nuffnangku

Monday, September 27, 2010

hujan

ingatkan nak balik awal.awal bermakna dkatt2 maghrib la tu,tapi hujan sangat lebat.saya terperangkap dalam hujan.inilah akibatnya kalau tidak sediakan payung sebelum hujan akan terperangkap dalam hujan macam saya sekarang ni la.disebabkan tak tahu nak buat apa,jadi update blog guna handset.kalau ada kesilapan ejaan,faham2 jela.ARGHH..SAYA NAK BALIK.....HUJAN,SAYA RINDU KAMU JUGA...CEHH..TETIBA MENYANYI LAGU 'AKU SKANDAL'....

Thursday, September 23, 2010

Jika Anda membuat seseorang bahagia hari ini, Anda juga membuat dia berbahagia dua puluh tahun lagi, saat ia mengenang peristiwa itu




Jika Anda membuat seseorang bahagia hari ini, Anda juga membuat dia berbahagia dua puluh tahun lagi, saat ia mengenang peristiwa itu (Sydney Smith)
dan janganlah jadi seperti api dalam sekam yang membakar dalam senyap untuk menyusahkan hidup orang lain.

kadang-kadang.
untuk membuat orang sekeliling kita bahagia,bukanlah susah sangat.hanya memerlukan sedikit usaha dan usaha itu akan berbaloi bila setiapkali dia teringat kenangan itu,dia akan tersenyum.sebab Tuhan telah menjadikan manusia ini dengan seindah ciptaan.Kita jarang melupakan perkara-perkara yang pernah menyentuh hati kita.perkara sedih atau gembira yang di alami akan dikenang sampai bila-bila.lebih mulia,bahagiakan sesiapa sahaja dengan nawaitu kerana Allah.adakalanya hanya dengan memberi sebiji coklat pada kanak-kanak malang yang ditemui di tepi jalan,boleh menjadikan hari yang bakal dilaluinya indah.walau mungkin dia tidak akan mampu mengingati hari demikian,tapi sekurang-kurangnya dia tahu bagaimana rasanya perasaan gembira itu.

dan selalunya kita lupa tentang ini.
di saat kita menyakiti hati orang.sampai bila-bila pun dia akan ingat.kadang-kadnag kita rasa kita berhak menyakiti hati orang hanya kerana kita rasa diri sendiri sudah cukup bagus,tapi kena ingat,kita bukanlah apa sangat kalau kita masih hidup dengan meminjam udara yang Allah bagi kita pinjam.masih makan dengan rezeki yang Allah bagi dan masih bernyawa dengan nyawa yang Allah pinjamkan.maka,Dia juga berhak mengambilnya bila-bila sahaja yang Dia mahukan.kalau kita tak sempat meminta maaf pada orang yang kita dah buat slaah tu,macam mana?nak ke jumpa dia kat padang masyar nanti,minta maaf?

membuatkan orang bahagia atau menderita kerana kita,dua-dua nya tidaklah susah mana sebenarnya.jadi,apalah salahnya jika kita memilih untuk membuat orang bahagia?setiap bahagia yang dirasa adalah pahala buat kita,seumpama rezeki buat kita.adalah 1 doa untuk kita.


Wallahualam.

Salam,
Lara.






                                       

Tuesday, September 21, 2010

6 golongan yang jangan dijadikan ISTERI | untuk bakal isteri dan bakal suami

sekadar untuk renungan bersama . sebagai bekalan untuk sesiapa pun yang bakal bernikah ,bakal tunang orang,single .



6 golongan perempuan yang jangan dijadikan isteri :
1.perempuan yang membanyakkan keluh kesah-tak pernah cukup dgn apa yang ada.
2.perempuan yang banyak mengungkit
3.perempuan yang bkenan pada lelaki yang lain-tidak setia
4.perempuan yang gemar memaksa lelaki/suami memenuhi semua kehendaknya
5.perempuan yg hari2 sibuk bersolek dgn mengabaikan banyak perkara
6.perempuan yang kuat berleter

semoga ia sama-sama memanfaatkan kita semua.InsyaAllah.

Nasihat Rasulullah kepada Lelaki:


“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kecantikkannya, keturunannya, hartanya atau kerana agamanya. Tetapi pilihlah yang beragama supaya dirimu selamat.”
 
kerana bila ada agama dan iman di hatinya,dia pasti sentiasa tahu batas diri sebagai seorang perempuan dan sebagai muslimah.
 
Sabda Rasulullah S.A.W:


“Wahai para pemuda, sesiapa yang sudah bersedia untuk berkahwin, hendaklah dia segera berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menghalang pandangan (kepada yang dilarang oleh agama) dan memelihara kehormatan. Dan barangsiapa yang tidak sanggup hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu adalah perisai baginya.”
 
kadang-kadang kita perlu tahu ada orang berkahwin bukan sebab dia terlalu cintakan seseorang manusia itu tapi kerana agama,kerana dia mahu dirinya terpelihara dari dosa.dia mahu hidup dalam lingkungan rahmatNya.perkahwinan walaupun adakalanya tanpa cinta,tapi percayalah jodoh pertemuan itu rahsia Allah.Dia sebenarnya yang telah menentukan semua ini.jodoh itu misteri dan proses hingga terciptanya jodoh antara suami dan isteri itu juga misteri.
 
Nikahkan dia dengan orang yang soleh. Kalau dia mencintai puterimu, dia akan menghormati dan membahagiakan dirinya. Jika tidak mencintainya, dia tidak akan menzalimi dan menyakitinya.”
 
 

Nuffnang

owh.inilah dia pengasas NUFFNANG rupa-rupanya.



seperti yang diketahui Nuffnang popular di kalangan blogger.bukanlah blogger namanya kalau tidak tahu Nuffnang.jenama ini semakin popular di Malaysia,Filipina,Singapura dan Australia.jenama ini sebagai salah satu sumber pendapatan untuk blogger-blogger yang adakalanya melebihi pendapatan tetap mereka.

sumber berita dari: KOSMO
"SEBUT sahaja Nuffnang, mustahil jenama komuniti pengiklanan blog itu tidak dikenali oleh blogger-blogger di seluruh Malaysia. Tidak hairan juga, jenama itu amat dikenali di negara-negara jiran terutama Singapura, Australia dan Filipina.


Sumbangan Nuffnang amat besar buat komuniti blogger yang menjadikan jenama itu sebagai platform untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Tidak keterlaluan jika dikatakan pendapatan yang diperoleh daripada Nuffnang adakalanya melebihi pendapatan pekerjaan tetap.Iklan-iklan daripada Nuffnang yang merupakan komuniti pengiklanan blog pertama Asia Pasifik kini boleh dilihat di lebih 100,000 buah blog oleh lebih tiga juta orang setiap hari.

Ia membenarkan pengiklan untuk memaparkan iklan grafik dan video di blog-blog dalam pelbagai genre. Kejayaan Nuffnang kini dapat dilihat melalui pembangunan pejabatnya di empat buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina dan Australia.Menarik tentang syarikat Nuffnang Sdn. Bhd. yang terletak di Kuala Lumpur, ia diteraju jejaka yang baru berusia 26 tahun. Timothy Tiah, sebagai pengarah urusan, turut meneraju cawangan Nuffnang bersama pengasas bersama, Cheo Ming Shen yang kini menguruskan pejabat di Singapura.


Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.

"Kami menguruskan iklan-iklan yang akan dipaparkan dalam blog yang berdaftar tanpa mengenakan bayaran kepada blogger. Blogger hanya perlu menjalankan kerja editorial untuk iklan masing-masing bagi menjana pendapatan.
------------------------------

Menceritakan kewujudkan Nuffnang, Timothy memberitahu idea itu timbul di London ketika dia dan Ming Shen berbual mengenai pelan perniagaan mereka apabila pulang ke tanah air. Kedua-dua mereka adalah pelajar jurusan perniagaan dan bermula sebagai blogger.



"Kami berbincang mengenai perniagaan yang ingin kami jalankan selepas pulang ke Malaysia dan Singapura. Kemudian timbul idea untuk berkolaborasi mewujudkan Nuffnang selepas mempertimbangkan populariti blog yang semakin meningkat.



"Kami melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh orang lain dan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan hanya selepas beberapa tahun syarikat itu ditubuhkan," katanya mengenai syarikat itu yang memulakan pejabat pertamanya di Pulau Pinang pada tahun 2006.



Katanya, pada akhir tahun pertama Nuffnang ditubuhkan iaitu pada tahun 2007 mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 7,523 orang blogger dan ia meningkat kepada 30,708 pada tahun 2008. Tahun 2009 pula jumlahnya meningkat kepada 68,455 orang, manakala sehingga Ogos lalu jumlahnya ialah 105,464 orang blogger.



"Komuniti blogger Nuffnang meningkat dengan pantas dan ini menunjukkan blog menjadi medium pengiklanan yang mendapat sambutan hangat daripada klien pengiklan. Ia menjadi pilihan baru selain medium utama iaitu media cetak dan elektronik.


"Bagaimanapun, untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya.


Nota Dari Vee :
wujudkan blog atas sebab yang betul.kalau wujud blog hanya setakat nak cerita pasal keburukan orang-orang yang dikenali,kutuk sana-sini,amatlah baik blog itu tidak perlu di wujudkan.saya suka melawat blog-blog yang dihasilkan dari mereka2 yang ada 'otak',blog-blog yang indah luahan hati dan jiwanya,blog-blog sempoi,blog-blog yang menarik dan blog-blog yang seumpama diari.kalau sapa-sapa nak suruh saya jadi Top Follower blog nya,sila bagi sy 'link'.sy akan pergi untuk blogwalking.boring ni.saja nak tukar-tukar idea.

Saturday, September 18, 2010

PETALING JAYA: Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor, Jumaat selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis lalu.Menurut adik ipar Allahyarham, Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.Allahyarham dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur hari ini.M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din.sumber dari :mstar

 
: setiap yang hidup pasti akan 'pergi' jua suatu hari nanti.dunia ini hanya pinjaman.tiada gunanya bermegah dan bergembira dengan yang sementara padahal yang hakiki sedang menanti di 'sana'.M.Rajoli pelakon yang baik dan bagus.bawakan watak apapun,pasti menjadi.watak tok imam,ayah yang baik atau lelaki tua yang gila2 pasti menjadi terbaik di tangannya.semoga rohnya tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Monday, September 13, 2010

berbuka puasa dengan ex-housemate 403(Team A)

Salam.
ini pula berbuka puasa bersama my ex-housemate semasa study dulu.rindunya zaman muda-muda dulu.even masing-masing da jauh n ada life sendiri tapi bila jumpa tetap bgelak ketawa dan kacau-bilau.rasa macam tak percaya dulu pernah makan sepinggan-tido sebantal-mandi sebilik air.haha.maksudnya guna bilik air yang sama r.saya macam biasalah,kena jadi Mastermind.kene setting masa dan tempat ikut kesenangan mereka semua. :'(
ayeen

chubbynye pp sayer.
da lama nisha jadi isteri orang,baru berkesempatan jumpa ngn dia.
also wit Nuril Cullin
kami serumah masa muda2 dulu
lambatnya nak berbuka-mungkin itulah yang diperkatakan olehayeen dalam hatinya.hehe.
saya:adoi,lembabnya waiter ni nak anta makanan
nisha pula,mgunakan taktik suruk lehernya.haha
tetiba cik Mas datang dengan gaya ayu bertudung.terpana jap kami semua.haha
ex-housemate
miss u all and miss our memory-forever
dont try this at home.ekekeke

saya sayang kamu semua.
lots of love,
lara

berbuka bersama officemate

Salam pembaca,
maafkan saya ok.selepas entry ini ada 2 lagi entry tertangguh yang bakal di update.:) saya tahu tak ramai pun yang berminat nak membaca blog saya tp untuk yang sudi singgah,terima kasih ya.kali ini berbuka puasa dengan member-member office.saya rasa blog saya ini bakal jadi photo-blog la.hehe.sebab lebih banyak photo dr cerita.ape2pun,silalah layan pic..

caca marba sungguh mereka ini.tp semua pun sporting.

lagi gambar..
me with hanim n her husband
yadaa..yadaa... me n hanim

me wit kak Ida
ni muke tgh lapar ni..

love,
Lara

Swiss Garden Hotel wit Airiena

sorry..saya terlalu bz untuk update tapi sebenarnya tak pasti pula apa yang dibusy kan sangat sampai tertangguh hajat nak update.hehe.ni sempena ramadhan yang lepas,saya berbuka puasa dengan my bestfrendz-cik Airiena . di Swiss Garden Hotel .haha.tempat nak glamer aje .hahaha.yela,bw cik airiena yang glamer kan. :)
ok,silalah enjoy pic2 yang sudah di upload ini.silakan :



cak !
ini lah cik Airiena.

dan ini si penaja-
haha.
cerita tamat.
bersurai.
love,
cik lara.

Thursday, September 9, 2010

salam aidilfitri

. salam aidilfitri . untuk semua pembaca blog 'What-So-Ever' .tahun ini saya bersyukur sebab masih berpeluang menyambut ramadhan yang datangnya hanya sekali setahun.harap-harap tahun hadapan,saya masih berpeluang bertemu semula dengan ramadhan dan mengharapkan ia membawa lebih erti dalam hidup saya.InsyaAllah.

persiapan raya saya hanyalah sederhana.

tapi saya happy jer sebab ramadhan kali ini saya dapat jumpa semua kawan-kawan yang sentiasa saya ingat.pic and entry nantilah saya upload n storykan ek.

akhir sekali:
salam aidilfitri untuk semua umat Islam.
maaf andai tersilap kata,terkasar bahasa.
saya bukan org yang sombong kalau kena dengan caranya,ok.
beraya tu beraya lah juga,tapi jangan lupa pada yang 'telah pergi' dan pada yang hidup serba kekurangan dan juga pada warga Palestin yang sentiasa berjihad di jalan Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...