nuffnangku

Saturday, May 29, 2010

dua puluh sembilan may dua ribu sepuluh - sebelas januari lapan puluh lima

alhamdulilah.saya bahagia dengan apa yang ada.saya bersyukur dan berharap hidup saya akan menjadi yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya.saya ada teman-teman yang sama-sama melihat susah senang derita bahagia saya.saya sangat terharu -untuk diela.yah.atul.arif..... thanx for everything.

Wednesday, May 26, 2010

am I ready?

not yet.
the reality is........no,i am not ready.sigh.
and i am not happy!
kekeke.

Sunday, May 23, 2010

misi kami bertiga pada 23052010 dengan diketuai oleh VeeLara

nuril

diela


Hari ni adalah misi kami bertiga memburu sesuatu di Masjid Jamek . Jalan TAR dan SOGO . adoi,cuaca sangatlah panas dan usaha memburu adalah sangat mencabar .kekeke.

but girls-both of you ..
diela and nuril ..
thanx sebab sudi teman i.
i sayang u berdua.
i happy sangat dengan hasil memburu hari ni.haha.
kesian u berdua,sorang sampai sakit-sakit kaki.
sorang lagi takut nak naik LRT sebab takut sesat.hahaha

dua puluh sembilan

dua puluh sembilan.
tak tahu nak kata apa.bukan senang nak memuaskan hati semua orang.kadang-kadang the best things is .... just wait and see.doa banyak-banyak dan tawakal.berserah pada Dia kalau memang kita berada di laluan yang benar,moga perjalanan ini di penghujungnya menemui noktah yang bahagia.A mahu begini.B pula mahu begini.C pula mahu begitu.D mahu yang lain.yang lain-lain,ah lagi banyak kemahuannya.bukan senang nak penuhi dan memuaskan hati semua.Kita bukan manusia sempurna yang faham dan boleh..diulangi 'boleh' memuaskan hati semua pihak.kita manusia biasa.

tapi persepakatan mungkin boleh dicapai kalau kita bermusyawarah.mencari persefahaman dan keserasian sebagai jalan tengah di antara semua permasalahan ini.

moga-moga semua ini dipermudahkan.Amin.

Saturday, May 15, 2010

wedding . and theme .



wedding? biar benar nih.owh tidak!bukan saya akan berkahwin.saya cuma pilih title ni sebab saya suka pada wedding.maksudnya?saya dah nak kahwin ke?itu pun tidak.cuma suka.suka pada keindahan sebuah majlis perkahwinan.maklumlah umur saya pun dah 25 tahun ,so memang tak dapat elaklah melihat kawan-kawan saya menjadi soo bz membuat preparation for their engagement or M-day.

and after this,saya akan lagi banyak bercakap pasal wedding.
erk.macam apa jekan.belum nak kahwin,perancangan pun tak ada lagi,dah kepoh-kepoh sangat cerita pasal kahwin.
well,terpulang.hehe.
ini pendapat or idea.tak suruh ikut pun.ngegege.
mana tahu,bila sampai seru,dah senang.sebab sudah ada preparation.kan. :)

tema.zaman sekarang rasa macam tema adalah sangat penting.zaman dulu,tema itu bukan apa-apapun.kebanyakkan orang cuma buat 2 warna tema aje yang kebanyakkannya matchkan dengan putih.memanglah putih itu warna penyelamat.mungkin sebab takut jadi caca-marba.tapikan,saya suka tengok orang-orang western ni mevariasikan warna tema mereka dan tidak terikat hanya pada 2 warna sahaja.dan ia kelihatannya sangat cantik.tehee.

saya suka sangat dengan warna turqoiuse/teal.sebenarnya saya bukan peminat tegar warna ini.baru je menyukainya.rasanya warna ini sangat menarik untuk sebuah wedding.kan?owh ye,lain orang lain lah pendapatnya.hehe.warna apepun akan jadi menarik kalau kita pandai mix-match the colour.kan?



                                   pink n soft-blue -credit to : theperfectpalette



                               teal.tiffany blue.red credit also given to : sini
i like this!!~
saya suka combination 3 colour ini.sangat cantik,ok.



warna ini sangat soft.saya kurang suka.tapi untuk mereka2 yang sukakan ketenangan dan penuh keselesaan,nah.inilah warnanya.cantik.credit to: theperfectpalette




i adore this one too.warna biru gelap,biru lembut dan merah(saja memelayukan warna2 ini)hehe.



teal.turqouise.purple.lil bit orange.+like+


wah.semua pun cantik.hmmm.so untuk mereka yang bakal berkahwin,pilihlah warna tema yang sesuai dan serasi dengan tempat majlis di adakan dan warna kulit anda.pemilihan warna yang betul akan menaikkan seri anda.hehe.pendapat saya saja tau.tata

love,
Lara.

Wednesday, May 12, 2010

Vee Lara

. saya seorang yang particular tentang ada-ada part for my life.macam contoh if hari-hari penting for my life,saya akan 'do it my ways' .saya macam kurang senang ngn campur tangan orang.i mean macam terpaksa ikut semua kehendak and kata-kata orang lain.tapi kalau discuss,ok,memang di alu-alukan.suka2.

. bila tidur,saya tak suke suasana bising-bising.kalau dikejutkan time tidur untuk tanya soalan-soalan budus seperti 'mana baju aku yang baru beli tu' or 'ape-apelah' selain yang emergency or betul-betul penting,memang aku boleh hangin 1 badan.aku confirm akan marah-marah sebab aku ni nak terlelap n terlena bukan senang.mind you!bukan senang.

. sy suka air teh ais.teh panas pulak tak nak orang lain buat,saya mahu mak saya juga yang buat.

. sy suke kamera.suka posing.suka edit gambar.tapi kan bila makin dewasa ni,saya tak tahu kenapa dah tak minat langsung nakedit-edit ni.tapi masih mengilai kamera.hahah.

. saya tak suka orang sambil lewa bila saya memang tengah nak kejar masa.time kita dah lambat itu lah baru dia terhegeh-hegeh nak buat itu ini-memang aku hangin.sebab macam tak reti respek orang.sebab bila perfomanceku jadi teruk sebab benda-benda macam ini,ada ke orang nak rasa bersalah?tak akan ada punya!

. saya tak suka mengewdix.

. saya suka usaha selagi saya rasa saya mampu.kadang-kadang nampak mcm muka tak ada usaha,padahal usaha senyap-senyap.

. saya sensitif tentang hati dan perasaan ini.saya tak suka orang buat sambil lewa bila saya penuh bersemangat.

. saya selalu fikir bagaimana dapat buat keluarga saya bahagia.dan kalau saya dah kahwin nanti,saya akan tambah dalam 'LIST' orang-orang yang akan saya gembirakan iaitu - family saya.family mentua and of couse my husband.owh malunya cakap cam gini.

. bila saya tengah fokus,saya benci kena gangu untuk attend request budus2.tensen btul la.

. dulu saya suka warna pink.semua pun pink.suddently 1 hari itu,saya dah tak suka pink at all.entah apa jadi ntah time tu.lepas itu suka putih.till now.tapi sekarang,tetiba rasa turqouise itu pun macam cantik juga.so itu colour fav.terbaru.hehe.

. saya suka tolong orang tapi saya tak ada duit banyak.kalau ada,saya bagi je kat kawan-kawan saya.ahaha.so disebabkan suka tolong orang,saya tolong mereka dengan cara lain yang termampu.

. saya suka nangis senyap-senyap kalau tensen.haha.tak malu bukan.ia berterusan sehingga sekarang.hehe.

. perkara paling saya takut- kahwin dengan lelaki yang salah.dah la tak cintakan pun,lepas itu memang ternyata perangai mcm apa,tawakal jela.nasib diri.

. guna nama Vee Lara sebab tak suka orang tahu nama sebenar yang betul.hehe.nama VeeLara tu nama yang saya men hentam je letak.tapi lama-lama rasa macam malas nak tukar lain.biarkan jer.

Sunday, May 9, 2010

my girl

saya teringin nak pergi jalan-jalan dengan bestfriend-bestfriend saya.window shopping.makan-makan.snap pic sana-sini.candid.tengok wayang.cuba baju baru pastu amik gambar kat fitting room.haha.lepas tu jalan-jalan tempat lain pulak,amik pic lagi.seronoknya.

teringin.
tapi tak tahu bila boleh buat macam tu.
dan saya pernah simpan impian nak buat semua ini sekaligus dengan semua bestfriends saya.adakah permintaan itu terlalu melampau?haha.dah nama pun impian kan.macam payah sangatlah nak di tunaikan.
aina.nuril.diaafariza.diela.faira.munira.atul.faira=bilakah permintaan ini akan terkabul?haha.

remaja


sekejap je zaman remaja berlalu.
x puas lagi melalui hari-hari remaja.
tapi sekarang,sudah bukan remaja.
life!~ x adil lah bagi usia remaja itu sangat singkat. :'(
tapi perjalanan hidup ini masih terlalu panjang seperti berada di suatu jalan yang kita tak tahu penghujungnya di mana.
dan apakah yang menanti di penghujung jalan.
sama seperti perjalanan kisah hidupku.
terlalu banyak suka dan duka yang harus dilalui..
terlalu jauh jalan yang terpaksa dijalani sebelum aku temui apa yang aku cari.
tapi kadang-kadang aku pun tak pasti,berada di jalan yang tepat kah aku atau sebenarnya sudah tersilap.
jalan itu masih terlalu panjang walaupun zaman remaja makin ku tinggalkan ke belakang...
:'(
tapi hidup harus diteruskan biar sampai ke penghujung.InsyaAllah.

Saturday, May 8, 2010

welcome to DiaaFariza

kawan saya sudah ada blog nya sendiri-diaa fariza ,dia gadis melayu musim pertama.yeyeh.aktiviti ber bloging akan jadi makin best.sebab rasa lain sikitlah kalau ada orang yang rapat ngn kita pun ada blog.hmm,lepas ni,bleh bergaduh dalam blog pulak.ngeee.ngee.haha.

welcome to the world of -----> B.L.O.G 'ing

boleh buat ini dengan dia nanti
1)komen tentang sesuatu.dia buat entry and sy pun reply di blog saya.(boleh ker?)haha.boleh saja.
2)kalau tak puas hati,boleh belasah orang di blog.(tapi kami jarang sakit hati dgn org,org je selalu sakit hati ngn kami.haha)
3)boleh buat entry yang macam berteka-teki tentang sesuatu perkara.
4)dan sebenarnya,macam-macam lagi.hehe.

Cintailah Aku Sepenuh Hati

song by:Ari Lasso
gambar sekadar hiasan-credit to google.
di dalam hatimu
telah aku temukan
arti kebahagiaan

bersama dirimu
aku merasa berarti
sanggupkah dirimu untuk bertahan
hingga waktu tak berjalan

mencintaiku
walau bintangku tak terang

reff:
cintailah aku sepenuh hati
sesungguhnya aku
tak ingin kau pergi
takkan mampu ku hadapi dunia ini

betapa hidupku takkan pernah sama
bila kau tinggalkan ku
tetaplah disini saling memiliki
selama-lamanya

back to reff:
tiada arti semua bila kau pergi
genggamlah tangganku dan peluklah diriku
saatku jatuh nanti menangis sepi
cintailah aku sepenuh hati

sesungguhnya aku
tak ingin kau pergi
cintailah aku sepenuh hati
tak ingin kau pergi

takkan mampu ku hadapi dunia ini
tiada arti semua bila kau pergi

----------------------------------------------------

cinta itu macam pelik betul lah.tak tahu nak describe cinta itu macam mana.dan cinta itu pun terjadi dengan macam-macam reason yang pelik-pelik juga.haha.cinta kadang-kadang membuat kita bahagia dan cinta itu jugalah yang membuatkan kita sakit.

sakit hati,sakit jiwa,sakit mata dan macam-macam sakit lagilah.cinta oh cinta,di mana logiknya?tapi ada juga cinta yang membuatkan kita dirawat.ada juga cinta yang sangat membahagiakan.

saya belum pasti cinta itu apa rasanya dan bagaimana ianya akan terjadi.so buat masa ini,saya hanya mahu,kalau ada yang kata 'sayang' pada saya,sayanglah saya seadanya.bukan sayang dengan sesuam-suam kuku aje sebab tak ada reason saya harus disayangi macam setengah masak aje.kehkehkeh.dari sayang saya setengah masak,lebih baik sayang saya setengah mati,lagi berbaloi-baloi.aduh,merepek saya ni macam tak ada hujung pangkal.tapi tak apelah,saya taip je ape yang saya fikir dan apa yang ada dalam kepala saya ni.

yes.saya mahu diri saya dicintai.cintailah aku sepenuh hati.suka lagu ni.mendatar-membuai hati saya. :)

Selamat Hari Ibu 2010 ..

Selamat Hari Ibu untuk ibu yang paling aku sayang.dulu,kini dan selama-lamanya.Kasihnya buatku terlalu besar ertinya.
KeNaPA sY saYaNg iBu sAya?
sebab dia adalah segala2nya bagi sy.

Monday, May 3, 2010

saya sudah boleh kahwin.yeyeah !!

<>





You Are 79% Ready for Marriage








You are almost ready for marriage, and you could be ready to be engaged.

You're still figuring out the details of your ideal relationship!







Dinner On 1st May 2010- Hotel Concorde

Dinner yang tak dirancang,sungguh last minutes(for me and my partner) which later its turned out to be something yang so memorable for me and her,i guess.kan cik fariza?even semua ini sungguh simple,tapi saya enjoy dinner pada malam itu.
saya suke pic ni-kredit to en.barber-ye kot ini ejaan namanya.

me and her at Concorde Hotel

i love this pic-rs mcm sunguh serasi.yaa aww aaww

pic ni pun menarik.sunguh lovelynya kami.hahaha.

tema biru?

ni je makanan yang sempat di amik picnya kerna terlalu asyik makan,saya lupa nak amik pic makanan yang lain.yang penting,makan-makan-makan.kesian ada orang tu pening kepala,nasib baik cik fariza bawa panadol.tapikan aku sangat pelik.pelik giler ah bila fariza keluarkan banyak giler panadol from her handbag.budak ni wat santapan ke hapew panadol tu?haha.thanx to semua- because you make my day!!~

after that,aktiviti ini membuatkan telinga saya sakit selama lebih 12 jam.huh.tak suka.

Sunday, May 2, 2010

My Other Half

My Other Half?pihak yang satu lagi tu yang bila bergabung ngn kita akan menjadi satu.owh..pasangan kita la maknanya.hmm.kalau dah namanya memang jodoh,kita memang tak boleh lari,kan.kalau orang kata kita dengan dia tak sepadan,macamana ek?kadang-kadang mestilah ada orang yang akan membanding-bandingkan kita dan pasangan..merpati dua sejoli ke or burung gagak dua troli..haha.apakah aku merepek nih.

tapi kena ingat,itukan jodoh.kena lah terima seadanya.ya aww aww. merepek ntah ape2.

posing jangan tak posing.

. Kami . kami kenal bukan sehari dua ok.tapi sejak tahun 2005 sampai 2010.haa.cube kira dah berapa tahun tuh?5 tahun ok.5 tahun.kalau orang dah kawen selama 5 tahun,rasanya dah beranak -pinak sampai 3 or 4 orang anak.so,maknanya memang kitorang dah kenal lama.tambah pulak,kitorang ni semua pernah jadi housemate dulu.so,memang dah tahu perangai ,kerenah,tabiat buruk, dan macam-macam lagi lah tentang diri masing-masing.

biasalah bila dah serumah.bergaduh ,bermasam-masam muka,berkecil hati,cari geng gosip n kutuk-kutuk,tapi apa2pun,tetap melekat dalam hati.mana boleh lupa kenangan-kenangan tidur sebantal,makan sepingan,mandi satu bilik air(lucah woo),hahaha.bela kucing sama2.dan macam-macam lagi la.

ok.sekarang kitorg bukan housemate lagi.masing-masing duduk rumah lain.hagagaga.nak jumpa selalu ,memang payah la.ok,aku selalu je jumpa nuril,cik diela n fyra ,cuma nak jumpa pieka n lieya tu memang payah.akhirnya kami set untuk jumpa.syukurlah terjadi juga.KLCC -28 april 2010.kul 7.30pm.janji jumpa pukul 7.tapi i yang paling awal sampai.memang nak kena budak2 ni,lewat!~huhu.tapi kami jumpa dalam sejam lebih je.maklumlah dah malam.kuikuikui.

Kami dinner same-same di Pizza Hut.memang kecoh r pastu aku pun tanpa segan silu men 'snap' pic mereka.tapi guna kamera cik fyra.tp pic-pic yang di upload niadalah frommy own camera.camera murah jerr!~ T___________T .ok,layan pic ok.


budak kaler merah.cik pieka and cik nuryl.


cik barbie and cik pieka.haha.cik diela ok.dah besar dah budak dua org ni.dulu aku tengok dorg ni time dorang umur 17 nak ke 18 tahun.kekeke.skg dorg dah 23 tahun.sob sob..cepatnya dorg membesar.


lia and pieka.

cik pieka and cik nuril.


cik pieka-nuril-diela


nampak tak ade makhluk asing di tgh2 tu?tatootnye..

mereka gadis cantik


ni muka lapar ke nuril?

sekadar untuk mengenang masa silam. :)

tahun 2008

tahun 2009
tahun 2010 ni aku tak jumpa lagi pic kita btiga.nnti aku carik.haha.
ni la kami bila bergabung.
lia n nuril-2007 kot.

Saturday, May 1, 2010

Japanese Look



saya suke mekap yang seperti ini..dari dulu lagi,saya adore style mekap yang memberi penekanan di mata.so memang jaranglah saya guna colour-colour soft seperti pink,orange or peach.biasanya saya guna warna coklat,hitam or gold..tp lately ni,memang jarang mekap.sebab malas :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...