nuffnangku

Friday, April 30, 2010

remaja

rindu giler pada zaman remaja.
rindu pada zaman yang

-aku boleh bangun dan tidur sesuka hati
-time tu ape2 citer kat TV yang aku minat,aku tak pna miss.kalau ter'miss' pun maybe sbb aku kuar shopping time tu.hahaha.
-tak perlu risau pasal duit.cukup time je,update kat ayah.
-tak ada komitment ape2
-hari-hari hanya pk nak pergi kelas or ponteng je? ngeee..jangan contohinya.tak bagus.
-semua kawan2 belum ada perancangan nak berkahwin or bertunang.
-semua kawan-kawan pun masih kanak-kanak riang lagi sama macam aku.
-tingal serumah ramai-ramai.hari-hari jumpa kawan-kawan dan berbual,konflik dan macam2 kerenah lagi.
-hari-hari kongsi macam2 cerita dengan diela.kadang2 merewang sana-sini dengan pieka,nuril,lia,lin..
-aku bleh balik melaka tiap2 minggu.
-aku boleh kuar jalan-jalan walau hanya ada RM20 je dalam poket dan sebenarnya RM20 tu untuk kegunaan semingu  akan dtg,lepas aku dah terbelanja duit selebihnya.hagaga.sempoi je.lepas tu memang tak mkn luar,dok umah masak je sebab tak ada duit dah.haha
-aku peminat setia untuk shopping di Giant Kelana Jaya.

aku rindu banyak perkara lagi tentang zaman remaja..rindu.tapi apakan daya semua itu telah berlalu.tak mungkin aku dapat jadi remaja lagi. T______________ T benci!
-

Sunday, April 18, 2010

Achik SPIN

SEREMBAN 17 April - Penyanyi, Achik Spin, 27, meninggal dunia selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaikinya terbabas di Kilometer 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) sebelum susur keluar Pajam arah selatan dekat sini lewat petang ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari meninggal dunia di tempat kejadian, tidak jauh setelah melepasi Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Beranang dan dua kilometer sebelum susur keluar Pajam, arah selatan.Allahyarham cedera parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan lain selepas MPV Toyota Estima dipandunya terbabas lalu melanggar tiang papan tanda susur keluar Pajam.

Achik yang berasal dari Felda Sendayan di sini, merupakan pasangan duet paling sinonim dengan Siti Nordiana atau Nana serta popular dengan lagu Janji Kita, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Green Street Homes, Seremban 2 dekat sini.

Petang ini, beliau muncul menerusi dalam program siaran langsung Hits 1 TV1 di Angkasapuri, Kuala Lumpur.Ekoran kemalangan itu, Allahyarham bersama-sama seorang rakannya tercampak keluar dari kereta tersebut sebelum kenderaan berkenaan terbakar dan meletup.

Rakan karibnya yang dikenali sebagai Mohd. Salihin Shah Mohd. Salleh, 29, bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami patah kaki dan sedang dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini.Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah berkata, ia berlaku sebaik sahaja kenderaan tersebut melepasi R&R Beranang, sebelum susur keluar ke Pajam.

"Kenderaan mangsa tiba-tiba terbabas dan melanggar papan tanda di tepi jalan," katanya di sini hari ini.

Menurut Abd. Halil, sewaktu kejadian berlaku, tiada kenderaan lain terbabit dengan kemalangan berkenaan.
Orang ramai dan beberapa pekerja yang menyaksikan kejadian itu cuba menyelamatkannya Allahyarham, namun cubaan mereka itu gagal.Beberapa saksi yang berada di situ juga berkata, kenderaan MPV itu terbakar sejurus rakan Achik berjaya dibawa keluar untuk dihantar ke HTJ oleh orang ramai.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya tetapi gagal.

"Pihak kami menerima panggilan pada pukul 6.32 petang dan kebakaran dipadamkan beberapa minit kemudian," katanya.Mayat Achik telah dibawa ke HTJ di sini malam ini untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya.Allahyarham telah berkahwin pada 2005 meninggalkan isteri H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof atau dikenali sebagai Tasha dan dua orang anak perempuan berusia 10 bulan dan tiga tahun.Selain menyanyi, Achik kini mengusahakan perniagaan bersama abangnya di bawah syarikat Spire Spin Sdn. Bhd.Syarikat yang menjalankan pelbagai urusniaga penerbitan buku itu kini mempunyai cawangan di Seremban dan Johor Bahru-UTUSAN.

Saturday, April 17, 2010

Achik SPIN meninggal dunia

ok . setakat in confirm .sebab tadi siaran langsung  GALAKSI dah umumkan kesahihan berita ni.Al-Fatihah untuk Achik SPIN.

Achik SPIN meninggal dunia?di mana kesahihannya?


dipetik dari KOSMO ONLINE:
SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.


Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

ini pula dari UTUSAN MALAYSIA:

MPV terbabas, terbakar: Achik Spin maut nahas ngeri


17/04/2010 8:51pm
Oleh Ainol Amriz Ismai dan Farabi Sheikh Said Al Jabri
SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan


tak pasti di mana kesahihannya.

manusia semakin kejam!

hmmm.tak faham kenapa manusia semakin hilang nilai-nilai kemanusiaan.kalau tengok dokumentari ke National Geographic berkenaan haiwan,mesti rata-rata menunjukkan 'haiwan pun tahu sayangkan anaknya.' tapi manusia,yang ada akal fikiran,semakin lama,semakin hilang nilai pertimbangan.yang saya pernah tengok dokumentari tentang penguin dan cimpanzi.

penguin betina pada musim sejuk,akan keluar dari kawasan mereka itu untuk mencari makanan.manakala si penguin jantan,akan bertahan dalam sejuk dan salji,untuk mengeramkn telur mereka sehinggalah si betina pulang pada mereka semula sementara menanti telur tersebut menetas dan menjadi baby penguin yang cumil.betapa sayangnya mereka pd baby mereka.tapi manusia sekarang?hmm.

semalam tengok dokumentari tentang cimpanzi.si ibu mengendong baby nya yang telah mati ke mana-mana saja dia pergi sebab terlalu sayangkan anak-anaknya.sadis sungguh.tapi ibu manusia?ada yang tergamak mendera,membuang bayi dan ada yang sampai membunuh.hmm.cerita di bawah ni di ambil dari Harian Metro.
  dibunuh hanya kerana lebih mesra dengan ibunya.
NEW YORK: Seorang lelaki membunuh anaknya, Xiah, yang baru berusia tujuh bulan semata-mata kanak-kanak itu lebih mesra dengan ibunya.Pendakwa raya berkata, Larry Greene menengking dan menumbuk dada anaknya kerana bayi itu menangis ketika menjaganya di kediaman mereka di Queens. Xiah tidak bernafas beberapa minit kemudian dan meninggal dunia di Hospital Queens, kanak-kanak keempat yang meninggal dunia akibat didera ibu bapa dalam tempoh lima minggu.


Xiah memiliki kesan lebam di kepala, dua di leher dan lima di dada yang disahkan bekas tumbukan orang dewasa.Ibu Xiah, Cassandra Nady, meminta Greene, 20, menjaga anaknya di kediamannya di St Albans.

“Dia mendakwa anak saya jatuh ketika disusukan tapi hakikatnya jauh sama sekali,” kata Cassandra.

Pendakawa raya berkata, mereka memiliki rakaman pengakuan Greene yang mengaku memukul anaknya kerana marah Xiah lebih mesra dengan ibunya.Kakak Greene, Laquana Greene, 25, tak yakin adiknya sanggup melakukan perkara sekejam itu.

“Larry seorang yang baik dan tidak mungkin sanggup melakukannya. Ini hanya satu salah faham,” katanya.

Greene didakwa melakukan pembunuhan kelas kedua dan jika didapati bersalah boleh dipenjara maksimum 25 tahun.Pendakwaraya Queens, Richard Brown berkata, Xiah kanak-kanak kesembilan didera penjaga sejak sembilan bulan lalu.

“Tiada alasan terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan ini,” tegas Brown.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam satu kes lain, seorang lagi bayi mati semalam, empat hari selepas dia digoncang dengan kuat oleh bapanya di kediaman mereka.Jurucakap pasukan keselamatan berkata, Saul Cortez, 24, mengaku menumbuk Mario beberapa kali apabila anaknya itu tidak berhenti menangis.Kanak-kanak itu mengalami kerosakan otak yang serius, pendarahan hati dan beberapa tulang badannya patah.


Cortez yang sebelum ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membahayakan nyawa anak dan menyerang, kini mungkin dituduh membunuh kanak-kanak itu. - Agensi

D'Masiv-aku atau dia

ini waktunya untuk memilih...

dia atau aku yang kan kau pilih...
meski perjuanganku tak sehebat dia...
tak semahal dia...tak sekeras dia...
 
 
tuhan tolong aku tuk yakinkan hatinya...

buat dia memilihku jadi cinta sejatinya...
aku ini terlahir tak seperti dia...
tapiku punya cinta yang mampu sejukan hatinya...
 
ku takkan pernah beri kata puitis

karna ku bukanlah orang yang romantis
ku takkan pernah seperti dia...
ku takkan pernah seperti dia...

Thursday, April 15, 2010

cinta terakhir atau cinta pertama,pilihan anda?

dia cinta pertama . tapi abang cinta terakhir saya =Asmaradana,TV3

adush.yang mana lagi bererti?menjadi yang pertama?atau terakhir di hati seseorang?hmm.runsing gak nak menjawab.kalau yang pertama,sampai bila-bila pun akan teringat kan.tapi kalau yang terakhir,kita tahu dah lepas ni takkan ada lagi cinta baru..

owh.pening btul la.

kan best kalau dapat jadi cinta tunggal.

hahaha.

senang.dari mula kenal cinta,dia lah cinta kita sampai bila2.

tak mengapalah.setiap orang itu perlu percaya pada ketentuan jodoh masing-masing.perlu percaya kalau orang tu memang jodoh kita,maka seburuk-buruk dia tetap dia lah yang paling terbaik untuk kita.dan kalau sebagus-bagusnya seseorang,kalau tak tertulis jadi jodoh kita,kenalah redha.kikiki.

saya: tetap nak jadi cinta terakhir.sebab bila kita jadi cinta terakhir ia seumpama kita lah yang paling sempurna dari yang lain hinggakan dia tak mahu cari cinta lain lagi.amin.

Monday, April 12, 2010

antara dua jalan yang dipilih.



kadang-kadang.
yang aku inginkan bukan selembar janji.
tapi secebis harapan.
buat semangat melangkah hidup baru.

selalu.
yang aku perlukan bukan penghambaan.
tapi sebuah pengertian.
buat diri tahu masih ada yang sayang.

selamanya.
yang aku perlukan bukan seorang laki-laki.
tapi seorang manusia.
yang boleh menjadi segala-galanya buat aku.

kadang-kadang,selalu atau selamanya,
walau jarang terjadi,walau sering terjadi,
aku masih kabur mencari hala tuju hidup.
masih belum dapat meyakinkan hati bahawa antara jalan di kanan
dan kiri,aku harus pilih jalan ke kanan.

mana mungkin dapat ku pilih,
kalau aku yang pernah berdiri dalam lebat hujan,
menarik tanganmu kembali ke jalanku setelah kau tersesat jauh
melalui jalan lain bersama tangan lain.
kerna,aku takut kau sesat lagi.

Sunday, April 11, 2010

Pemandangan Bandung

Bandung.Bandung lagi?macam bosan je kan sebab tak habis-habis pasal bandung.hehe.who cares?layankan je pic2 ni.Scenario of Bandung.

keadaan kawasan perumahan yang padat

Hotel Progo
Kedai
Factory Outlet

di tepi-tepi jalan

sini pun jadi......asalkan dapat mencari rezeki.
area luar Kampung Baru
Ini kereta 'BESAR' kami.
sangkar
Mie Baso gerai
vespa
Es Cendol Elizabeth(Ais Cendol maksud dia)
Kampung Gajah
Gerai lagi
Jalan Raya

menjual topup untuk handphone.XL tu simcard.haha

kedai baju


KFC


roti kot
lagi..........
Ibu Ani gerai
Peta Bandung


sekolah

sekian,ini sahaja.nak upload lg beberapa pic,tapi broadband lembab mcm siput sedut.huh.

Thursday, April 8, 2010

R.I.N.D.U

KAMI.kawan sudah lama.sejak berumur 11 tahun lagi.tapi masa tu tak rapat pun.alih-alih dia ni datang kat meja aku semata-mata minta tolong aku lukiskan untuk dia T__________T .dan bila dah makin dewasa ni,kami jarang jumpa pun even tingal 1 negeri.kedua2 rumah kami berada di negeri yang sama,tapi kan nak jumpa 3 bulan sekali pun susah.huhu.tapi takpe la..yang penting,'persahabatan' tu tetap ada even tak selalu jumpe.dari office,aku rushing,mcm nak terbang je ke KLCC.sebab takut lewat sampai.tapi memang aku lewat pun. :'(

nasiblah Fariza ini penyabar orangnya.hmm.lagisatu alasan kenapa kami jarang and payah nak jumpa adalah kerana bidang kerja kami yang berbeza dan waktu kerja yang juga berbeza.huhu.
ini adalah aktiviti yang paling aku dan kawan2ku suka.*loveee it*
dan paling utama,aku pun tak faham kenapa aku dan dia masih berkawan sebab kami ni suka gaduh.haha.tapi tak adalah gaduh macam tarik-tarik rambut tu.tapi kalau ter 'rapat' lebih sikit je,mulalah kami masing-masing macam nak berperang.mungkin sebab dia ada angin dia sendiri.dan aku pun.so macam angin dari utara dan angin dari selatan,bila bertembung secara kuat,maka terjadilah puting beliung.haha

posing lagi.kan.

aku dan dia memang berbeza.dia lovely,suka buat orang ketawa dan bak kata dirinya sendiri-dia penglipur lara.tapi aku totally lain dari dia.aku jenis yang serius,tak suka buat orang gelak,kadang-kadang nak senyum pun malas.haha
ok,melalut jauh dah.kami dinner kat Pizza Hut.memang enjoy.sangat happy.

Monday, April 5, 2010

sistem down

sistem down pula...


tapi rasa macam nak cakap 'hurrayyy' tapikan kalau dari tercongok macam ni,lebih baik balik rumah dan tidur je.bila sistem dah ok,baru datang kerja semula.kan?tapi..mana boleh mcm tu.bila sistem yang di panggil cardlink ni 'down' akibat dari proses merging ..(hahaha,ntah ape2 la aku cakap ni kan) 1 keje pun memang xleh buat sebab kesemuanya berkait rapat dengan carlink.



mengantuknya sebab duduk tercongok-congok je di sini.semua kerja telah saya siapkan pada hari sabtu.semata2 ada Sony fair,saya kena standy di office dari pukul 9.45am sehingga pukul 10 mlm.so,sementara kebosanan menjadi seorang standy,saya pun bereskan semua kerja yang tak settle tu.dan hari ini,saya tak tahu nak buat apa pula.staff saya pun bukan boleh update ape2 pun..so kalau saya bagi instruction pun,memang xkan terjadi ape2..hahaha



sy terfikir kadang-kadang..adakah saya sedang mengambil jalan yang betul?saya pun tak pasti.saya takut saya silap langkah..saya takut saya salah pilih.ok.ini bukan cerita pasal sistem lg.tapi sekadar selingan.

Sunday, April 4, 2010

untuk awak

entry ini saya pun tak pasti nak ditujukan secara khusus pada siapa.tapi orang yang berkenaan,pasti akan tahu yang saya tujukan entry ini buat dia.terima kasih atas semua teguran yang saya terima dari awak melalui SMS pada hari sabtu/ahad baru-baru ini.dia kata dia malas layan kerenah kebudak-budakkan saya.baiklah.baiklah.saya lepas ini tidak akan menjadi diri saya lagi di depan dia.di depan dia,saya akan jadi formal dan membataskan dengan 1 jurang yang kalau kau langkah,mesti jatuh terjunam.ok.sebenarnya cuma nak cakap jurang itu luas.

saya kebudak-budakkan kalau kehendak saya tidak dipenuhi.tuduhan yang sangat menusuk ke hati.ingat saya ini apa.awak tahu tak dalam setiap 10 kehendak saya,belum tentu pun 1 dari 10 itu dipenuhi.awak tahu tak?awak mesti tahu sebab awak kenal saya bukan baru semalam.jatuh bangun saya pun awak tengok.saya belajar berusaha untuk mendapatkannya.saya bukan orang senang macam awak.awak rasa diri awak je macam tidak bahagia.macam banyak sangat masalah.tapi awak mana tahu apa yang orang lain sedang hadapi.sekurang-kurangnya dalam perangai kebudakkan saya ni,saya tetap bangun semula setiapkali saya jatuh.saya tak pernah kongsi semua beban di bahu saya ni dengan orang lain.semua saya tangung sendiri je.dengan awak pun,tak sampai 10 peratus beban tu saya kongsi.saya pun tak minta awak penuhi kehendak saya.so tak perlu lah lepas ni awak nak malas layan2 saya lagi.

saya tahu awak ada ramai kawan.awak siap cakap lagi dalam sms awak tu.tujuan awak?saya cuma nak cakap..'kawan datang dan pergi dalam hidup ini' awak jangan lupa itu.cuma sahabat sejati sahaja yang akan 'stay'

dan yang paling membuat hati saya terguris..bila awak kata saya ini seorang kawan yang dari dulu lagi suka mendoakan yang buruk-buruk untuk kawan saya.awak siapa?awak Tuhan ke yang dapat membaca isi hati saya?yang mendengar setiap doa-doa saya?yang mendengar bisikan2 hati saya?kata-kata seperti ini tergamak keluar dari seseorang yang saya kira menjadi orang yang paling terdekat dengan saya.kalau orang di luar sana yang menuduh bukan-bukan,hati saya masih kuat dan saya boleh tutup telinga dengan bisikan hati-tak apalah.tapi kalau orang yang saya anggap dekat di hati saya mengeluarkan kata-kata seperti itu,di mana lagi untuk saya bawa hati untuk di ubati?awak tak berhak menilai doa saya sebab awak fikir awak siapa?awak mungkin lebih baik dan lebih alim dari saya tapi doa saya adalah hak saya.mungkin saya fikir dan doa untuk kebahagiaan awak lebih banyak dari awak fikir dan doa tentang saya.tapi tak mengapalah.doa itu adalah penghubung seorang hamba dengan PenciptaNya.

saya fikir tentang orang,ada awak tahu?saya risau tentang awak,ada awak hargai?saya kasih pada awak,ada awak kenang?tak.yang awak tahu,kerana seorang manusia lain,awak jadi macam ni.saya luahkan kerisauan saya pada yah,tentang keadaan diri awak,ada awak tahu?takkan setiapkali saya peduli atau risau saya perlu hebah2kan pada awak?takkan setiapkali saya mendoakan yang baik-baik untuk awak,saya perlu beritahu awak?awak tak layak mengadili /menghakimi doa saya.

kalau cara awak menjaga persahabatan adalah dengan berdiam diri,ok.fine.tapi cara saya pula,atas dasar sahabat,kalau yang silap .saya perbetulkan.kalau yang bengkok,saya luruskan...dan saya juga harap saat saya jatuh,ada tangan yang dihulur untuk membangkitkan saya kembali.saya tak pernah lupa pada saat susah senang yang pernah kita harung bersama pada satu saat dulu.sumpah,takkan lupa.tapi luka dan rasa di hati ini,biarlah saya simpan untuk kekuatan diri saya.

maaf atas semua silap dan salah.

saya bukan orang yang pandai mengambil hati sesiapa.
saya manusia yang hidup dengan cara sendiri dan sering hidup terasing dalam dunia sendiri
tapi apa yang ada dalam dunia saya,hanya saya yang tahu..
awak siapa untuk mengadili dsaya..
bukankah seorang sahabat itu kebersamaannya amat diperlukan dalam situasi2 tertentu...
tapi saat2 sukar saya pun saya lalui sendiri..
tapi saya tetap tak pernah mengugurkan title 'sahabat' itu dari awak...

ketika entry ini sedang ditulis,awak anta msg kata maaf sebab terpaksa berterus-terang.saya tak bls.sebab bagi saya-tiada kata lagi yang ingin saya cakapkan pada awak..kata2 saya telah hbis. TAMAT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...