan kenapa saya tidak pernah nak tiru diaa fariza dalam paper Add Math dan Matematik semasa exam :

1)sebab saya rasa saya hebat-seumpama Adiputra kot yang tetiba dikurniakan anugerah untuk mencipta rumus matematik.saya fikir dengan menhentam dan mentenyeh paper add math dan matematik membabi buta-hahaahah.sy dapat mencipta rumus baru atau dapat menjadi seseorang yang hebat macam Bill Gates.

"masa zaman kolej,dia bukanlah budak pintar.dia yang paling corot dalam subjek tertentu.sekarang,kawannya yang mendapat tempat teratas dalam subjek yang dia paling bodoh pada masa itu,telah menjadi pekerjanya"

ok.niat sebenar?saya cuma mahu gegarkan dunia dengan rumus sendiri,salah ke?hahaha

2)saya rabun-nak tiru macamana,saya ni rabun.nak tiru sampai nampak,haruslah kena duduk sebelah diaa fariza dan renung kertas tu dengan jarak yang paling dekat.dan pada masa itu,memang sure ler kena cekup.hahaha.lepas itu,tulisan orang pandai macam cik diaa fariza tu janganlah kata saya yang rabun ni je susah nak baca,orang yang tak rabun pun boleh jadi rabun-ok,diaa fariza,maafkan saya,tulisan mu comel cuma saya je susah nak baca.huhuhuuh.

3)paling senang,kalau dah memang tak pandai,tak payahlah hendak jadi hebat dengan penyamaran. taaadaaa..hahaha sampai bila hendak meniru?kalau tiru dan dapat markah hebat-hebat,bayangkan kalau cikgu panggil buat kat papan hitam sorang-sorang,harus kau menangis atau pura-pura pitam kononnya bukan salah kau tak dapat jawab,tapi sebab pengsan nak pitam.hahaha.sesekali boleh lah cari alasan,kalau kerap,itu nak mati namanya.hahahaha

4)matematik bukan 'makanan' minda saya.hahaha

teruk sangat ke matematik dan additional maths saya?
hmmm.ini yang sebenarnya,semasa peperiksaan percubaan SPM beberapa tahun yang lampau:
cikgu :fariza,tahniah.markah kamu yang paling tinggi dalam kelas-95 markah.
cikgu:ini pula yang paling corot,sarah.5 markah dari 100 markah.macamana kamu boleh dapat markah yang macam ni?padahal dalam kelas duduk sebelah fariza je?kamu tak obleh belajar dari dia ke?

hahaha.kenangan.memang memalukan tapi lawak untuk dikenang.tetiba teringat pula keadaan kelas 5 sains tulen 2..ok,saya dan diaa fariza suka bercakap dalam kelas.cikgu yang paling bengang dengan kami adalah cikgu bahasa Inggeris kami.hari-hari confirm kena tegur.nak buat macamana,kelas tu boring!

p/s: diaa fariza,ingatkah kamu bagaimana kita dulu?dulu,kita tersangat rapat.semua perkara pun kita kongsi bersama.diulangi-BERSAMA.masa itu aku dan kamu,memang tak dapat dipisahkan.kita kumpul cerita cinta dan cita-cita zaman remaja kita bersama.zaman britney spears adalah idola kita.zaman tuisyen balbir adlaah cerita faveret kita dan zaman tuisyen murni yang best.masa itu kita aman dan tenang.kita hidup dalam dunia kanak-kanak rekaan kita sendiri.tapi semua itu berlalu tiba-tiba,bila kamu ke matrikulasi dan aku ke Malacca High School.aku macam hilang arah tapi ketika itu aku sedar,aku harus menjadi aku yang baru.di MHS,aku mula berubah.di sana,aku bina cerita aku sendiri.dan kamu semakin jauh.aku pun tak mampu nak mengejar kau yang kian jauh.aku tak pernah cakap tapi aku sangat sedih bila kita sudah tidak rapat lagi.dan bila kita mula berusia 21 tahun dan ke atas,sedikit demi sedikit kita mula rapat kembali.

Tuesday, December 21, 2010

. Diaa and Fazrul . lepak bersama .

hari selasa.hari ini lah.set masa untuk lepak bersama.dan seperti biasa me and diaa,akan cerita-cerita hal-hal agak keperempuanan sikit,nasib en.Fazrul begitu sporting.no picture sebab saya lupa bawa kamera saya.diaa pula kameranya dipinjam kawannya.

nanti saya sambunglah.penat dan mengantuk sangat.
tapi date hari ini tetap best.cerita tentang tahap kreatif kami.
cerita tentang perbezaan kepintaran matematik kami.dan kenapa saya tak pernah tiru diaa fariza dalam exam!
ok.nanti saya update kalau ingat.tolong ingatkan kalau saya lupa.

Tuesday, December 14, 2010

hari ini makan lunch free

thanx to all...love you..muaah....korang memang best...maklumlah da dapat bonuskan...semoga rezeki kamu.kamu.kamu dan kamu terus dimurahkan oleh Allah.Amin.semua yang terlibat k.

pemergian . satu penghijrahan .



pemergian.
itu adalah titik penamat sebuah cerita.satu pengakhiran sebuah catatan.mengakhiri semua yang pernah dibina.pernah dikenang dan pernah diserasikan bersama.kadang-kadang pemergian itu adalah satu pilihan tetapi ada juga ia adalah keterpaksaan.ada juga kerana itu adalah satu perjalanan.pemergian yang mana satu yang akan kita pilih?

tapi harus sedar-setiap pemergian itu mendatangkan satu kisah baru yang lainnya.satu catatan di muka surat baru sebuah diari.pemergian itu adalah satu penghijrahan.baik atau buruknya sesuatu pemergian itu hanya Allah yang tahu.tapi kita sebagai manusia,harus teruskan kehidupan dan pemergian itu adalah satu perjalanan biasa seorang manusia.perjalanan yang penuh misteri dan rahsia.pemergian ke tempat yang baru,membuatkan kita mencabar nasib untung diri.pemergian meninggalkan alam duniawi,memulakan satu kisah baru di alam Barzakh.yakinlah dan belajar menerima sesuatu yang berlaku dengan redha.maka bila yang datang selepas pemergian itu adalah yang baik-baik,maka bertuahlah kita.kalau yang datang adalah buruk,maka redhailah.

penghijrahan itu perlu supaya kita dapat mencabar diri kita dengan tujuan yang positif.
pergilah.kalau itu yang terbaik.
percayailah pada takdir yang tertulis.

Monday, December 13, 2010

100 hari lagi

nerves.pastu dah xde 3 angka lg.hanya tinggal 2 angka

Sunday, December 12, 2010

SPIDER.saya memang suka mereka dari dulu lagi.dari zaman Aladdin sampailah Kekal dan Relaku Pujuk.dan sekarang yang terbaru-Satu.memang syahdu.memang feeling lah dengar suara serak-serak Tam Spider.ok,mari dengar lagu terbaru mereka.

Lagu ini tentang seorang pencinta yang mengharapkan cinta dari orang yang dia mahukan.dan dia punya keyakinan bahawa orang itu tetap akan jadi miliknya jua suatu hari nanti.dan dia berjanji untuk susah-senang bersama. :)




Seringku bertanyakan

Dimanakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Bersarang cinta dalam diam

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan

Dengan lafaz ku bisikkan

Kita telah ditakdir bersama

Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku

Pegang tanganku seeratnya

Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama

Sampai bila harus ku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan .. oh ..

Satu….. wooooo..
Kita telah ditakdir bersama
Kerana engkau adalah milikku
Kerana engkau adalah milikku

Times Square . posing-posing gedixx with Airiena . Kuarif as amatur photog .

Sabtu.cadang mahu pergi Sungai Wang.tapi.jalan ditutup.langsung frust.sebab tak larat tengok jem.terus menuju ke Times Square.memang cadangnya nak jalan-jalan saje dan tiada niat mahu membeli.tapi kan,biasalah aku.kalau dah bersama cik Airiena ni,jangan haraplah aku dapat kontrol tabiat shoppingku.last-last terbeli juga. :(

lepas balik,saya berada dalam mood 'pengsan'.tidur tak hengat dunia.adoyai.memang tak larat hendak berjalan jauh-jauh.tapi saya sangat happy.sebab saya bersama salah seorang sahabat yang saya sayang.

di bawah ini disertakan photo-photo kami sebagai kenangan di hari mendatang :) semua gambar di ambil mengunakan kamera saya :)


DSC_0008-1
Ini siapa?ini adalah tuan punya blog (>.<)V .wewiit.

DSC_0003-1
Ini pula?ini adalah Cik Airiena.

DSC_1046-1
sedang memilih bear . 3 bear Rm20!! :)

DSC_1041-1
ini adegan manja or romantik versi adik-akak ! hahaha.

DSC_1034-1
bajet macam model la kan?hahaaha.nasib baik our amatur photog sangat sporting.snap here n there for us!walalala.

DSC_0025-1
pose gedik dari kami..ok tak?hahaha.cakap ok juga!ugut nih.

DSC_0026-1
ini juga.comel tak?

DSC_0019-1
ini adalah pilihan kami.ngegeee.

DSC_0004-1
di pokok X-mas times square.

DSC_0018-1
lastly.Kami.memang bertiga sajer..ini aktiviti yang paling-disukai-dari dulu sampai sekarang.ngeegege..

wedding Padil . saya bersama Airiena .

DSC_0995-1
 Inila pengantinnya.Padil and his wife.padil ni adalah Ex-Etiqa BDZ.

DSC_1002-1
The Pelamin.

DSC_0993-1-2
Airiena N me,masa baru sampai.

DSC_1016-1-2
kami di meja makan.masa ni dah habis makan.

sebenarnya kami bertolak pukul 12.30pm tapi kami sesat-sesat di area Selayang.huh.Garmin aku yang salah ke aku yang salah sebab taip alamat tak betul?erkk.entah.hahaha.time tu memang dah lapar giler sebab 2 jam kot pusing sana-sini di atas jalan raya tu.hahaha.

sampai-sampai je kami terus beratur untuk ambil makanan dan dalam hati siap berdoa lagi 'mudah-mudahan makanan sedap' dan....

jeng jeng jeng

syukur alhamdulillah.
makanan sedap.memang kenyanglah kami bertiga.eh?bertiga ke?hehe.yela,kami with arif-the amatur photografer.hahaha.masa makan,tetamu dihidangkan dengan lagu-lagu Maher Zain-memang syahdu.

Wednesday, December 8, 2010

mood berbaju pink pula

eh.silap warna.hehehe

ini baru betul pinky kan


Tuesday, December 7, 2010

. JAKEL . sedang sales .

jakel sedang buat sales.saya bankrap di sini .teehee..menjengah sini pada hari ini bersama cik dila.

. sudah bertunang .

Selamat Bertunang untuk sahabat saya- Cik aina.
saya tumpang gembira.tapi sebenarnya saya tidak hadir ke majlis dia sebab tuntutan kerja (+_+').kawan yang sungguh teruk kan?hmm..tak apalah,ko kawin nanti aku datang ler cik A ek.
beliau bertemu dengan tunangnya dengan cara yang tak dijangka.mungkin benarlah kata orang 'kalau dah jodoh'
akhirnya mereka sepakat untuk mengikat tali pertunangan pada bulan november yang lalu.
naik seri.

memilih warna ungu sebagai warna tema.

hantaran dari kedua belah pihak.putih dari lelaki.ungu-pink dari perempuan.


pesanan buat Aina .
jagalah perhubungan yang dibina kerana itu mungkin 'takdir' kita.untuk kita.
masa lalu kita adalah sejarah.dan yang pernah 'ada' di masa lalu juga adalah sejarah.
maka biarlah sejarah hanya tinggal untuk kenangan.
kita berdua sangat memahami erti takdir yang tersurat.
dan tidak semua yang kita inginkan,kita akan miliki.
jadikanlah apa yang kita miliki itu sebagai 1 kesyukuran untuk kita terus hidup.
lalui kehidupan yang ada seadanya.dan fikir positif.

orang nak kata apa,biarkan mereka.sebab 'ada aku kesah'?-ini untuk aku sendiri.ngeee ngee.

. comelnya adik ni . jom vote adik Tsara'Aaliyah .

Lollytot,sebuah syarikat yang mengkhususkan  dalam membuat party gift pack,pakaian, cute accessories, educational DIY handicraft & toys.dan mereka telah membuat 1 contest untuk vote baby-baby yang comel lagi kiut miut.so apalagi,serlahkan lah sifat keibuan dan kebapaan anda untuk vote kanak-kanak comel ini

cara nak vote:
1)klik LIKE dekat sini: LollyTot

kemudian,vote adik comel ini.

                                               klik sini :     Vote for Tsara'Aaliyah bte Mohd Ruhaizal
ini anak buah kawan saya.tolonglah dia dengan cara yang memang mudah.klik LIKE dengan page Lollytot dan klik like dekat picture adik comel ini.

Monday, December 6, 2010

. hujung minggu bersama Baskin Robbins .

celik mata je pagi tadi terus fikir-nak ais krim!
hish.tak boleh jadi ni.sebenarnya sudah lama hati membuak-buak mahu makan ais krim,tapi kesihatan yang tidak mengizinkan saya je yang membuatkan saya terpaksa menangguh-nangguhkan.tapi hari ini,kehendak hati memang harus dipenuhi.tak kisah lah ais krim jenama apapun,yang penting Ais Krim!yummy.
oh lagisatu-hajat mahu makan kek juga.ok,anda tentu dah tahu kenapa saya menjadi semakin gemuk dan gemuk dan gemuk.terima kasih pada makanan Malaysia yang sedap=sedap belaka :)

jalan-jalan terjumpa ini.singgah.WHAT'S YOUR FLAVOR??
tapi kek yang per slice sudah habis.jadi niat dideletekan.

masuk sini.rambang nafsu.tak tahu mahu yang mana.semua pun mahu.

inilah pilihan saya : Ice Cream Fondue.harganya RM41++

comelnya ais krim kecil-kecil tu.sayang nak makan (+__+')

tapi terpaksa makan juga.

ini pula -Chocolate Blast-Glass.harga lupalah.kalau tak silap dalam RM12++

hasilnya: makan dengan jayanya.lepas itu menyesal bila tengok body dah kembang.help.help.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...