nuffnangku

Tuesday, November 30, 2010

langkawi . part 1 .

Langkawi.pertamakali saya pergi masa umur saya 10 tahun kalau tak silap.sekarang bila umur sudah 20-an baru berkesempatan untuk pergi lagi sekali.owh ya,ini juga merupakan hadiah saya untuk mereka berdua sempena birthday mereka.ngeegeege..kami pergi selepas planning selama 6 bulan!6 bulan tu.bukan sekejap.hahah.sebenarnya agak sudah lama percutian ini,tapi hari ni saya teringat.so saya update la gambar-gambar nya.ngee..silalah tengok.

KETIBAAN .



DSCN1571-1
adik-adik comel

DSCN1572-1
baru sampai di Langkawi!!~

DSCN1598-1
sementara menuggu kereta sewa kami sampai.duduk posing-posing dulu.

DSCN1710-1
Di Underwater WOrld Langkawi



PEMANDANGAN LANGKAWI .

DSCN1645-1
di pantai dekat chalet kami tu.memang tenang airnya..:)

DSCN1704-1
ini si comel.rasa macam nak culik mereka bawa lari balik rumah jek :)

DSCN1726-1

DSCN1752-1
eei...takutnya..

DSCN1786-1
cik kamera...



Monday, November 29, 2010

Ngangkung .

sabtu.aktiviti yang dirancang bersama dengan teman baik tergendala.so sepanjang hari,tak tahu hendak buat apa.duduk sana tak kena,duduk sini tak kena.lastly,rasa macam dah lama pula tak pergi tengok wayang.kebelakangan ni,rasa macam tak ada mood je sebab tak ada cerita yang best pun.hendak tengok Ngangkung or 2 Alam?nggeege..saja je kan.

of coz la NGANGKUNG.
sebab mencari sesuatu yang rileks dan tak memeningkan kepala nak faham jalan ceritanya.saya mesej member-member ajak tengok cerita ini.dan ini dipersetujui 'ramai'.chewaah.rupa-rupanya yang tak dirancang itu lagi best dari yang dirancang bagai nak rak :) hehe.


mereka.selepas habis movie.

lagi.

mereka semua.

 after that.lepak makan.sambil mereka layan bola dan perbahasan tentang masa depan.hahaha.biasa la tu..(>.<)


kami makan besar semata-mata terpengaruh dengan Ngangkung-Azim bawa family dia makan besar selepas menang cabutan nombor bertuah tu.ngengee..boleh pulak kan?lauk yang di order lebih kurang je,termasuk ikan masak stim :)

bagi aku,Ngangkung,ok lah.bukanlah cerita pilihan saya sangat sebab saya seorang yang sukakan cerita yang agak berat untuk 'kepala' berfikir.ceritanya agak seram dan memang lawak.banyakkali juga orang dalam panggung terjerit dek kerana terkejut.

ini sinopsis yang diambil dari berita harian Online.

 filem tersebut bertajuk Empat Ekor namun setelah melakukan perbincangan nama Ngangkung akhirnya dipilih.

"Ngangkung merupakan perbuatan memuja nombor ekor sambil bercangkung. Kami percaya perkara ini walaupun tidak banyak tetapi merupakan realiti kepada mereka yang hidup di kalangan medium berpendapatan rendah.

"Sebab itu kita buat filem ini untuk memperlihatkan kepada umum tentang masalah yang dihadapi oleh golongan sebegini dan secara tidak langsung ia menjadi penyebab mendorong mereka mengambil nombor ekor.

"Bagaimanapun, kita tidak mahu terlalu serius dalam memaparkan isu sebegini sebab itu kita buat dalam bentuk komedi seram dan dalam masa yang sama diharap dapat menimbulkan kesedaran serta memberi sedikit sindiran," katanya.

Ngangkung melatari kisah seorang pemandu lori, Azim yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri dan anak perempuannya. Dua sahabat baiknya ialah Tasnim dan Wan yang merupakan kaki ekor.Tabiat serta aktiviti Tasnim dan Wan memang diketahui oleh isteri masing-masing. Azim pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti mereka tetapi akhirnya terpengaruh kerana desakan dan kesempitan hidup.Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung.Bermula dengan hanya melihat, semakin hari Azim semakin seronok menyertai aktiviti dua rakannya itu secara senyap tanpa pengetahuan Suri.Pelbagai cara serta bermacam jenis bomoh yang mereka temui semata-mata untuk mendapatkan nombor yang perlu dibeli dan dalam masa yang sama, pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung.

Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan kehidupan Tasnim dan Wan, sehinggakan suatu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka.Sementara itu pengarahnya, Bob, pada majlis yang sama memberitahu, pelbagai aksi komedi dan konflik timbul ketika mereka menjalankan aktiviti mengangkung.

"Walaupun ia isu terpinggir, namun kita tidak dapat lari daripada kenyataan bahawa pada masa kini masih ada lagi perbuatan memuja nombor ekor.
"Pelbagai kejadian lucu dan seram timbul dengan sendirinya ketika mereka mengangkung dalam filem ini," kata Bob mengakhiri perbualan.

- hmm.memang benar.masih ramai yang mengamalkan nya dan masih ramai yang ketagihan.hish3.

Sunday, November 28, 2010

. saya tak tahu nak update apa .

kadang-kadang.
segaris senyuman mampu membuatkan hati kita berirama sampai ke petang.
menukarkan selautan bencana kepada setitis kebahagiaan.

arggh.apalah yang aku merepek ni.gambar ini di upload masa saya sedang bosan di Shopping Complex.hahaha.pakcik belakang tu cuba masuk gambar jugakah?
sementara sedang bosan-bosan ni,saya hendak buat senarai merepek saya.boleh tak?hmm,tentang apa yang saya RASA saya macam hendak?ok tak?

1.saya rasa sy hendak kucing muka penyek.tapi saya malas mandi and cuci 'toot2' dia. (>.<).tapi harga dia mahal.saya taknak yang terlalu penyek,nak yang penyek sikit jek :p
2.saya rasa saya memang kena diet.apalah nak jadi dengan saya sekarang.hari-hari fikir nak diet,tapi sudahnya?hahaaha
3.saya rasa saya sangat pemalas.buktinya,nak update blog dengan cerita-cerita berilmu pun memang malas.
4.saya rasa saya nak alat solek baru.rasa dah boring dengan sebeg alat mekap yang ada.mungkin mengantikan Estee Lauder dengan something else.
5.nak beli baju baru.dah lama sangat tak beli baju baru.dan dah lama sangat tak jenguk MNG.tak tahu apa yang latest di sana dah :(
6.saya rasa nak warnakan rambut.dah lama tak warnakan rambut.rasa macam tak best jek.hmmm.akan diusahakan
7.saya rasa macam nak pergi bercuti,tapi ke mana ye?
8.saya rasa saya rindu sangat pada kehidupan seorang student.saya rasa saya mahu kembali ke zaman tu.
9.saya rasa macam kena pergi beli perfume Gucci-Envvy Me tu la.macam dah nak habis jek.tapi ada beberapa botol perfume lain yang masih tak banyak di gunakan lagi(membazir-membazir)
10.saya rasa cukuplah saya merepek tanpa hala tuju dalam entri kali ini.sunguh tidak dewasalah saya.(+__+)

Saturday, November 27, 2010

dia pergi

Mula-mula dia duduk belakang aku mengantikan Kak Kasmah yang maternity leave selama 3 bulan :) ,aku tengok budak ni macam sombong n macam budak yang tak banyak cakap.aku pun agak lama tak tegur dia.biasalah aku.kalau tak kenal,memang payah nak tegur orang.bukan sebab sombong ke apa,tapi sebab aku bukan reti nak peramah-peramah macam mak minah.apatahlagi nak suh tanya lebih-lebih ,jangan haraplah.haruss aku mati kutu nak memanjangkan perbualan (>.<).
kebiasaannya orang akan kata aku ni sombong dan berlagak.hmmm,biarlah mereka.dah memang aku ni susah nak tegur orang yang baru dikenali,nak buat macam mana kan.tapi kalau dah lama kenal,rajin jer aku menegur.
tapi lama-lama,aku pun mula berkawan ngn dia.dia agak best sebab kadang-kadang dia ni pelik.tapi dia memang rajin.bagi je keja apa pun ,dia akan buat dengan penuh tanggungjawab.tak adalah membebel sampai nak naik bernanah telingaku dan telinga orang-orang sekeliling.hahaha.

ok.dia dah hantar surat resign.sebab dapat tempat lain yang lebih bagus.hilang lagi aku sorang kawan.aku takkan lupa budak ni sebab hari last dia kerja,dia g cerita yang dia ni xleh makan kepah/lala...memang lawak ceritanya tapi aku malas nak taip ;)

mereka.posing je tak kira tempat.:)
me.nisa.ida.lia.zue

ini sesi apa ye?lia,happy nawww.

me n her.sunyilah den lopas ni :P

wit kak nora n kak mek :) geng gosip2 kami.hahahaha

Dear Nisa,
semoga berjaya dalam hidup dan bahagia selalu..
jangan lupa i ok.
kalau ko lupa,siap ko!!
memang nak kena bagi makan kepah banyak-banyak ni..
INSYAALLAH nanti kita jupe..sunway bukan jauh mana pun dek nisa oi..
jangan takut nak memulakan hidup baru di tempat baru.
yang penting,kerja je rajin2...:)

love,
lara

Farewell Ida Comel

ramai cakap budak ni secantik Agnes Monica.hmm,tak dinafikan dia memang cantik.dan gambar-gambar ini diambil semasa 3 November yang lepas.buat di McD aje sebab kitorang buat masa lunch.almaklumlah,mereka-mereka yang lain,after opis hour memang bz memanjang :)


ini cik Ida (ida yang lagi satu) dan cik Lia

satu-satunya Kumbang di sini
Kak Ida n Kak Mai


makan-makan
Ida. Kak Ida. Kak Mai...farewell untuk Ida yang lawa ni lah :)

Dear Ida: semoga maju jaya dalam life.InsyaAllah n Amin.

----------------------------------------------------------------------

Tajuk : Danau Kota
masa bulan puasa.hish hish.sampai macam ni sekali mereka dok melepak kat kedai orang. (>.<)



Tuesday, November 23, 2010

Sunday, November 21, 2010

Elyana Nikah . mengenakan busana Hatta Dolmat .

Elyana selamat dinikahkan dengan Khairul anuar pada 19 november 2010 dengan mas kahwin RM80 dan hantaran sebanyak RM22 000.Biru firus menjadi pilihan untuk busana pernikahannya dan direka oleh Hatta Dolmat.sweetnye dia.nampak muka dia memang berseri-seri.kiranya memang naik seri lah.









sumber gambar dari: http://www.budiey.com/ dan http://www.zonartis.com/

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha . untuk semua .

salam aidil adha untuk semua.untuk keluarga dan semua sahabat.cuti raya kali ini,memang sangat tak best.apalah salahnya bagi 2 hari cuti kan.hmmm.

Monday, November 15, 2010

hendak yang lain,tapi dapat yang lain.

huh.
confirm semua yang bernama manusia pernah berada dalam situasi ini kan.kita punyalah beria sangat hendakkan benda lain tapi kemudiannya kita dapat yang lain.siapa yang silap?salah siapa?

kalau dapat yang lebih bagus dari yang kita angankan atau inginkan,kita akan cakap : bertuahnya aku.
kalau dapat yang lebih tak bagus dari yang kita angankan,kita akan merasakan diri kitalah yang paling malang.kan.

setiap yang berlaku,mesti ada hikmah.tetapi kita manusia,yang dilahirkan dengan perasaan,keinginan,nafsu dan impian yang cukup sempurna oleh Allah.kita 1 individu,tetapi di dalam diri kita,di dalam hati kita,telah dikurniakan Allah 1001 perasaan.marah,sedih,dengki,gembira,cemburu,berdendam,cinta dan kasih sayang dan macam2 lagi lah segala jenis perasaan yang kalau ditulis,memang 30 page ni pun tak habis-habis.:) masyaAllah.

sudah tentunya kita akan sedih atau kecewa bila kita tidak dapat apa yang kita impi-impikan sangat.dalam hati,di sudut sunyi itu,kita sentiasa mengadu pada Allah walau dalam senyap,walau dalam diam tetapi kita tahu Allah Maha Mendengar.kadang-kadang kita membuat keputusan yang salah.siapa lagi harus disalahkan?kita lah orangnya.kita mengharapkan perkara/hal yang kita inginkan itu menjadi lebih baik dari yang kita harapkan tetapi akhirnya ia menjadi lebih buruk dari yang kita sanggup terima realitinya.

mesti rasa 'down'. ' putus asa'.

kemudian kita cuba positifkan diri.kita cuba untuk menerima situasi dengan lebih mudah.tidak lagi menangisi atau terlalu memikirkannya.adakah pada saat kita cuba mempositifkan diri dan kurang berharap seperti sebelumnya,ia membuatkan kita menjadi manusia yang telah 'ter'kurang perasaannya?secara tidak sedar,memang ia.kita pun sudah tidak 'berani' berkehendakkan itu ini sebab takut kecewa lagi.jalan paling selamat,meneruskan apa yang ada di depan mata dari berharap semuanya menjadi 'ting' umpama pari-pari mengetuk bintangnya dan semuanya berubah menjadi indah dalam sekelip mata.teruskan kalau itu tidak akan menyusahkan orang lain di sekeliling.kadang-kadang hati kecil kita menjerit 'ini bukan yang aku mahukan' tapi apakan daya,kita hanya berusaha,selebihnya ketentuan Allah.

lagipun,
kita bukan dalam cerita dongengan.
kita manusia realiti.

walau kecewa kerana hal apapun,teruskan lah apa yang dihadapkan di depan mata.itu lebih baik.atau kita cuba usahakan hal yang lain pula.tetapi jangan berharap lebih dari yang seharusnya.anda,saya dan kita tentu pernah berada di dalam situasi seperti ini.kita frust.kita kecewa.tapi itu adalah sebahagian rentetan hidup seorang manusia normal,kan?pasti selepas ini ada pelangi menanti selepas hujan itu.untuk sementara hujan masih belum teduh,bawa aje lah payung walau ke mana kita pergi.nanti bila hujan turun dengan lebat secara tiba-tiba,senang,kita ada payung untuk melindungi.walaupun kita tetap akan terkena tempias air hujan dan tetap akan basah,tapi ia tak sama kalau langsung tak berpayung,kan.

kalau kita tak pernah jatuh,manakan kita nak tahu,jatuh itu sebenarnya amat menyakitkan.

Sunday, November 14, 2010

I-city . 5 September 2010 .

Maafkan saya kerana menjadi sumber peng-update yang lembab mengalahkan siput.(-_-')

I-city ini kami pergi pada bulan september 2010,semasa bulan ramadhan.tapi sekarang baru nak update?
hehe.maafkan saya kerana saya sangat bz dan ditambah dengan internet connection yang memang lembab dan proses upload gambar ke Flickr turut memakan masa dek kerana size gambar saya besarlah amat,harus tak boleh update terus ke blog.sudahnya,untuk 1 gambar nak upload pun,memakan masa dekat setengah jam.bayangkan kalau 10 gambar?

saya update di sini sebagai kenangan saya dan mereka yang terlibat.I-city bagi saya ok lah,not bad but not too best sebab ia hanya di penuhi dengan kilauan cahaya lampu sahaja seperti kita berada di kota/bandar lampu-maka itulah sebabnya ia dipanggil I-city kan.kalau kanak-kanak dan anak-anak kecil mungkin mereka akan excited.tapi untuk orang umur macam kami,sebenarnya seronok juga berposing-posing di sini sambil gelak-gelak sebab masing-masing memanglah sporting dalam berposing.happening.

DSC_0811-1
limpahan cahaya.

DSC_0827-1
macam gambar filem cerita hantu.kan?hehe

DSC_0880-1
ini cute.

DSC_0911-1
suasana malam di I-city

DSC_0967-1
macam heroin cerita korea dengan salji.hehe.

DSC_0956-1
ini namanya memang tak ada kerjaan.haha.sempat lagi beratur ikut ketinggian masing-masing.

DSC_1012-1
I-city dari jauh.maknanya kami dah nak pulang.tata I-city kerana menjadi saksi kerenah kami yang kebudak-budakkan ini.

Saturday, November 13, 2010

Raja Farah sudah bernikah . mengenakan busana Shahrir Nurdin .


persalinan dari Shahrir Nurdin.

Raja Farah dan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25, telah selamat dinikahkan dengan berwali bapanya, Raja Aziz Raja Ngah jam 11 pagi. Hadir sama Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Rosly Mohd Arus. pernikahan mereka diadakan di Bukit Jelutong.

Raja Farah yang menerima mas kahwin secara tunai sebanyak RM888 dan tujuh dulang hantaran turut membalas sembilan dulang hantaran kepada pihak lelaki. Antara hantaran yang diterima Raja Farah seperti telefon bimbit iPhone 4, pewangi dan alat solek Dior, tas tangan Coach, pulut kuning, sireh junjung, dan lain-lain.

Manakala hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya Iphone 4, sejadah, kain pelikat, Set Wangian Issey Miyaki, sebentuk cincin daripada Habib Jewel, dan Set Barangan Dunhill, Jam Tangan Tissot, sebuah Al-Quran dan tasbih.Namun wang hantaran telah dirahsiakan atas kehendak Raja Farah dan pihak keluarga suaminya.



 pasangan bahagia.
 dengan sekali lafaz
 sah.
gubahan hantaran yang simple tapi menarik








info dan gambar dari murai.com dan gua.com.my sera berita harian online

wedding

sesunguhnya merancang wedding dalam masa yang singkat,amatlah menyesakkan nafas.hari ini ke butik pengantin,survey dan ter 'booking' sekali baju untuk bersanding.redha jela kalau nanti nampak tak cantik.

aduh,berat badan ni kenapa tak turun-turun lagi?

Friday, November 12, 2010

Lorong-lorong kenangan

masa terlalu pantas berlalu.
masa remaja,selalu nak cepat besar,berharap sangat dapat jadi dewasa.berharap sangat tak payah pakai baju sekolah lagi.berharap sangat dapat pegang duit riban-riban tapi tak sangka 'zaman berangan lebih' itu lah yang akhirnya jadi zaman yang di angankan kembali pada saat umur begini.aik?pelik je ayat ni,adakah anda faham?tak faham tak apa,yang penting,saya faham.theehehe.

ini antara gambar-gambar simbolik pada kenangan yang pernah saya dan semua yang terlibat lalui sekitar usia 15 tahun - 19 tahun.diulang : simbolik.maknanya ia bukan gambar sebenar semasa itu semua berlaku.hehe

bukan ada apa-apa pun yang berlaku.sekadar ingin mengingati semula ketika saya di usia remaja.

DSC_0660-1
ini sekolah yang saya sayang.banyak kenangan suka dan duka yang dilalui di sini.i love you........dan di sini ia mengajar saya tentang erti persahabatan,erti cinta dan erti hidup.

DSC_0635-1
area situ.

DSC_0622-1

DSC_0673-1

Pusat Tuisyen yang digeruni.sumpah.:)
sebab cikgu tuisyennya garang yang amat.Mr.Balbir.masuk kelas dia memang ketakutan je setiap masa.kalah masuk kelas guru disiplin.grrr..

DSC_0664-1

kenangan.walau cuba dibuang atau cuba ditukar,ia takkan terjadi kerana ia adalah satu sejarah.ia cuma akan tersimpan dalam ingatan kita sampailah saat kita tidak lagi mengingatinya atau sampailah saat kita 'pergi'.jadikah kenangan sebagai kayu pengukur untuk kita sedar,apa yang kita tidak pernah ada dulu dan apa yang kita miliki sekarang.

kalau dulu,lebih bagus,redhalah.
sekurang-kurangnya kita positif,'pernah memiliki sesuatu yang indah' untuk di ingati.dan perlu usaha untuk mendapat kehidupan yang lebih baik dari hari ke hari.

kalau sekarang,lebih bagus,alhamdulilah.
sekurang-kurangnya kita sedar,kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada.jangan riak dan takbur hingga membuat diri sebagai bandingan pada orang dan dengan riak mengeluarkan perkataan seperti 'ko bukan standard aku,aku lebih bagus dari ko'.kalau ia di ukur dari material,beristighfarlah banyak-banyak.sebab itu tandanya kita lupa,rezeki itu datangnya dari Allah.kita mampu jamin ke apa akan terjadi dalam seminit lagi atau 5 minit lagi?semua boleh hilang dalam sekelip mata.jangan bangga dengan apa yang hanya sementara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...