nuffnangku

Thursday, October 28, 2010

halaman rumah dia lebih cantik dari saya.tak aci.

halaman rumah dia lebih luas.lebih cantik dari saya.
kenapa halaman rumah saya tak luas?tak indah macam dia?
sekejap.buat apa pandang pada halaman rumah orang yang besar-besar tu?
menimbulkan rasa cemburu aje kan.

apakata.tukar pandangan.cuba pandang pada mereka-mereka yang tinggal di rumah flat,apartment.
halaman pun tiada.apatahlagi mengimpikan halaman rumah sendiri yang cantik.yang luas.
kawasan yang ada pun,habis penuh dengan parkir.

begitulah hidup.
kita,seringkali akan cuba-cuba memandang pada halaman orang.merasakan halaman orang lain lebih indah dari yang kita punya.lantas,tidak mensyukuri apa yang sedia ada.kadang-kadang membenci yang kita punya,setelah merasakan apa yang kita punya itu tidak semewah atau seindah orang lain punya.laman rumah dia cantik.ada bunga rose mekar.laman rumah aku tak cantik.ada pokok cili dan serai aje.sigh.

kenapa kita tidak menukar pemikiran yang seperti ini kepada sesuatu yang lebih positif?dari kita sibuk-sibuk cemburu tengok halaman orang yang cantik,ada bunga rose,ada itu ini,cuba alihkan pandangan pada mereka-mereka yang halaman pun tak ada.jangankan nak tanam segala macam bunga-bunga yang cantik,nak tanam pokok cili pun belum tentu dapat.kurang-kurang kita,bila cili telah menjadi,boleh dipetik buat masak lemak cili api.kan.

belajar mensyukuri apa yang kita ada.itu lebih baik,dari asik hidup cuba mempertikaikan kehidupan orang yang lebih mewah miliki.pandang pada mereka yang hidup serba kekurangan,dan belajar merasai derita orang lain dan belajar bersyukur.hidup dalam kesederhanaan itu lebih afdal.kalau ada lebih,tiada apa yang salah,memiliki itu ini untuk menikmati hidup tapi jangan sampai membuatkan mereka-mereka yang serba kekurangan merasa rendah diri dengan perbezaan yang ada.

untuk yang berada di pertengahan,dari asik mendongak ke atas,apakata tinjau2 sikit pada yang di bawah.dari situ kita akan mengerti dan belajar tentang hidup yang tidak semua orang itu nasibnya baik.kalau kita rasa kita yang paling sulit,ketahuilah ada ramai lagi yang lebih sulit dan sukar hidupnya dari kita.kalau kita rasa kita yang paling banyak menderita,ketahuilah masih ramai yang menderita kerna kehilangan orang tersayang,harga diri dan keamanan negara.kalau kita asik pandang Aishwarya Rai,mengkagumi kecantikan dia,dan mengutuk kekurangan diri,apakata kita lihat pada mereka-mereka yang kurang bernasib baik.

syukuri apa yang kita ada,selagi ia masih ada.jadikan mereka yang lebih mempunyai 'sesuatu' itu sebagai motivasi pada kita untuk jadi seperti mereka dan dalam masa yang sama,kita turut jadikan mereka yang 'kurang bernasib baik' itu sebagai pemangkin semangat untuk kita belajar menerima kehidupan,kekurangan,kelebihan dan keistimewaan kita seadanya.macam contoh,halaman rumah dia cantik,kita pandang,melihat dan nikmati.pandang halaman rumah kita,bersyukur.cili itu masih membawa manfaat pada kita sebenarnya.pandang pada mereka yang tiada halaman,senang.tak payah nak tanam apa2 :p

Wednesday, October 27, 2010

unexpected

The best things in life are unexpected - because there were no expectations.
hidup selalunya di luar jangkaan.kadangkala kita menduga hari akan hujan sampai ke petang,tapi selepas itu datangnya pelangi yang mewah dengan 7 warna gemilangnya.kadang-kadang kita sengaja tinggalkan payung di rumah dengan alasan,ramalan kita,hari tidak akan hujan sampai ke petang.rupa-rupanya tengahari dah hujan.(+ +)

berbahagia dengan cara sendiri

Kesedihan hanya akan membuat musuh anda gembira. Dari itu bahagiakanlah hati anda yang mana membuat musuh anda berdukacita.

kesimpulannya.saya gembira.saya bahagia.saya bersyukur dengan apa yang saya ada.biarpun orang kata saya tak ada apa yang orang lain ada,pedulikan.saya tahu suatu hari nanti Allah akan kurniakan pada saya sesuatu yang sungguh indah yang saya sendiri tak tahu betapa besarnya hikmah setiap kesusahan.Allah maha mengerti.

saya bahagia dengan apa yang saya ada.dalam kesederhanaan,dalam kesusahan dan dalam kesulitan,rasa bahagia tetap ada di antara celahan-celahan kedukaan.saya dari dulu lagi berpegang dengan prinsip diri "tak mati dek kutukan,tak hidup dek pujian" kutukan, biasalah kan,selalunya dengan niat nak menjatuhkan.kalau saya gagal atau 'dijatuhkan' itu tandanya Allah sedang menguji saya.musuh nak gelakkan saya atau mabuk-mabuk meraikan nya pun,saya peduli apa.saya masih punya diri saya.masih punya ketenangan hati dan masih punya apa yang masih saya miliki.kalau hilang cinta hanya dari seorang manusia,tetap tidak membuatkan saya mati.saya rasa tanpa cinta seorang manusia asing pun,saya masih hidup,masih waras dan masih berjiwa.saya kata 'manusia asing' ,bukan manusia yang bersama saya di dunia dan akhirat.kalau mak ayah yang merupakan peneman di dunia dan akhirat itu hilang,maka memang saya mati=mati jiwa .

saya jarang hiraukan cakap-cakap orang.kalau orang kata saya tak akan berjaya,tak mengapa.yang pasti,saya rajin berusaha.berusaha sepanjang hayat pun tak apa.sebab bila kalah nanti,saya kalah bermaruah,sebab sudah berusaha.

berbahagialah dengan cara sendiri.biarpun kebahagiaan yang dimiliki tidak sama dengan orang lain,pedulikan.ini kebahagiaan kita,bukan dia.ini hidup kita,dia apa tahu kan.bahagia itu sangat subjektif.kalau ada orang kata dia bahagia,yakinlah sebab mungkin sesuatu perkara yang biasa sangat bagi kita,adalah satu luar biasa bagi orang lain.

Tuesday, October 26, 2010

kita sendiri tidak pasti-masa depan

hidup bukanlah hanya wujud sekadar lukisan atau seperti main wayang.hidup ini terlalu banyak rahsianya.terlalu banyak cabang-cabangnya.terlalu banyak lurah dan cerun yang sudah ditempuhi atau masih belum mampu diteka kedalamannya kerana masih belum diselusuri.

kita,tinggalkan masa silam untuk sesuatu yang kita sendiri tidak pasti = masa depan.kita tingalkan kenangan lalu untuk terus berjalan ke hadapan tanpa jawapan yang pasti.seperti main pertaruhan.ada kalah-menang.kita tingal kisah sedih semalam dengan harapan akan dapat membuka kisah gembira hari esok.kita tingalkan tawa semalam mungkin untuk air mata luka hari akan datang.atau kita hancurkan hati manusia di masa lalu dibalas dengan kecewanya kita pada masa yang akan datang.

masa depan adalah risiko.kita tidak tahu untung nasib kita.mungkin wajah yang kita sayang-sayang pada hari ini,bukan lagi wajah kesayangan hamba pada masa depan.mungkin belaian kasih ibu ayah pada masa silam,menjadi rindu-rinduan pada masa depan bila mereka telah kembali pada Pencipta-Nya pada masa depan .mungkin kegagalan masa silam menjadi punca kejayaan kita pada masa depan.

hakikat hidup.masa silam tidak mungkin akan diputarkan kembali.kita terpaksa tingalkannya untuk masa depan.kadang-kadang melihat sebuah kebahagiaan yang gagal dikecapi pada masa lalu dalam bayangan masa hadapan.kadang-kadang kita cuba mencari ketenangan zaman kanak-kanak kita dalam sejarah hidup masa depan yang bakal dibina tapi semua itu tidak mungkin berlaku lagi.

masa juga mengubah kita.mengajar kita tentang suka duka hidup.mematangkan kita atau mungkin mengagalkan kita.setiap detik adalah perhitungan.kadang-kadang tanpa disedari,peristiwa yang tidak pernah penting hari ini,bakal menjadi kenangan indah pada masa depan.

kita hanya manusia.tidak mungkin dapat meramal dengan pasti apa yang akan terjadi pada masa akan datang.mungkin hari ini keluarga kita lengkap ,mungkin esok kekurangan seorang.itu hakikat.bukan doa atau kehendak.samada rela atau tidak,haruslah terus hidup dengan berani.

surat untuk masa depan
salam masa depanku.
aku tidak pasti ketika saat aku menulis surat ini adakah aku waras atau aku sedang berimaginasi sahaja :)
cuma ini hanya sebagai kenangan buat diriku yang aku pernah hidup di masa lalu.
ketika saat surat ini ditulis,aku masih mempunyai mak dan ayah yang sangat mengasihi aku.
semua kehendak dan impianku cuba mereka tunaikan sebaik-baiknya.
aku masih cuba berusaha menjadi anak yang cuba membuat ibu dan ayah bahagia dengan
segala daya yang aku ada.

ketika surat ini ditulis,aku masih punya adik beradik yang pelik-pelik perangainya.ahak.
punyai abang,kakak,adik-adik dan anak buah yang adakalanya aku sendiri terlupa namanya.
aku masih kehidupan yang normal bersama keluargaku.

ketika surat ini ditulis,Melaka baru sahaja menjadi Melaka Maju 2010.
mungkin selepas ini,Melaka telah naik taraf lagi.mudah2an.ketika ini Malaysia masih aman dan damai.syukur.
Tapi Palestin masih bermandikan darah para syuhada yang berani.orang-orang Islam masih ramai yang teraniaya di bawah kawalan bangsa asing.

ketika surat ini ditulis,aku masih merasakan hati aku belum dimiliki sesiapa.masih kosong seperti mana ia di'kosong'kan olehku dengan sengaja 7 tahun lepas.yang pergi tidak aku tangisi lagi kerana ketika ini dia hanya sejarah.dan aku berharap dapat mencipta sejarah baru.tapi tidak pasti lagi sejarah baruku itu bahagia atau merana sahaja.

ketika ini,aku masih sihat tubuh badan dan minda walaupun ada yang cuba-cuba bikin propa cuba buat kacau dalam hidup aku,tapi dia ibarat lalat kotor yang jijik di tempat buangan sampah.yang tidak perlu dihiraukan kewujudannya.hanyatahu mempalitkan najis melalui wadah yang disalahgunakan.

ketika ini diela,yah,sally,suresh,yan...atul masih ada sebagai temanku..tapi hari mendatang tidaklah aku dapat meramalkan.
ketika ini aku masih berani bermain api pada masa depan yang tak pasti..dan masih berharap ada jalan untuk rezekiku...

ketika ini,malam masih silih berganti dengan siang,masih lagi mentari terbit pada tempat yang sepatutnya..ketika ini bumi masih lagi terpaksi pada kedudukannya..masih lagi bintang dan bulan di langit...ketika ini,aku berharap..masa silam yang aku tingalkan demi sesuatu yang tak pasti dapat dilalui dengan penuh keberanian..

Inshaallah.

love,
Lara

Saturday, October 23, 2010

perkongsian

hidup satu perkongsian.
owh,apalah budak ni.entry lepas cerita pasal ruang privasi-refer post yang ini tapi sekarang cerita pula yang hidup ini suatu perkongsian.owh,apa ni.apa ni.ya,hidup kita memang berkongsi dengan orang samada rela atau terpaksa.

dan itu tak semestinya mudah.
bila berkongsi terpaksa faham orang ,terpaksa mengerti orang dan terpaksa bertolak-ansur walaupun kadang-kadang kita memang taknak bertolak ansur.walaupun kadang-kadang kita rasa macam nak juga orang faham apa yang kita hendak.walaupun kadang-kadang kita tak boleh mengerti kenapa orang itu harus berbuat begini,orang itu harus berbuat begitu.tapi hidup yang sementara ini hanyalah satu perkongsian.sudahlah sementara,berkongsi pula.:(  itu hukum alam.

kadang-kadang konsep pemikiran kita sangatlah berbeza dengan orang lain.mungkin kerana kita berada di dimensi yang kiri,orang lain di dimensi yang kanan.kanan dan kiri,haruslah berlanggar,kan?dan ini sangatlah tidak membahagiakan bila bertentangan arus.mungkin konsep perkongsian itu sendiri juga memberikan definisi yang berbeza mengikut citarasa(?) dan kehendak manusia.ada yang rela berkongsi harta benda,rela berkongsi suami or berkongsi boyfriend ( ahak.wtf) tapi ada juga yang memang benci berkongsi waima berkongsi makanan sekalipun.haishh.

tak kisahlah kan.yang penting,rela or terpaksa,kita haruslah terpaksa rela.untuk mewujudkan sefahaman dan kedamaian.walaupun itu bukan perkara yang mudah,tapi kena ingat,hidup memang satu perkongsian.berkongsi sesama manusia,berkongsi manusia-haiwan,manusia-tumbuh2an or manusia dengan makhluk2 Allah yang lain.dek kerna istilah ini,adakalanya kita terpaksa meneutralkan saja kehendak kita untuk memastikan orang lain tidak terasa hati.

kita memang tak boleh mementingkan diri sendiri or ikut kepala sendiri je.lainlah kalau kita memang hidup sorang-sorang je kat dunia ni.kalau terjadi,haruslah mati kebosanan pula la kan.

nota:
1)kongsi tu kongsilah juga kan tapi haruslah jangan overr!
2)bukan senang nak faham orang ni,harus stress nak mewujudkan konsep perkongsian yang betul

love,
Lara

Friday, October 22, 2010

ruang privasi

tidak semua perkara harus dikongsikan.
dalam hidup,setiap manusia ada ruang privasi mereka yang tersendiri.samada di persekitaran atau di sudut hati.di ruang itu,tiada siapapun yang perlu tahu atau perlu 'kacau'.itu privasi dia dan hak miliknya sendiri.

kadang-kadang.
kita merasakan kita menjadi manusia paling hipokrit bila tidak jujur pada semua.perlukah?perlukah kejujuran senantiasa?tidak.kita dan sesiapa sahaja patut faham,setiap manusia harus ada ruang dia yang tersendiri.dalam hiruk pikuk kehidupan manusia tetap ada di satu sudut,ruang untuk kita berdoa dan meminta dalam diam.tanpa rahsia itu terkongsi dengan yang lain.jujur itu subjektif.cukuplah kita menjaga batas diri tanpa perlu 100% memberi kejujuran pada orang lain.

kerana,setiap kejujuran itu akan ada harga yang perlu dibayar pada kemudian hari.pasti.kalau ia dirasakan tidak perlu dikongsi,maka biarlah ia duduk diam-diam dalam ruang rahsia itu.mengingati seseorang dalam diam,itu hak kita.biarlah hanya kita yang tahu.

meminati seseorang dalam diam,juga hak kita.tiada yang salah dengan menyukai orang lain tapi biarlah ada batas yang disempadankan.biarlah ruang privasi itu wujud dalam privasi.biarlah apa yang kita rasa atau apa yang kita kenang,hanya kita yang mengerti dan tahu.

love,
Lara

Wednesday, October 20, 2010

20 Oktober 2010. melaka maju .

alhamdulilah.semoga makin maju.biar sejahtera semua rakyatnya.InshaAllah.
Melaka bukan tempat aku lahir tapi di sana ada jiwa aku.ada kecintaan aku.ada kehidupan aku.

                            20.10.2010 . melaka maju .

Tuesday, October 19, 2010

dulu ..

dulu.mungkin sebab masa itu sangat muda belia,saya sangat gemar posing dan mengambil gambar.tapi sekarang,rasanya aktiviti itu sudah berkurangan.dulu,setiap minggu pasti ada gambar baru pelbagai gaya dan pergi mana-mana mesti berposing.tapi sekarang,sebulan sekali hendak ada gambar baru pun payah.masa,telah membuatkan semuanya begitu jauh berubah.
sila lihat gambar di bawah untuk mengingati semula kegilaan yang telah ditinggalkan oleh saya dulu :'(
dulu-di mana-mana mesti posing.tak percaya?sila lihat.


dalam fitting room pun jadi lah.ahaha.


di KLCC pun asalkan boleh aje.pedulik orang ramai ke apa ke.

basement parking.haha.

Times Square pun ok ajee.

di bus station kot.hehe

di Bukit St.Paul.siap buat movie pula di sini.haha

lagi sadis,toilet.hehe

tangga shopping mall pun layann.

sunway pyramid

kedai mamak


kan.betul tak?
love,
Lara

Sunday, October 17, 2010

5 ciri yang mesti ada pada sahabat saya

Persahabatan.
untuk membina sebuah persahabatan,rasanya mudah.tapi kalau itu dibina dengan orang lain.dengan makcik buruk perangai seperti saya,nak bina persahabatan itu macam nak pergi bina kubu pertahanan.susah. :)

5 ciri sahabat yang saya cari:
1.cantik-saya tak suka berkawan dengan orang hodoh.
2.kaya-orang miskin saya boo-layan
3.suka puji saya-ini bagus.kaki bodek lah kiranya.
4.cakap saya aje yang betul-itu tandanya saya adalah ketua :)
5.tak lebih berjaya dalam hidup berbanding saya-saya tak suka dikalahkan.
macamana dengan ciri-ciri sahabat yang mesti ada pada sahabat saya?hebat bukan.
tapi.
NANTI DULU

jangan salah faham.

saya bukanlah orang yang over-bagus atau gila nak meletakkan ciri-ciri sahabat yang macam giler aje dalam list di atas.
1.cantik,maknanya jiwa dia cantik.jiwa dia tiada hasad dengki.jiwa dia tak hodoh.itu maksud cantik yang saya cari.
2.kaya dengan budi bahasa.nak maki tu boleh tapi bukanlah sampai nak update blog dengan kata-kata macam dia sorang je yang bagus.padahal kau memang loser.
3.suka puji sy?itu adalah apabila saya melakukan tindakan yang betul.bila saya salah,sila betulkan saya.tq.
4.ini pun tak benar.saya tidak selalunya betul.cakap saya,kadangkala ada banyak juga yang mengarut.
5.saya selalu doakan kejayaan orang-orang yang ada dalam list hidup saya. :)



pic di bawah adalah sekadar hiasan untuk menjamu mata.somewhere,somehow,pic di bawah tidak akan jadi berempat lagi.final.


pegang prinsip baru:
buang kawan yang menyakitkan hati.lupakan kawan yang tak reti menghargai kawannya.dan mulakan hidup baru.yadaa.yadaa.simple.

Wednesday, October 13, 2010

izinkanlah aku.

kadang-kadang.
ia membuatkan aku tertanya.bila dan di mana pula bahagianku di dunia ini.
melihat satu-persatu berlalu meninggalkan kita.
aku memohon pada takdir dan kasih sayangMu Tuhan.
izinkanlah aku mengakhirinya di sejadahMu.pada saat aku tekun bersujud padaMu.
izinkanlah keluargaku mengakhirinya dalam keadaan tenang dan damai.
izinkanlah insan-insan kesayanganku mengakhirinya dalam iman.
izinkanlah itu terjadi pada saat Sakaratul Maut menghampiri.

nota:
takziah buat keluarga2 mangsa kemalangan ngeri Bas Delima Melaka-KL

Tuesday, October 12, 2010

10.10.2010

10.10.2010 : tarikh yang dinanti oleh sesetengah orang untuk mencatat sejarah dalam perjalanan hidup mereka.tapi bagi saya secara peribadinya,tarikh ini sangat menyedihkan selepas apa yang terjadi pada penumpang-penumpang Bas Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur.driver bas yang maut ditempat kejadian,adalah antara driver yang sering menjadi pemandu bas yang saya naiki dari Melaka ke Kuala Lumpur.saat menulis entry ini,saya masih dapat mengingati dengan jelas muka Ramachandra,52,pemandu bas Delima yang turut maut di tempat kejadian.

minggu lepas,hati saya terasa mahu pulang bertemu keluarga,tapi atas alasan tertentu,saya tak jadi pulang.kalau pulang,memang saya akan pulang ke KL semula dengan mengambil tiket pukul 6 petang,Bas Delima.saya suka Bas Delima sebab ia selesa.Tapi syukurlah,Allah masih mahu memanjangkan umur saya,mungkin kerana masih banyak tanggungjawab pada yang berhak yang belum saya tunaikan dengan sempurna.

mak saya call.

dia cakap 'syukurlah ko tak balik,kalau tak,tak tahulah apa akan terjadi.ayah ko pun cakap,syukur.'

Ajal maut,jodoh pertemuan,Tuhan yang menentukan.semoga mereka yang terlibat,ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.saya,memang sangat sedih,kerana ... hanya Allah yang tahu.Al-Fatihah.





(Bernama) — Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini Ahad.Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja’afar dan Hospital Melaka.– BERNAMA



















pic credit to:berita harian,myberita,ondscene

nota:
memang sebak.
semoga keluarga mangsa,tabah menghadapi takdir Allah.
Ya Allah,hanya Kau yang maha Mengetahui segala di langit dan di bumi.DaripadaMu kami datang,dan kepadaMu lah kami kembali.Al-fatihah.

Sunday, October 10, 2010

realiti dan kenyataan

dalam sebuah perhubungan,orang hanya nampak yang luaran-luarannya sahaja.kenapa tidak sebelum mengadili seseorang or sesuatu perhubungan,kita review dari semua sudut terlebih dahulu?tengok sedalam-dalamnya,boleh?dan selepas itu barulah kita dapat kesimpulan dari kenyataan dan realiti nya.

macam orang yang perasan bagus,sentiasa akan merasakan dirinya aje yang bagus.macam dia aje yang lawa sangat,yang kaya sangat(kaya ke?) dan macam dia seorang je yang ada orang sayang?ahak.tak salah rasanya nak confident dengan diri sendiri tapi biarlah bertempat.jangan sampai orang mengeleng kepala dan mengungkap perkataan " loser".bikin propa sebab nak perhatian.cubalah hidup dengan real dan realistik.tak perlu over-plastik sangat kan.

contoh :
saya dan Diaa Fariza,orang nampak kami macam suka gaduh sangat.macam hari-hari tidak boleh aman.itu yang orang luar nampak.tapi kalau orang yang pandai menilai,dia akan tahu,dalam gaduh-gaduh kami tu,dalam saya cakap lepas je tanpa tapis-tapis,dalam dia suka membuat pelbagai kerenah,kami sebenarnya sangat menyayangi.tiada siapa dapat menandingi persahabatan selama 14 tahun kami itu.ini contohlah.saya tak kata ayat-ayat di atas ditujukan untuk dia.bagi saya,dia lawa dengan caranya yang tersendiri.dia manis dan berbudi bahasa.paling best,dia sangat real,bukan palsu or plastik.

realiti tidak semestinya sama dengan kenyataannya.

realiti dan kenyataan seperti serupa je maksudnya.tapi realiti adalah apa yang biasanya kita judge dari mata kasar kita.tapi kenyataannya adalah apa yang disebaliknya iaitu perkara-perkara yang diluar mata kasar si pemerhati.

dalam kisah hidup saya sehari-harian,saya lebih tahu apa yang sedang saya hadapi,sedang saya lalui dan apa yang bakal saya tempuhi.i am not-so-naive la kan.kadang-kadang orang fikir,saya ni tak tahu apa yang berlaku di belakang saya.masalahnya,are you sure?saya mungkin telah lama tahu tentang realiti hidup seseorang sebelum dia mengenali siapa saya.sebelum dia memulakan agenda -agenda dia,saya telah tahu niat busuk hatinya.tak susahlah nak mengenali seorang manusia terutama manusia-manusia yang memang tak boleh pakai.cakap macam dia aje yang bagus,cuba tanya diri sendiri,adakah kita memang bagus?tiada salahnya hendak confident pada diri sendiri,hendak ada keyakinan pada diri,tapi janganlah sampai obses pada diri sendiri.sifat yakin pada diri memang perlu ada,tapi kalau sentiasa aje rasa diri sendiri yang paling lawa/hensem,paling ngetop,paling hot,paling kaya(??),memang kau tak akan ke manalah.sampai bila-bila pun kau berdiri di tempat yang sama.jangan melakukan kesalahan yang sama,berulangkali.kalau tidak,kau akan nampak bodoh di mata orang pandai.
Kesalahan yg paling sering dilakukan adalah menganggap diri sendiri yg terbaik,padahal itu adalah kesalahan yg cukup besar..


cuba pandang sesuatu dengan pemikiran yang luas.barulah kita faham,tak semua yang kita yakin-yakinkan sangat tu memang betul-betul terjadi seperti yang difikirkan.

contoh: si suami yang ingin berkahwin kali kedua.pada si no.2 dibilangnya dia tidak lagi mencintai isterinya.dibilangnya si isteri tidak pandai mengambil hatinya,itu ini.bla bla bla.tipikal alasan,macam biasalah.si yang kedua tu pun,mulalah nak membangga diri macam dia lah yang hanya dicintai oleh lelaki itu.cuba fikir semula.kenapa dia masih mengekalkan isteri no 1 nya?kan senang,ceraikan nya.bila di tanya,si lelakiakan memberikan alasan seperti
: susah kalau bercerai,takut anak-anak terabai
: isteri walaupun serba kekurangan,tapi saya tak boleh tinggalkan dia,kesian dia tak ada tempat bergantung.

sebenarnya,dia pasti ada rasa cinta pada isterinya walaupun dia menduakan si isteri dengan mewujudkan si gadis yang kedua sebab itu dia mengelak untuk ke arah perceraian.sedangkan lafaz talak adalah lebih mudah bagi seorang lelaki.Allah membenarkan lelaki berkahwin 4,itu tandanya hati lelaki memang ada 4 cinta untuk diberikan pada orang-orang yang berlainan.(ini pendapat je untuk merungkai erti di sebalik realiti dan kenyataan,jangan salah faham)

nota:
1)nak bermusuh dengan orang pun,kenalah pandai.kenali musuh anda terlebih dahulu sebelum dia mula menyusahkan hidup anda.setiap perkara,perlu ada cara untuk mengendalikannya.owh ye,tapi lagi elok,berbuat baik je pada sesama manusia kan.tak rugi apapun.
2)saya seorang manusia yang tak kisah kalah pada awalnya asalkan saya dapat juga apa yang saya mahukan di akhir nanti.sebab saya tahu di mana realiti dan kenyataannya.biarlah nampak kesian sekarang,asalkan kita tahu apa yang kita ada.kau ada apa yang aku ada?(xda)
3)kegagalan hari ini bukan bermakna kita gagal selama-lamanya,gagal bererti sebuah kejayaan ysng tertangguh.

salam sayang,
Lara

Friday, October 8, 2010

tolong faham,boleh?

stress giler.tolong faham,boleh?takkan semua kerja kau ,aku yang nak kena buat.hari-hari stress tengok perangai kau.semua benda nak suruh aku buat,bila ada isu,aku juga yang kena menjawab!sebabnya,aku yang acknowledge dokument sebab kau pemalas!

huh.tolong faham boleh?aku tak laratlah nak handle staff and trainer tu lagi.sepatutnya kita bekerjasama,bukan serahkan semua kat aku.so jangan tanya kenapa aku menyinga ok!

Tuesday, October 5, 2010

adat lama jangan dilupa,yeker?

Dari Melaka ke negeri Pahang,


singgah di Johor beli berangan,

Kami ucapkan selamatlah datang,

Apa yang kurang dicaci jangan.



Melenggang Hai

Melenggang dengan tari lenggang

kalau baik hati

Nanti orang pun sayang ....



Saya lah ini Bang oii dagang merantau

Mengharap belas orang di sini



Melenggang Hai

Melenggang dengan tari lenggang

kalau baik hati

Nanti orang pun sayang ....



Negeri Pahang aman sentosa

Kaya dengan tumbuh tumbuhan

Niat dihati Bang oii

Nak buat jasa

Mudah-mudahan Tuhan kabulkan

Sunday, October 3, 2010

baru ku tahu rupa-rupanya..


masa kecik selalu fikir,orang berkahwin sebab cinta.mereka jumpa,suka ,jatuh cinta dan kahwin.masa remaja pun masih fikir macam itu juga.tapi bila sudah dewasa,dewasalah sangat,baru kutahu rupa-rupanya,tak semua yang kahwin itu mereka jatuh cinta pada awalnya.

ada yang merancang untuk berkahwin padahal tidak mempunyai cinta di hati.hanya yang ada 'sayang'.contoh:C bercinta dengan si A,bertahun-tahun.tunggu A masuk meminang,macam takkan pernah terjadi pun.umur pun makin meningkat,takkan nak tungu smpai umur 40 tahun baru nak kahwin kan.kebetulan B nak masuk meminang,terus setuju.maka,cinta yang disemai bertahun2 itu,terkubur seperti itu sahaja.C menikahi B.cerita tamat.

ada pula yang sangat-sangat mencintai orang lain,kira macam sanggup mati lah dek cinta itu.tapi lastly,selepas perhubungan itu tidak ke mana,terus memutuskan untuk menikahi orang yang ada di depan matanya walaupun tak cinta.fikir positif,mulakan hidup baru dan percayalah,pernikahan itu takkan terjadi.diulangi TAK AKAN terjadi,kalau Allah tidak menentukan jodoh kita dengan orang itu.Allah telah tulis dia adalah jodoh kita walaupun kita tak cintakan dia.rahsia Allah tak perlulah dipertikaikan.

ada orang,kecewa tertongeng-tonggeng dalam percintaan.tiba-tiba,perkenalan yang seberapa ketika telah membawa perhubungan itu ke alam perkahwinan.maka,positif jela.nak fikir-fikir atau menunggu cinta yang pergi itu untuk apa kan.

ada pula yang berkahwin kerana usia sudah meningkat.takut nanti lama-lama,tak laku.biasanya perempuan lah yang mempunyai perasaan seperti ini.atau bila melihat,kawan-kawan sekeliling,satu-persatu melayangkan kad kahwin,hati mula gusar sebab nanti semua dah bz ngn husband,maka,yang tak kahwin ini akan hidup kesunyian.

ada yang berkahwin sebab pasangan terlalu mengkasihi dirinya.maka,dia merasakan rugi kalau tak berkahwin dengan orang cintakan dia,dan untuk apa menunggu orang yang dia cinta/mahu.

perkahwinan itu dibina atas dasar cinta ke tak,tak penting.yang penting,bernikahlah kerana itu sunnah Nabi junjungan besar kita.dan yakinilah setiap urusan jodoh itu telah ditentukan oleh Allah.ayat-tak kenal,maka tak cinta,ada banyak betulnya.tapi kalau dah kenal,lagi tak leh nak cinta,banyak-banyaklah bersabar.yakinilah Allah tentukan jodoh kita sebab Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.jangan lupa itu.antara cinta dan sayang,perasaan sayang itu lebih kekal abadi.lebih membawa bahagia.


Firman Allah dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-2, ertinya:
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?”

kalau kita dipertemukan dengan pasangan yang bukan pilihan kita,ingat dan percayalah pada qada' dan qadar Allah.jangan sesekali terlupa.Allah menguji keimanan dan kesabaran kita dalam menangani soal hati.bersabarlah kerana hanya dengan sabar sahaja kita akan menemui apa yang kita cari.InshaAllah.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]
Nota:
: jadilah mukmin yang kuat.yang tabah.yang baik.yang kuat bukan bermakna,kau menang kalau bergusti atau kau yang paling hebat mengutuk orang dengan mulut kau.yang kuat adalah yang mampu bersabar dan yakin pada Allah.yang baik pula adalah yang tidak pernah mengangu hidup orang lain,tidak pernah menyakiti hati orang dan tak pernah memperlekehkan orang lain.

: biarlah orang bangga dengan apa yang mereka ada,asalkan kita hanya diam dan bersyukur dengan kaseh yang Allah berikan.
:jangan menyesali setiap yang datang dalam hidup kita.setiap yang terjadi ,ada sebabnya.tapi kadang-kadang kita je lupa nak bersyukur.

baruku tahu,rupa-rupanya alam jodoh dan pertemuan itu,rahsia bangat.hanya Allah yang tahu.Wallahualam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...