nuffnangku

Sunday, June 20, 2010

warna tema untuk hari persandingan.angan-angan juga.ngegeee.

Hari Persandingan.
turqouise dan merah
saya suka sangat kombinasi dua warna ini.tak tahulah serasi dengan kulit saya ni ke tak.tapi kalau pandai match and mix tentu ok kan?dan mungkin tambah warna putih jugak.hmmm.

Hari Bertandang.
purple.pink
setakat ni,ini yang terbayang dalam kepala.tapi biasalah kan,warna tema akan berubah-ubah selagi belum hari penentuannya.hahahah
all pic credit to:theperfectpalette.

Danau Indah-Baju Pertunangan.

update lagi.kali ini tentang baju pertunangan si gadis.dia telah ke Gulati's membeli kain untuk dijahit.warna creme.krim ok.tapi after the baju siap,dia mesej saya bagitahu baju bertunang dia tak lawa.mula-mula dia agak bersungguh mahu beli kain baru or beli baju siap di area Jalan TAR or kat Masjid Jamek.tapi last-last,dia berserah sahaja dengan baju krim dia yang tak lawa tu.hehe.bukanlah tak lawa tapi terlalu simple.terlalu-terlalu-terlalu simple.macam orang yang kene pakai baju kurung untuk pergi majlis kahwin jiran sebelah rumah punya kakak angkat punya anak.faham tak?faham tak?maksudnya,pemilihan baju n warna main suka hati sebab pergi ke majlis yang langsung tak penting bagi kita.hahaha.

si gadis and her flower.pandangan dari depan.

baju si gadis dari pandangan sisi belakang


.pandangan dari tepi.

tapi last minit.pagi itu dia harus bersiap .kena pergi mekap di rumah Mak Andam.di sana barulah dia diberi pilihan oleh mak andam untuk guna je baju-baju yang ada.nasib baik,baju-baju mak andam ini sangatlah lawa.after gadis pilih baju between colour pink or putih,last-last she choose pink.hmmm.nasiblah tidak terlalu over berbeza dengan warna temanya.oh ye..tema dia adalah creme + warna lain.that means,dia tak kata krim +putih je..or creme+pink je..warna creme dia tu bergabung dengan macam-macam warna.hagaga.


love the details yang ada pada baju ini.


cantikkan.rasa macam mewah gitu.


ok.itu saja untuk kali ini.lainkali saya update details yang lain pula ye.hehe.

Saturday, June 19, 2010

Ke Danau Indah yang 'indah'


Last Minutes .
last minit punye preparation,tapi alhamdulilah semuanya ok.tidaklah grand-grand majlisnya.sesuatu yang cukup sederhana dan rasa macam mendamaikan seperti kita sedang berehat di tepi pantai sambil lepak di bawah pokok kelapa.haha.

Hand-Bouquet.
ini pun last minit.malam tu saya telah mendesak si gadis untuk pergi cari bunga tangan hidup juga.tapi si family gadis tidak membenarkan.aduss.padahal bunga tangan yang fresh 'bukanlah' mahal sangat.lagipun sesekali untuk seumur hidup kan.apalah salahnya.saya tidak sampai hati melihat kalau majlis ini tidak sempurna.sempurna di sini bukanlah yang grand-grand dengan bajet kalah artis.sempurna itu subjektif.
saya berjanji pada diri,esok nya saya akan gigih ke pasar mencari bunga hidup yang segar-bungar.inilah hasilnya.

warna tema sepatutnya krim.so kira masuklah oren dengan krim.tapi,tetiba pada hari besar itu,tema sekelip mata bertukar jadi pink.hahaha.tapi tetap lawa di tangan si gadis.

Sunday, June 13, 2010

majlis ' Mengikat Janji Ke Danau Indah '.

hai.baru-baru ni sy attend majlis pertunangan kawan saya.hmm,letihnya.nanti saya update all her preparation during her engagement day... ok?so tunggu tau.i attached picture sekali.hee heeehe

Saturday, June 12, 2010

Bertatih bersama-sama . dengan ikatan belah rotan . biarlah sekukuh rotan .

bertatih bersama.
melalui bermacam-macam episod sukar.
moga ini jawapan pada hati yang tabah.
cinta Tuhan itu agung untuk hamba-Nya.
hingga terkadang kita sendiri yang asik di dunia fana.
belah rotan itu sebagai ingatan.
agar sama-sama menjaga hati jangan kecundang lagi.
moga asas batu-bata yang dibina,makin kukuh.
hingga terbinanya sebuah rumah yang dipenuhi kasih sayang.
bukan makin rebah dihentak cinta palsu duniawi.

Tuesday, June 8, 2010

memperbaiki manusia yang mengalami kerosakan.misi 'fix' hati dan jiwa manusia terluka.


bertemu dengan someone yang perlu kita 'fix' membuatkan kita tiba-tiba rasa macam genius kalau dapat mem'fix'kan orang itu.sila jangan tiru ayat inglish yg telah dimelayukan itu.sangat merosakkan bahasa.fix dalam bahasa melayu membawa maksud 'memperbaiki' atau 'repair' dalam bahasa inggerisnya.kalau kita gagal,maka secara tiba-tiba turut rasa macam loser.


setiap manusia ada kerosakkan masing-masing.manusia pun macam robot ke?tidak.tapi pengalaman hidup,dugaan ,cabaran ,persekitaran dan macam-macam lagi boleh membuatkan seseorang manusia itu jadi 'cacat' dan perlu diperbaiki.kerosakkan itu perlu diganti dengan alatan2 baru yang lebih bagus.yang mana karat,digilap sampai kilat dengan minyak agak lebih lancar.

sebenarnya itu hanya sekdar 1 metafora atau sekadar simbolik.putus cinta membuatkan kita mengalami kerosakan.trauma juga merupakan 1 kerosakan.kehilangan kawan atau family juga 1 kerosakan..di dera juga 1 kerosakan...yang jelas,setiap kerosakan itu berbeza dan cara merawatnya juga berbeza...

cuma di sini,saya sekadar berkongsi pendapat saya tentang 'fix seorang manusia yang pernah gagal dalam percintaan'adoi.macam jiwang je kan .tapi ini bukan pasal nak menjiwang-jiwang.hampir kesemua manusia dalam hidupnya menemui cinta.tahu cinta itu apa.dan ramai juga yang kecewa kerana cinta.cinta,sekadar 5 huruf tapi 5 huruf ini bukan calang-calang erti dan pengaruhnya.

saya pernah lihat,pernah kenal ramai manusia yang rosak kerna cinta.oh ye,di sini 'rosak' itu bukan lah membawa maksud hilang dara atau seumpama dengan itu.rosak membawa maksud-derita,luka,kesakitan,kurang kepercayaan pd dunia dan macam2 lagi kerna cinta'.saya pernah kenal,diri sendiri juga pernah mengalaminya.saya rasa kesan nya sampai sekarang pun tak hilang-hilang.bagitu teruknya panahan cinta.hehe.

kalau ditakdirkan kita bertemu dengan manusia seperti ini,rasanya dah menjadi 1 tangungjawab pada kita untuk menjadi mekanik untuk nya.haha.nak menjadi mekanik pada orang yang pernah kecewa dalam percintaan,bukan mudah.kita perlu jadi 2 kali ganda extra kuat untuk berdepan dengan mereka.bukan extra kuat yang bukan-bukan tu.extra kuat dari segi mental,minda dan perasaan.kena bertahan.sebab kalau tidak betul-betul,kita turut akan terpalit sama dan tiba2 turut menjadi manusia yang rosak itu.contoh,kita bertemu dengan A.A penah kecewa dengan kekasihnya dulu.dia memang cinta sangat sampai hati pun buta menilai erti cinta yang sebenar.duit gaji habis pada si kekasih.belikan perfume mahal2,belanja makan mewah2,belikan baju yang branded2,maklumlah si kekasih memang pisau cukur gilette .huh.buat loan dan kredit kad sampai bankrup semata-mata menatang si kekasih macam minyak hitam yang penuh.heh.hahaha.saja je cakap minyak hitam.ok lah,kita tukar jadi minyak masak.hahaha.

kawan-kawan nasihatkan pun taknak dengar.padahal kawan-kawan ada niat baik.tapi nak buat macamana kan,buta tuli.siap jadi musuh dengan bestfriend sendiri semata-mata kerna si kekasih yang konon angel bertopeng syaitan.setelah masa berlalu,diri ditingalkan kekasih sebab kurang duit dan paras rupa.itu alasan yang sebenar2nya tapi berlindung di sebalik reason klise seorang gilette.lepas ditingalkan,hidup makin terumbang-ambing.asyik terhegeh mencari kekasih gilette nya itu.si gilette pun apalagi,tahu2 je dirinya di cintai,mulalah datang kembali.mereka pun main tarik tali.padahal seorang sedang menjerut leher,seorang lagi macam master mind yang mengwal susun atur perjalanan orang yang dijerut.yang kena jerut itu,tentulah si bodoh yang buta hati itu.

takdir Tuhan.si pak turut itu bertemu dengan orang baru dalam keadaan yang tak terduga.hati jadi berbelah bagi.orang baru akhirnya tahu tentang semua cerita.ramai yang nasihatkan dia supaya tingalkan sahaja si buta hati.biar dia hanyut dalam dunia si gilette.tapi orang baru itu,rasa macam 1 tangungjwab pada bahunya untuk fixkan si buta hati supaya dia sedar diri.

si buta hati perlukan masa.mungkin bukan sehari dua untuknya kembali normal.memerlukan masa yang panjang.perlukan pengertian yang tidak bernoktah.bukan senang,nak membuatkan manusia yang pna kecewa itu,kembali normal.dalam tempoh itu,kita yang nak jadi tukang repair ni pun memang sakit dibuatnya.kena banyak bersabar,berusaha dengan gigih,berdoa banyak2,berserah dan bertawakal agar si buta hati jadi celik hatinya.kadnag-kadang dalam membuat seseorang itu sedar akan realiti,kita sendiri perlu korbankan hati dan perasaan.

seperti seorang ibu,yg mahu bayinya selamat.kalau terpaksa melalui pembedahan yang mengancam nyawanya dan risikonya adla setinggi 90 peratus pun,si ibu sangup demi mahu anaknya selamat.biar dia mati tidak mengapa asalkan si anak selamat.begitu juga dengan halnya memperbaiki hati seorang manusia yang pernah terluka.



bersabar.

harus tabah.

itu kunci utama.

mugkin akan mengambil masa lebih lama dari yang dijangka..

tapi takdir Tuhan,siapa yang tahukan.

sesiapa yang berdepan dengan kekasih yang masih mengingati orang lamanya,banyak-banyaklah bersabar.mungkin kita akan jadi manusia yang tiada perasaan,tapi kalau itu boleh menyedarkan seorang manusia yang lain,apa salahnya kan.memang bukan calang-calang orang boleh melakukannya.silap-silap mental kita pula yang sakit.tapi berserahlah pada Tuhan kalau kita memang dah tak boleh melepaskan tanggungjawab itu pada orang lain.haha.


dalam situasi ini,jika dia melepaskan A,A mungkin akan kembali dalam tawanan si gilette...dari itu terjadi,biarlah dia bertahan setakat yang termampu sampai A mampu bina hidupnya sendiri,berdiri kukuh tanpa gilette di sisi.ajarinya tentang cinta sebenar,celikkan kembali hatinya yang buta,tiupkan kekuatan hati pada si A agar dia boleh terbang tinggi,bukan lagi bermusuh dengan kawan sendiri kerna seorang keasih yang tak patut dijulang2.

Monday, June 7, 2010

Marmaduke

Lastly semalam(ahad) memilih Marmaduke...
thanx untuk yang sudi meneman melayan saya yang sangatla pencinta haiwan.kekeke.
ok lah for those yang memang sayangkan haiwan.
kelakar tapi tidaklah terlalu kelakar,ok lah.not bad.
lebih kepada nilai persahabatan and percintaan.
dari 5 bintang,saya bagi 3 bintang.
kalau lah Carlos(kucing)itu pun ada kawan-kawannya sendiri.tentu lagi cumil.hehe

Sunday, June 6, 2010

lagenda budak setan atau marmaduke?

yang mana satu ni?yang tidak akan mengecewakan hati saya?saya bukan pesimis terhadap filem melayu cuma saya takut dikecewakan kalau semua ini tak seperti my expectation.hmmm,Marmaduke pun saya memang nantikan.hmmm,susahnya nak buat pilihan...

 tapi kalau tengok trailer yang ini ...





wahaha..best gak la.adoi..pening2...

Release Date: 3 June 2010


Language: Malay
Subtitle: English, Chinese
Genre: Drama, Romance
Running Time: 1 hour 46 minutes
Director: Sharad Sharan
Cast: Farid Kamil, Lisa Surihani, Nur Fazura, Que Haidar, Raja Farah.
Synopsis: Based on the all time best-selling novel, Kasyah (Farid Kamil) is a troublemaker in high school but things change when he meets Ayu (Lisa Surihani). However, Kasyah is force to part with Ayu when he has to go for a research project. Ayu then meets her ex-lover Azmi (Que Haidar) who is an abuser.

source: Cinema Online

kalau tengok trailer yang ini pulak...







Release Date: 3 June 2010

Language: English
Genre: Comedy, Family
Running Time: 1 hour 30 minutes
Director: Tom Dey
Cast: Amanda Seyfried, Jeremy Piven, Judy Greer, Ron Perlman.
Synopsis: For Phill and Debbie Winslow, moving their family from Kansas to the O.C. is a big deal. However, this move also means a whole new way of life for their enormous Great Dane, Marmaduke. It's chaos at home and awkward at work as the Winslow struggle to control their mischievous canine.



(Source: Cinema Online)

so saya memang pening nak buat pilihan.sebab dua-dua pun saya suka.huhuhu

Saturday, June 5, 2010

rutin harian yang ........ blurggh..rindu zaman sekolah dan zaman universiti dulu.

rutin harian saya hari-hari sangatlah bosan.pagi pergi kerja.malam balik rumah.tengok tv sekejap dan on Facebook kejap dan bersiap-siap untuk tidur.kadang-kadang dah penat sangat ,satu hapew pun tak sempat buat.mandi-mandi dan terus tidur.esok bangun,pergi keje semula.adoyai.

kalau sabtu ahad pula,biasanya sabtu,saya akan ke opis.ok,bukan biasanya.hanya kebelakangan ini sahaja.ahad,hari bermalas-malas di rumah.tapi kadang-kadang,ada pula plan untuk keluar.rasanya dalam seminggu,rutin harian saya memang sangat bosan.usia remaja,hilang begitu sahaja.5 hari bekerja,strungle dengan kerja-kerja ofis sampai ke malam supaya kerja up-to-date dan daily.tak ada backlog.back-log bermaksud,kerja minggu lepas atau kerja semalam atau kerja yang entah berapa kurun yang tak dapat disiapkan.memang nahas lah jawabnya kalau kerja ada banyaaaakkkkkkkkkkkk back-log.mimpi ngeri wokeyh.

kadang-kadang bila melalui rutin yang semacam ini,rindu pula zaman-zaman remaja yang tak terikat dengan masa.rasa macam begitu bebas untuk melakukan apa sahaja.dulu masa sekolah,rasa benci pada sekolah sebab kena bangun pagi-pagi.lepas itu kena pakai uniform yang boring itu.lepas itu,kena jalan kaki pergi sekolah,sebab rumah dekat je dengan sekolah.bawa beg berat-berat(masa sekolah rendah).masa Tadika sampai darjah 3,saya pergi sekolah naik beca.Arwah Pakcik Nordin yang bawa.memang agak seronoklah juga naik beca.bukan naik sorang-sorang,tapi dengan beberapa orang budak sekolah yang lain.

masa itu lalu depan sekolah rendah(masa tadika) selalu berangan nak pergi darjah 1 cepat-cepat sebab nak jadi besar cepat-cepat supaya dapat pakai kasut tinggi(memang masa budak-budak panggil 'kasut tinggi'),nak jadi besar cepat-cepat sebab nak pakai gincu macam mak pakai.giler gedik kan.hahaha.bila dah naik darjah 1,saya rasa macam dah dewasa sangat.padahal darjah 1 je kot.hahah.bila mengenang itu semua,rasa rindu nak kembali ke zaman itu.zaman yang masalah terbesar saya hanyalah takut kena marah dengan cikgu,takut tertinggal buku latihan di rumah,takut ayah marah kalau main dengan kawan-kawan sampai maghrib,takut hantu purdah.haha.masa itu langsung tak tahu cinta itu apa.kalau orang sebut kat saya pun,mungkin masa itu saya fikir 'cinta itu macam gula2?atau macam aiskrim yang sedap?yang manis?macam itu ker?'

lepas itu ke sekolah menengah.pun masa terasa lambat berjalan.rasa macam alahai,tak sabarnya nak kerja.nak pegang duit sendiri dengan banyaknya.nak duduk KL dan tentu best duduk di Kota yang besar macam tu.yang disebut kolumpur.haha.rasa gah bila ada yang kata-minggu lepas aku pergi kolumpur dengan family.kami yang tak pernah pergi ini,hanya melopong sebab rasa budak itu dah cukup hebat.hahaha.masa ini telah mula kenal-kenal makna cinta.tapi cinta monyet.dan lepas itu hari-hari yang dilalui hanya berkisar tentang lelaki A ..lelaki B..lelaki C...dan entah sape-sape lagi.masa ini erti persahabatan itu betul-betul dijaga.pendek kata,biar kita kebuluran asalkan kawan baik kita kenyang.semuanya demi seorang sahabat.hehe.ada ker peribahasa macam ini?ini hanya rekaan.tett.selepas itu ada yang ke matrikulasi,ada yang ke tingkatan 6.atau buat diploma.masa ini hidup jadi semakin matang.sejak di sekolah rendah dlaam darjah 5,saya mula mengenali Fariza Mustafah.masa itu,kami tak rapat pun.

selepas itu,masa terus berjalan.makin lama makin laju.sedar tak sedar,zaman itu semua hanya jadi kenangan.pahit manis yang dilalui dijadikan satu memori dalam hidup.dan siapa sangka,memori yang dilalui zaman tadika,sekolah rendah,sekolah menengah dan zaman universiti adalah zaman yang terindah dalam ruangnya yang tersendiri.walaupun di dalamnya ada pahit manis nya namun semua itu sangat indah.

zaman universiti ,saya rasa sangat singkat.entahlah.mungkin kerna kita mencintai zaman itu,maka ia terasa sangat pendek.di sini saya belajar macam-macam.macamana untuk hidup jauh dari keluarga,macamana hidup bebas di bandar yang saya fikir kota yang best masa kecik-kecik dulu-kolumpur.HAHAHA.macam mana belajar berdikari dan berdepan dengan 9 orang housemate yang berbeza latarbelakang yang berbeza negeri dan macam-macam lagi.masa itu best sangat.rutin harian selalu berubah-ubah.kelas tak tetap dan tak padat.jadi kami sempat buat macam-macam aktiviti.kalau kelas pagi,tengahari sempat balik rumah,tidur dan tengok tv.malam keluar lepak-lepak di mamak or tempat-tempat yang best.esok bangun lewat.lepas itu ponteng kelas,dating atau pergi Times Square dengan housemate walaupun duit hanya ada 20 ringgit je.tapi masa itu,rasa macam duit dah cukup banyak dah.kalau sekarang,ada RM20 memang tak berani keluar.sebab rasa tak cukup.huhu.

lagi satu,lagi 2 hari nak exam,masing-masing baru jadi budak baik.jarang merayap.haha.tapi saat paling sentimental bila kami malam-malam dalam pukul 9 ,akan lepak tengok tv ramai-ramai.memang best bila sorang bagi pendapat,yang lain-lain pun turut bagi pendapat masing-masing.lepas itu ada gurau senda,usik-mengusik.memang best.hmmm.

di universiti ,saya mula kenal Airiena Diela,Nuril,Pieka,Azreen,Mas,Nana tingkat 11 ,Nana Sabah,lin,lia,zarin,shandy,Nisha(sekadar menyebut beberapa nama sahaja) dan ramai lagi.biasalah budak baru nak naik.baru kenal cinta dan macam-macam lagi.semua itu satu pengalaman yang banyak mengajar tentang erti hidup.selepas itu,kerja.dan inilah hasilnya.

adoyai.
sekarang saya bukan remaja lagi.
rindu zaman sekolah dan zaman universiti.
rindu pada rutin harian yang berubah-ubah.
rindu pada zaman bertatih mengenali cinta pertama.
rindu pada zaman nak jadi dewasa cepat-cepat.


*sekarang dah besar.tapi tetap tak pakai kasut tinggi-sebab tak suka dan sakit kaki.hahaha
*sekarang dah besar.dah boleh pakai gincu.tak perlu curik-curik pakai gincu emak.sekarang sudah ada gincu sendiri.

Friday, June 4, 2010

memaafkan atau melupakan .yang mana satu menjadi pilihan?


memaafkan dan melupakan adalah dua perkara yang berbeza.saya pernah dengar dan akhirnya saya sendiri faham maksud memaafkan bukan bererti melupakan.dulu,saya fikir,once kita dah maafkan orang and why not kita melupakan terus kesalahan dia.tapi sebenarnya,there is a lots of issues behind the words 'forgiveness' or 'memaafkan'.

memaafkan mungkin pokok pangkalnya dari hati.kalau hati tiba-tiba jadi redha,kita akan lebih mudah memberikan kemaafan pada si pesalah.tapi melupakan,ia bukan berkaitan hati.ia berkaitan memori.ia tersimpan dalam ingatan kita.sebab itu,adalah mustahil kita melupakan sesuatu kesilapan itu dengan mudah dan cepat.lainlah kalau kita tiba-tiba ditakdirkan hilang ingatan.then at that moment,memang rasa heaven sebab hidup dengan memori kosong atau tidak perlu lagi memikul beban atas-atas perkara yang bukan mudah kita lupakan.

memaafkan atau melupakan ,mana satu perbuatan yang lebih mulia?sesungguhnya ini adalah sangat subjektif.

memaafkan
bagi saya,saya boleh memaafkan tapi untuk melupakan,ia adalah sangat sukar.penuh kepayahan.tapi memaafkan pun memerlukan banyak syarat-syarat wajibnya sebab saya benci manusia yang sewenang-wenangnya mempersendakan kemaafan yang telah saya beri.dan dia anggap maaf itu macam tak ada makna.hari ini buat salah,esok minta maaf.tulat buat salah yang sama lagi.sampai bila?dan saya ini pun bukan boneka maaf.yang kerjanya macam tape video rosak,asik mengulangi cerita yang sama.


  1. benar-benar menyesal

  2. benar-benar insaf dan berjanji pada diri sendiri dan saya,untuk tidak akan mengulanginya lagi.

  3. berubah.
saya memang tak akan maafkan kalau saya rasa manusia ini memang tak ada harapan untuk berubah.rasa buang masa.dan buat penat saya aje.maaf saya tinggi nilainya.bukan taraf bawahan yang boleh dibuat main-main.

melupakan.
bukan mudah untuk melupakan hal-hal yang membuatkan kita sakit hati atau terluka.apatahlagi kalau hal-hal berkaitan dengan kecurangan kekasih.sampai mati pun rasa-rasanya ingat.kita tidak boleh setkan dalam kepala kita untuk hanya membuatkan otak ini berfungsi mengingati hal-hal terindah sahaja.sebab itu bagi saya,melupakan adalah antara perkara paling sukar yang memang tak mampu saya lakukan.

* untuk manusia-manusia yang pernah berbuat salah dan masih hidup tanpa penyesalan,mohonlah kemaafan sementara ruang itu masih terbuka.jangan sampai semuanya telah terlewat.

*saya boleh memaafkan tapi dengan kemaafan bersyarat.cuma saya sukar untuk melupakan.kerna sayatak cukup kuat untuk melaksanakannya.

Wednesday, June 2, 2010

teman sepanjang hayat.

salam.
dalam hidup ini tak semua orang yang kita jumpa di awal pertemuan akan jadi peneman kita di akhir perjalanan nanti.LRT sampai.kita masuk.kadang-kadang agak tergopoh-gapah kita cuba menempatkan diri kita supaya kita tak terlewat sampai ke destinasi.kadang-kadang kita terlalu takut akan kelewatan dan ketinggalan ,maka kita berusaha memastikan diri kita secara terdesaknya bersesak dalam tren yang sememangnya sesak.bila berhimpit,panas dan kurang selesa,mulalah kita menyesal.kenapalah tak tunggu tren seterusnya.tapi itulah manusia.orang buat A.kita pun nak buat A.sebab kita taknak jadi terlalu pelik.macam contoh,orang seumur kita sudah berkahwin,kita pun mula gusar bila masih tidak kahwin-kahwin lagi.seperti keadaan tren yang sesak dan kita pun secara terdesak,cuba menempatkan diri kita dalam ruang yang semakin sempit itu.semata-mata tidak mahu ketinggalan.

inilah kehidupan.
berkejar melakukan itu ini sementara mampu.
sementara masih punya ruang dan kesempatan.
kadang-kadang LRT berhenti,kita pula terlewat mengejar.maka pintu automatiknya sudah tertutup.
selamat tinggallah jawabnya.kena naik tren seterusnyalah nampaknya.

dalam tren/LRT.
kita jumpa si A.berbual dan A sungguh menyenangkan hati.rasa sangat selesa berbual dengan A.dalam hati,secara diam-diam,berdoa agar perjalanan kita yang panjang ini akan di temani si A sampai ke destinasinya.
malang sekali,di pertengahan jalan,A punyai urusan lain.dia berhenti di stesen itu.dan kita?perlukah berhenti semata-mata tidak mahu kehilangan A?
tidak.hidup tidak terbina pada landas begitu.hidup ini umpama landasan-landasan tren itu yang mempunyai hukum panduannya yang dikawal.





B pula di sebelah kita.cuba memaniskan muka padanya.
hambar.
berharap dia akan cepat pergi dari sisi.
rasa macam menderitanya tidak mempunyai teman berbual yang hebat untuk mengisi sunyi sebelum sampainya destinasi yang di tuju.

C pula di kanan kita.
orangnya tidaklah terlalu peramah.tapi masih boleh dijadikan teman berbual.
sayangnya dia juga turun di stesen seterusnya.

B masih di situ.
biarpun langsung tidak menepati ciri-ciri teman yang kita mahu,tapi dia ada.
dalam kurangnya dia itu,ada lebihnya dia yang orang lain waima A pun gagal memenuhinya.
hidup ini seumpama LRT.
kita akan temui terlalu banyak manusia yang pelbagai ragam.namun antara mereka,siapakah yang akan menjadi teman sepanjang hayat kita?
mengharungi hidup bersama sehingga sisa2 hari terakhir?


perjalanan ini bukan sekadar mengharungi 1 hari yang payah dan sejuta hari yang bahagia.. realiti hidup tidak selalunya indah..ia seumpama mengharungi 1 hari yang bahagia dan seterusnya sejuta hari yang derita..siapakah antara mereka yang mampu ku jadikan teman sepanjang hayat?adakah yang ku temui nanti mampu menjadi temanku sahaja sampai akhir nanti atau masih seperti sekarang.di kirinya aku dan kanannya orang lain?hidup tak sepatutnya di hiasi dengan kekotoran ,babe!~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...