nuffnangku

Saturday, February 27, 2010

Budak 3 tahun mati di dera kekasih ibunya.

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali malam tadi.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Affandi Yahya berkata mangsa yang dikenali sebagai Sapiah, sebelum itu dibawa oleh teman lelaki ibunya itu ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa kanak-kanak malang itu mati kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Beliau berkata lelaki yang berusia 28 tahun itu datang bersama seorang rakan lelaki dan kemudiannya meninggalkan kanak-kanak yang sudah tidak bernyawa itu di wad kecemasan kira-kira pukul 8.30 malam.

"Ketika jururawat hendak bertanya lebih lanjut mengenai kemalangan itu, mereka kemudiannya melarikan diri dengan mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan.

"Kira-kira pukul 11 malam, pihak hospital menghubungi kita dan hasil semakan, tiada sebarang laporan diterima mengenai kemalangan jalan raya dan hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa mendapati mangsa dipercayai mati akibat didera,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Norel Azmi berkata hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan di tubuh badan selain luka-luka di dagu, lebam di perut serta bawah telinga dan dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Beliau berkata polis kemudiannya menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi kira-kira pukul 3 pagi tadi bagi membantu siasatan.Mayat kanak-kanak malang itu akan dibedah siasat pukul 3 petang nanti.

Ibu mangsa dan teman lelakinya itu difahamkan mempunyai hubungan sejak enam tahun lalu dan mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan mereka.Ibu mangsa, yang merupakan ibu tunggal dan berusia 20an itu juga mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinannya, kini dirawat di Hospital Kuala Kubu Baru selepas dilaporkan pengsan akibat terkejut dengan berita kematian anaknya.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------
bengang giler!marah!sakit hati dengan si pendera.mana pergi nilai kemanusiaan?mana pergi sifat manusia dlm diri dia?apa dosa si kecil ni?dia baru berusia 3 tahun.3tahun,ok.kalau dia buat salah pun,tak salah pukul untuk mendidik,tapi bukan pukul macam kau pukul si penyamun ke perogol ke.dia pada usia yang seperti ini harus di manjai,di didik,di belai,di peluk cium dengan penuh kasih-sayang.bukan di dera hari-hari!aku tak faham kenapa manusia yang macam ini pun masih wujud di bumi ini.

kalu kau rasa budak ini membebankan kau,kau bagi aje pada orang yang nak.di luar sana masih ramai lagi suami isteri yang sentiasa berdoa meminta zuriat pada Allah.kau dah dapat budak sempurna mcm ini pun nak dera2...aku memang marah dan bengang.even aku ni belum kahwin tapi aku sayang kanak2..aku tengok haiwan kena dera pun aku jadi marah n boleh menangis.inikan pula bayi secomel syafiah ini.

aku harap si pesalah di beri hukukman yang setimpal...di dunia dan akhirat.dan aku tak faham kenapa ibu mangsa mendiamkan diri je selama ini padahal syafiah ini boleh dikatakan di dera hari2.hari2!!astagfirullah al-azim!

untuk lelaki di luar sana,jangan sesekali angkat tangan pada pasangan/kekasih/isteri/anak2 even tujuannya untuk mendidik.kalau perlu pun,cukuplah bila benar2 memerlukan sebab bila dah terbiasa,semua bende pun kau angkat tangan dan guna alasan bodoh-tujuannya untuk mendidik!

Friday, February 26, 2010

b.i.t.c.h-orang kurang bijak?

kalau ada bitch ganggu anda,apa mahu buat?haha.bitchy gila la topik nih.dia bitch,kita pun mesti nak react macam bitch ker?owh,plez la.jangan jadi bitch sebab kita bukan bitch.tapi dia bitch,biar dia perangai macam bitch.owh.banyaknya perkataan bitch.tak elok tak elok.tukarlah.dari bitch kepada 'orang kurang bijak'.ok?

kalau saya berdepan dengan bitch.apa saya buat?
tapi sebelum itu,mari kenali ciri-ciri bitch sejati.eh silap.'orang kurang bijak' yang sejati.
mereka adalah:-
1)orang yang sentiasa cakap berapi macam bagus.cakap tak takut itu.tak takut ini.tapi kalau nampak hantu,ckap pasal hantu..menangis kalah budak-budak yang masih pakai lampin.eh orang dah jarang pakai lampin dah sekarang.orang pakai pampers/diapers.eh.tu pun lampin la.lampin pakai buang.erk?ye la.betul2.
2)cakap lain,tapi buat lain.macam contoh-maki-maki or kutuk-kutuk lelaki.dan cara cakap macam tak perlu lelaki langsung dalam hidup.padahal dok sibuk mengedik dekat laki orang.susah sikit pun nak minta belas kat laki orang.ok,laki tu pun salah sebab gatal sama.dua-dua buleh di bom dalam 1 tempat.hagagaga.
3)bila cakap macam dia lah angel.ha ha.padahal dia jahat kalah setan.setan pun tabik spring tengok dia.
4)dia da buat hal,lepas itu pandai nak cover.lepas itu ajak pula orang bersemuka.hello.patutnya orang itu yang ajak kau.bukan kau yang ajak bersemuka.react macam suci murni,padahal...lu pikirlah sendiri.
5)selalu rasa diri tu mcm trendsetter padahal mereka perosak fesyen.hagagagagaga.
6)drama queen of course!~

ok.sekarang.kalau saya berdepan dengan bitch yang macam ini.yang suka cari pasal dengan saya.apa saya buat?saya akan diam sahaja.DIAM.maksudnya,jangan haraplah aku heran sangat nak bersemuka dengan kau.kenapa?ingat aku takut?tidak.aku tak takut tapi aku tak bodo.hagagaga.clap.clap.

1)saya akan diam.sebab diam itu jawapan pintar untuk orang bodo otak singkat macam si encik/cik 'orang kurang bijak' itu.

2)bukan taraf saya untuk merendah2kan diri saya bertemu dengan orang yang semacam itu.auchh.geli lah u..

3)untuk apa buang masa saya melayan bende bodo yang di create oleh orang bodo kan?saya ada family yang sempurna.family yang bahagia.ada adik-adik yang baik...ada teman/sahabat2 yang baik2,life saya alhamdulilah.jadi saya tak ada masa melayan benda2 yang mengelikan seperti itu.

kawan-kawan saya pesan: tak payah layan si kurang bijak itu nanti saya pun jadi kurang bijak macam dia.owh.i tak mahu jadi macam u.sebab nak jadi macam u,tak susah mana pun.bila2 je i bleh.tp u nak jadi macam i,sampai bila2 pun u takan dapat.sebab banyak benda yang u buat,i tak pernah teringin nak buat pun (alhamdulillah)

4)diam adalah sumber kekuatan yang hebat.ye.aku memang hebat.tak macam kau.mental sungguh kau sebab mencuba2 untuk menyusahkan life aku.

5)saya tak akan jumpa orang lain/serang orang untuk semata-mata demi seorang lelaki...atau sebab tak puas hati.no way!~klu ko wat silap ngn aku,pandai2 la minta maaf..or insafi diri tu.klu x insaf2 gak,takpe,Allah ade.Dia syg ko,Dia akan bg ko hikmah yg tsendiri.Wallahualam.

so fikir-fikirlah sendiri.lelaki-lelaki yang ada kaitan dengan bitchy2 /orang2 kurang bijak ni...ko pun pk same!

untuk bakal zaudj ku..


macammana mahu tahu orang yang kita cinta itu adalah jodoh kita?hmm..honestly,saya pun tak berapa tahu sebab selagi saya belum kahwin,saya tidak boleh memberitahu orang yang ramalan-ramalan saya adalah tepat.ha ha.tapi kalau sudah buat istighkharah,hati kita akan lebih ringan untuk pilih jalan mana yang perlu dipilih.

so,semacam apapun dugaan yang datang,kalau teruk-seteruk puting beliung pun,kita macam akan tetap 'stick' dengan dia macam sudah tidak boleh berpisah.dan walau apapun yang jadi,kita macam dapat rasa dia tetap akan ada.rasa macam takkan hilang dia la dari hidup kita.yeker?entah.hal ini akan saya buktikan selepas saya kahwin nanti.hehe.selagi tak kahwin,tak leh nak sukat sejauhmana benarnya perasaan itu.

ok,ini ada 1 doa yang saya jumpa dari 1 blog yang saya singgah.tapi saya lupalah pulak blog sape. T__T

Wahai bakal zaujd ku,
Ingin aku bertanya perihal dirimu,
Bagaimanakah keadaan iman dan amal solehmu tika ini?,

Wahai mujahid,
Selepas aku melihat engkau di balik hijab istikarahku,
Aku sungguh gembira dan tak henti-henti mengucap syukur,
Gembira kerana aku bakal memiliki rijal yang hebat,

Tapi aku juga takut…..
Takut kau alpa dan leka dalam dunia yang fana…..
Takut kau tergoda dengan nikmat yang sementara.

Aku bukan wanita bercita rasa tinggi,
Bukan ingin dimanjakan dengan wang berjuta,
Bukan ingin tubuh disaluti sutera dan permata,
Kerana ianya tiada nilai di sisi khaliq yang maha Esa,
Hanya iman dan taqwa yang akan dilihatNya.

Sebelum kau menyambut akad dari walid kesayanganku,
Aku ingin kau berjanji,
Berjanji yang kau akan menjadikan aku wanita yang paling bahagia,
Berjanji denganku yang aku akan dijadikan pembantu di sayap kiri perjuanganmu,
Berjanji bahawa kau akan mengejut aku di malam hari untuk tahajud dan mendamba cinta pada Allah,
Berjanji bahawa kau akan menghidupkan sunnah habibullah di teratak kita,

Wahai kekasih Allah,
Aku bersedia menjadi zaudjah mu,
Kerana aku tahu kau adalah pilihan Allah buatku,
Aku tak lupa akan janji kita di luh mahfuz sana,
Tapi jika Allah takdirkan kita tidak berjodoh di sini,
Barangkali kita akan bertemu di kerajaan akhirat nanti,

Usah khuathir akan diriku,
Letakkan aku dalam jagaan Ar-Rahman,
Percayalah bila tiba waktu dan masanya,
Kita pasti akan bersatu jua…..

siapa jodoh kita,hanya Allah yang tahu.lakukanlah istigkharah,dan jawapannya akan buat kita lebih tenang.kerana jawapan itu bukan jawapan dari manusia biasa,tetapi jawapan dari Allah.Jika Allah memberikan jawapan yang kita cari,Dia telah melimpahi kita nikmat sebuah kasih sayang.Jika Dia menanguh jawapan untuk kita,itu tandanya Dia mahu kita lebih bersabar.Jika tidak menemui jawapan langsung dari istighkharah, itu tandanya Dia mempunyai perancangan lain yang lebih sempurna buat kita.

tapi.tidak ramai yang berani beristighkharah.aku akuinya.kerna jawapan yang bakal diterima nanti adalah jawapan yang final.tetapi percayalah,Allah lebih mengerti.pesanan ikhlas untuk diriku sendiri dan semua yang membaca.
untuk lelaki yang bakal menjadi suamiku.
"aku tidak tahu siapa kamu yang akan dipilih Allah untuk menjadi pemimpin dunia dan akhiratku.
walaupun gerak hatiku kuat mengatakan kau adalah takdirku.
aku perempuan biasa.miliki kelemahan untuk kau penuhi dgn kelebihanmu.
aku punyai kekurangan untuk kau isi dengan sabarmu.
aku minta sebuah cinta yang suci dari seorang lelaki yang bernama suami untukku yang kau pilih sebagai isteri.
biar apapun alasan diriku dipilih untuk menjadi pendamping dunia dan akhiratmu tidaklah aku ketahui,tapi
aku percaya ini adalah jodoh.dan inilah kehendak Allah yang Esa.

Bakal Suamiku,
izinkan aku mencintai dirimu bila tiba saat kau sah menjadi suamiku hingga akhir hayatku.
aku akan tetap setia di sisimu dalam susah dan senang..
mengharungi apa sahaja saat mengharungi susah payah duniawi bersamamu..
dan berusaha bersama menuju akhirat..."

saya suka style dia

saya takla fashionable sangat.saya pakai ikut keselesaan dan ikut mood.kalau mood bagus,dari atas sampai kaki berjaga rapi.tapi kalau tak ada mood,pakai ikut suka aje.mekap pun kadang2 pakai,kadang2 tidak.saya tak kisah pun keluar tanpa mekap sebab saya percaya pada diri.chewaah.haha.saya suka Nichii n MNG.sebab simple and cantik-catik belaka.hehe

tapi saya suka gaya dia.antara yang saya suka-



saya suka yang simple tapi stylo macam yang Lindsay Lohan pakai.

Thursday, February 25, 2010

saya bukan manusia sempurna!

saya bukan orang yang sempurna.semata-mata kerana saya agak tak up-to-date in certain things it's doesn't mean that saya harus jadi sempurna!semata-mata kerana:-

1)saya tidak pernah masuk clubbing macam orang yang kamu kenal sebelum ini-itu tidak bermakna saya harus jadi sempurna.
2)saya tidak pernah menelan setitik arak pun macam orang yang kamu kenal sebelum ini-itu tidak bermakna saya mesti sentiasa sempurna.
3)saya tidak pernah merokok langsung macam orang yang kamu kenal sebelum ini-itu tak bermakna saya perlu jadi orang yang sempurna.
4)saya tidak liar macam orang yang kamu kenal sebelum ini -itu tidak bermakna saya mesti perfect!


well.saya ini manusia biasa.saya juga sometimes rasa macam mahu buat salah.biasalah kan mana ada manusia yang perfect.saya pun sama.tapi macam bengang and tension bila dia buat silap kita boleh je terima and macam tutup mata buat-buat tak nampak kesalahan dia.lalu,dia pun ambil kesempatan dan tutup mata sama,macam diri tu tak pernah buat salah.lepas tu bila saya silap sikit,mulalah merepek bagai padahal silap sendiri kenapa tak mahu highlight?saya bukan 'bias' pada orang2 yang saya senaraikan di atas.tapi bila orang macam dia ni yang memang ada sejarah macam itu,suka nak menilai saya,saya rasa sangat tak patut.saya jadi sakit hati,saya marah!

bila saya ni,kena jadi sempurna je di mata padahal diri sendiri sempurna ke tidak?kalau saya pun nak cari manusia sempurna,memang awal-awal lagi u sudah out of list!tapi saya faham mana ada manusia yang sempurna and kamu tu jangan nak kata sempurna.macam-macam yang tak kena.tapi saya tak pernah nak jadi hakim.tak pernah pandai-pandai nak menilai orang.baik ke buruk ke,kaki clubbing ke,curang ke,penipu ke,saya masih boleh consider lagi macam saya ni tak ada perasaan sebab saya menghakimi orang berdasarkan layanan mereka pada saya.kalau baik,alim pun tapi kalau dengan saya perangai macam apa,jangan nak haraplah saya akan puji orang itu 'baik'..kalau jahat dengan amat dasyat pun tapi kalau ngn saya tak pena buat jahat jadi,boleh buat macam buta mata dan buta hati.tapi jangan sampai memijak-mijak kepala saya.dan semuanya nak suruh saya jadi perfect!bila saya silap sikit,kutuk saya tinggi melangit macam la saya ni buruk sangat.seburuk-buruk saya,buruk lagi orang yang kamu dok puja2.itu hakikat.bukan nak bangga diri la,tapi saya tahu diri saya.keluarga saya tahu sy macammana,kawan-kawan saya tahu saya siapa.dan kamu pun tahu saya macam mana masa kamu mula-mula kenal saya.

ada ker saya mengedik tak tentu pasal?tak ada kan.

cuma kamu patut bersyukur atas apa yang kamu miliki.tak payah layankan sangat ego kamu tu.kalau saya ni memang buat silap,silalah tegur.tapi tegur dengan adab,dengan berhemah.bukan ikut suka nak guna ayat-ayat macam bagus.sampai nak kutuk-kutuk negeri tempat tinggal saya,apahal kan.

saya dah lama sabar.

p/s:aku memang menyampah ngn orang yg macam bagus.nak harapkan aku ni jd perfect je,padahal diri sdiri tu perfect ke?muhasabah la diri sendiri dulu.kamu tu byk buat silap ,kadang2 meluat plak rs bila blagak mcm tak pna wat slh!~

rumah saya.

rumah saya itu sedang dalam renovation.diulangi rumah saya.maknanya rumah saya sendiri.hehe.saya beli rumah itu setahun yang lepas.disebabkan saya ini macam masih belum matang-matang lagi,segala hal ehwal rumah itu di uruskan oleh parents saya.saya cuma bagi arahan sahaja.eh tak tak.bukan arahan.macam nak kena penampar la pulak kan nak bagi arahan segala pada parents sendiri.he he.segala urusan hal-ehwal rumah itu masih dalam perhatian saya.maknanya apa-apa decision masih memerlukan approval saya.hehe.

hope rumah saya itu akan cepat siap.dan menjadi seperti syurga yang saya idamkan.saya suka yang simple2 aja.dan tak banyak perhiasan or perabot.hehe

Saturday, February 20, 2010

luahan .

bertemu atas rasa benci..
akhirnya timbul sayang,hilang benci..
aku tak menjanjikan selamanya..
kerana aku takkan mungkin hidup untuk selamanya..
tapi aku menjanjikan kesetiaan..
agar kau tahu aku bukan perempuan yang akan melukai hatimu..

kekuranganmu akan ku penuhi dengan sabarku..
kelemahanmu akan ku pimpin dengan kekuatanku..
kecacatan hatimu akan ku ubati dengan cinta tanpa sempadan..
kekecewaanmu dulu akan ku hiasi dengan erti cinta yang sebenar..
kekosongan hidupmu akan ku warnai dengan diriku ( wink!~)

aku . adalah aku . biar apapun yang terjadi . aku mencintai bukan untuk kemewahan . bukan untuk mengambil kesempatan . aku mencintai kerana cinta itu adalah cinta . veelara2010 .

My Birthday yang dah lepas

i love this cute box!~
i love this watch.coz i fall in love wit the design.thanx untuk yang menghadiahkannya pada saya.

                                                i love the colour.thanx airiena diela
pic agak blurr.thanx pada aina

dia tak mahu pic nya di snap.thanx untuk shaz yang belanja makan Nasi Padang.wah.nyummy2!~

saya happy dengan usia baru saya.permudahkanlah urusanku wahai Tuhanku.Amin.untuk faira,nuril n my family,thanx for everything n the present..also untuk yah.thanx for the lovely cake.sedap giler-from Cake Sense.pic tak jupe cari plak.

Genting Highlands

Genting Highlands.tak rancang awal-awal pun.last minutes dan semua kata 'ok'.apalagi,bersiap2lah untuk naik ke sana.saja berjalan-jalan.bukan untuk berhibur tetapi bersuka-ria snap2 picture sana-sini.masa itu,hujan.dan bayangkanlah keadaan itu macamana kan.sungguh sejuk.tersangat.sampai kami semua tetiba jadi putih sebab pucat lesi menahan sejuk+hujan.kabus pun tebal.tapi semua sungguh sporting.

tengok kami berdua.posing ini bukan dibuat-buat.sebab memang sejuk.

lepak-lepak sambil bergelak ketawa.riang.

oppss..

aksi manja dari kami berdua.haha.


aksi comelkan.

nampak tak tulisan belakang tu?

tak masuk pun.cuma posing semata-mata.
memang sengaja update lewat dari kejadian sebenar.kenapa?entah.mungkin sebab tak ada masa kot.hehe.

dilema cinta



Seberapa salahkah diriku

Hingga kau sakiti aku begitu menusukku
Inikah caramu membalas
Aku yang selalu ada saat kau terluka

Seberapa hinanya diriku
Hingga kau ludahi semua yang ku beri untukmu
Tak ada satu pun perasaan yang mampu membuatku begitu terluka

Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu

Telah ku coba segala cara
Tuk bahagiakan kamu
Merebut hatimu
Namun tak semudah yang ku bayangkan
Bila kau tak inginkan ku ’tuk di sisimu

Tak pernah kurasakan sebelumnya
Menginginkan dirinya hingga ku tak kuasa
Meyakini hatiku bahwa ku mampu berlalu

Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu

Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu


saya memang suka UNGU.Pasha.dedikasi lagu ini buat seseorang.dilema cinta memang payah kan.

Friday, February 19, 2010

siapakah aku yang sebenarnya?benar atau rekaan?

saya menjelajah.chewaah.ayat sangat tak bleh bla.saya melawat blog cik zarien.jumpa test personality ni.saya jawab dan cuba lihat apa jawapan yang saya dapat..sebenarnya 90% adalah benar.owh hohohoh...

Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.
yeah.yeah.saya tak suke dengar sebelah pihak saja.saya straightforward dalam tingkahlaku.kalau saya tak suka,muka saya akan buat muka tak suka.jangan harap saya nak mgedik2 macam suka padahal meluat gila.haha.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.
saya memang sangat romantik.tapi kalau dapat partner rockers-i really don't like it'.

Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.
saya tahu.dan saya akan setia bila sudah ada komitmen.sebab saya benci kecurangan.vote for setia!~tetiba rindu nak menginap di SetiaBudi Apartment,Bandung.ok,takde kene-mengena.

The seriousness of your love:
You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?
seductively?owh.mcm tak betul.sebab saya amat pemalu.tak mungkin akan membuat perkara yang itu.kalau flirt,hehe.yes.saya buat.tapi kaadang2.hehe.admire?ada ker?sunguh serius dalam memilih pasangan hidup.sungguh.

Your views on education
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.
pembelajaran adalah sepanjang hayat.tak semestinya kena masuk kelas baru belajar.hidup ini sendiri adalah 1 perjalanan dlm mendapat ilmu.

 
The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.
ya.hopefully.

 
How do you view success:
you are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.
saya percaya akan berjaya.tapi kejayaan itu adalah subjektif ok.
What are you most afraid of:
You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.
saya suka pakai cantik2 bila ada mood.kalau tak ada mood,jangan harap saya mahu melawa.haha.dan saya tak kisah pun kalau orang tengok saya hodoh.sebab saya percaya pada diri saya.hikhikhik.

Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve
saya suka sesuatu yang mempunyai alasan yang kukuh.bukan alasan yang bodo2 untuk buat saya jadi bodo.kalau anda orang yang saya sayang,saya akan bg advice yang terbaik dan jujur.

Tuesday, February 16, 2010

tak dirancang

sesuatu yang sungguh tak dirancang.tak sangka.dan berharap semuanya akan jadi baik-baik sahaja untuk hari ini dan akan datang.bertemu untuk kali kedua selepas pertemuan pertama yang dirancang,tetapi pertemuan kedua adalah sungguh tidak dirancang.ia terjadi begitu sahaja.

rasa sungguh best perasaan itu bila dikelilingi orang-orang yang satu hari nanti akan jadi sebahagian dari kisah hidup saya,dikelilingi suasana kampung yang aman damai dengan tiupan angin pantai dan pemandangan yang masih belum tercemar membuatkan setiap langkah pjalanan itu tidak terasa panjang.dan saya terharu bila sebelum berpisah,saya dipeluk dan dicium oleh seorang wanita yang mulia,yang sangat baik orangnya.itu satu perhormatan yang sangat besar buat saya dan pesanan dia pada saya juga seperti 1 amanah yang besar untuk saya.wink!~

p/s:hope kak long cepat sembuh.InsyaAllah.

Monday, February 15, 2010

sarah

hey.ini ada 1 video klip yang sangat buat sy rasa macam .. 'oh.sungguh terharu .. tapi last-last..sedih gak lah' .seseorang suruh saya dengar lagu ini dan sy seperti 'oh..' .so silalah hayatinya.haha.sweet giler ah lagu ni.

dia lagi.

Noh Hujan memang best.suka tengok dia ngan lawak2 poyo nye.sila tengok video ini--

saya tergila-gilakan dia.

siapakah dia?yang saya tergila-gilakan sangat tu?dia adalah ..... cinta hati segala jiwa saya . Kumpulan HUJAN . dari mula kenal mereka sehinggalah sekarang,masih juga menyukai mereka.biar apaun orang kata yang mereka ini kerek ke apa ke,saya tak da kisah punya .yang penting,memang layan habis lagu2 mereka.



Lirik Lagu Kau Harus Ada – Hujan


Lelah parut senyum dah jemu
Metafora cair bertemu
Rasa itu ini sementara
Ku takkan di sini selamanya
Rugi jika sendiri
Hanyut jika sendiri

Kau harus ada
Kau harus ada dimana tempat ku berada
Kau harus ada
Kau harus ada bersamaku
Kau harus ada (harus ada di sisi )
Kau harus ada dimana tempat ku berada
Kau harus ada ( harus ada di sebelah )
Kau harus ada bersamaku

Sunday, February 14, 2010

Aloha I'a Au Oe -hawaiian

"If you judge people, you have no time to love them."

                                                  
                                                 -Mother Theresa-

maka kerana itu jika kita memang sayang pada seseorang,janganlah terlalu menilai dirinya.kita perlu beri dia peluang untuk perbaiki diri.tetapi biar bersyarat.apapun,tiada seorang manusia pun di dunia ini yang sempurna.maka,terima lah seseorang itu seadanya dan mengertilah,dia jadi orang yang paling kita sayang dan cinta kerana dia lengkap dengan kebaikkan dan keburukkan dia. Aloha I'a Au Oe . 'i love you in hawaiian language. T_________ T

Saturday, February 13, 2010

kahwin?

hari ni rasa macam tak ada buat apa-apa sangat.setakat kemas2 rumah dan masak breakfast.itu sahaja.banyak menghabiskan masa dengan menjadi silent readers and wat blog walking secara senyap.haha.tetapi kebanyakkan blog yang saya singgah membincangkan topik kahwin dan pertunangan.bila baca rasa macam 'wah..adakah diriku ini tidak mengikut arus?'sekarang kebanyakkan yang seusia aku sudah mula membina hidup yang baru.iaitu kahwin atau bertunang.tapi aku?jeng jeng jeng.ok.entry ini di wujudkan bukan nak cerita pasal kenapa aku masih tak kahwin-kahwin atau tak tunang-tunang lagi.haha.rilexla.untuk apa ikut arus kan.kalau kahwin setakat ikut arus,baik tak payah.kahwin lah kerana kita memang nak kahwin.habistu?aku taknak kawen ke?haha.nak.nak.tapi belum sampai masanya.setiap orang telah ditentukan oleh Allah masa yang sesuai untuknya.untuk diriku,sekarang belum masanya lagi.aku ulang 'belum' n aku tak cakap pun 'bukan'.ok,confuse minah ni.hahah.sila abaikan.

bila baca blog mereka,memang banyak panduan dan pengajaran yang boleh diguna pakai dan realistik.dan tetiba saya rasa macam 'oh.kawen ni memang susahlah.nak kena fikir dan buat macam2'.ok,apakata saya buat 1 senarai tentang ..

kenapa saya masih belum boleh kahwin?
1.sy masih malas masak secara lengkap-selalu bila masak untuk breakfast,lunch or dinner mesti malas masak suda.haha.so rasanya macam belum mampu nak masakkan untuk diri sendiri dan suami untuk breakfast,lunch dan dinner.aiyook.
2.sy rasa sy masih berperangai macam gadis-gadis remaja belasan tahun-padahal dah masuk pertengahan usia 20-an.masih teruja dengan perkara-perkara kebudak-budakan padahal telah layak menjadi ibu orang.wawawa.
3.sy rasa duit simpanan sy masih belum cukup-ok,sebenarnya lebih suka menghabiskannya untuk shopping,enjoy dan bla bla.bila nak berubah ni ? T_____T
4.sy takut masih kekurangan ilmu rumahtangga-padahal dah pergi kursus kahwin sejak umur 20 tahun kerana time tu fikir pergi bukan sebab nak kahwin tapi sebab mahu tahu ilmu2 tentang agama sebab memang berazam dan memang telah niat sejak tahu dosa pahala untuk menjadi seorang isteri yang baik dan taat pada suami.
5.masih ada tugas yang belum selesai-sedang mengusahakannya.membina rumahtangga tidak semudah yang disangka.harus saling memahami,bertolak -ansur dan bla bla bla.eh,saya sedang usahakan apa itu?apa ek?rahsia.
6.entah apa-apa alasan saya ni.macam sengaja cari alasan la kan.haha.

takpe.ada jodoh,tak ke mana.tunggu dan lihat je.

tahun ini ada macam-macam perkara yang bakal berlaku.macam tak sabar nak tunggu bulan 6.hari yang terbaik untuk sahabat tersayang.siapakah dia?dan apakah yang bakal berlaku nanti?jeng jeng jeng..

kerana cinta itu..


cinta itu apa?cinta itu entahlah.cinta itu boleh menjadi apa-apa sahaja.cinta itu definisinya sangat meluas sekali.sampaikan ada yang berjanjikan bulan dan bintang untuk si kekasih.oh,itu zaman dulu-dulu.zaman sekarang hanya berjanjikan emas segala.haha.ok,tak semua.

ini sekadar suka-suka.saya ambil dari semua sumber.ini secara randomly.tahukan apa maknanya random?rawak.secara bebas.men amik je.kisah cinta yang ada ini hanya sekadar sebuah cerita yang dikongsikan bukan dengan niat untuk bergosip atau apa-apa niat buruk.ini hanya sekadar cerita.sekadar cerita.sharing is caring.haha.yela tu.


kisah pertama.
cinta itu memang ada makna walaupun nampak macam tak ada.dia sayang orang itu.tetapi kerana masa depan dan mahu hidup yang lebih bererti,dia menerima orang kedua.orang kedua itu padahalnya telah datang dulu dalam hidupnya.cuma bezanya,dia tidak suka hidup berjauhan.orang yang kedua itu sangat jauh dari dia.macam-macam dia kena buat sendiri.dia kan perempuan.dan dia jumpa orang ini.yang menjadi peneman setia dia.akhirnya bertahun bersama dengan orang ini,dia harus kembali pada dasarnya yang dia telah membuat janji dengan orang yang kedua itu.tiada apa-apa alasan yang harus diberi kerana orang disana hidupnya lebih stabil,lebih matang,lebih disenangi family.orang di sini masih hidup dengan sambil lewa.tidak fikir tentang masa dpean.tidak fikir itu.tidak fikir ini.dan dia,kerana dia seorang perempuan,dia telah di ikat dengan janji tanpa pengetahuan orang di sini.tapi akhirnya orang di sini tahu juga.tapi masih dapat menerima dia kerana cinta.dan sekarang,dia dalam kesedihan dalam meniti hari bahagianya.kerana yang dia cinta itu bukan orang di sana.kerana yang dia cinta itu adalah orang di sini.kerana dia seorang perempuan,harus mencari masa depan yang lebih terjamin.kerana dia seorang perempuan,dia terpaksa memilih yang terbaik.dan kerana aku juga seorang perempuan,aku tidak mengatakan dia salah tapi tidak juga mengatakan dia betul.kerana aku seorang perempuan,aku memahami sesetengah hal yang mungkin sukar difahami..kerana cinta itu bukan semata-mata bersama dengan orang yang kita cintai sahaja.

kisah kedua.
cinta itu macam sangat susah untuk dirasai lagi.pernah mengalaminya sekali.tapi lepas itu,hati macam rasa dah tak ada rasa.aik.ape aku cakap ni?haha.takdir dia untuk bertemu dengan macam-macam rupa bentuk
manusia.sampai akhirnya dia tahu orang itu adalah yang terbaik untuk dia.sebab hanya orang itu yang sudi memahami dirinya dari dulu sehingga ke hari ini.menerima dia dalam semua situasi dan keadaan.tapi mungkin kerana mereka berbeza,maka dia rasa macam 'ah boringlah dia ni' tapi sebenarnya orang yang boring inilah yang membawa cinta sejati untuk dia.dan kehadiran orang yang kedua ini memberi dia 1 rasa yang sangat dia cari-cari selama ini.dia mahu rasa itu kerana itulah cinta.tetapi kerana antara cinta dan sayang,sayang akan menang.percayalah.cinta sahaja tidak cukup untuk membina masa depan.kita perlukan 'sayang' untuk meniti hari depan.maka atas kerana itu,dia memilih orang itu walaupun orang yg dia cinta juga sangat menyayangi dia.cinta,tidak semestinya saling memiliki.selepas melangkah ke 1 tahap nanti,cinta itu harus dilupakan terus.dan perlu menyemai cinta pada dia yang telah mengikat janji dengan kita itu.bagi aku,dalam hidup yang hanya sekali,seharusnya kita mencari orang yang benar-benar mampu mencintai kita tanpa jemu

kisah ketiga.
saling kenal pada tahap umur terlalu muda.dalam meniti hari demi hari,terlalu banyak dugaan yang harus dilalui.segala baik buruk masing-masing sudah tidak ada rahsia lagi.namun cinta itu masih terlalu kukuh hingga apapun kesusahan yang dihadapi masih juga mereka bersama.tapi kerna halangan dari orang-orang  yang dia sayang,dia terpaksa bertahan.Dan terpaksa menerima hakikat jika jodoh mereka tidak tertulis untuk bersama biarpun telah bertahun mereka masih bertahan.tetapi percayalah jika itu adalah jodoh,pasti akhirnya akan bersatu semula biarpun berjuta halangan terpaksa di hadapi.dulu dia menjadi pendorong pada cintanya.memberi semangat,kekuatan dan sokongan dari segi mental dan duit.tapi perlu di ingatkan,cinta mereka tidak terbina atas dasar material.setelah masa berlalu,cintanya pula harus memain peranan.sebab biasalah hidup sekejap di atas,sekejap di bawah.cinta itu saling setia dalam susah dan senang.bukan cinta namanya jika seorang sedang bersusah,seorang lagi pergi meninggalkan pasangannya.bukan.

kisah keempat.
cinta itu membunuhnya.dia cintakan orang itu tetapi tidak dapat bersama dengan orang itu.kerana dia dan orang itu,kehendak mereka berbeza.titian/jalan hidup mereka juga berbeza biarpun dulu pernah hampir serupa.tetapi setelah masa berlalu,dia tahu cinta ini tidak membawa dia ke mana.tetapi itu kata akalnya.hatinya?masih lagi tidak dapat membuang si cinta hati dari hatinya.semasa bersama,dia sebenarnya derita,langsung tidak bahagia kerana cintanya itu umpama si kupu-kupu.mahu terbang bebas tanpa komitmen.tapi kerana cinta,semuanya diturutkan.biarpun dirinya hanya menjadi boneka.biarpun dia seperti digula-gulakan oleh si cintanya.bila susah dan tersepit,mulalah si cinta datang meminta simpati dan dia pun melembutkan hatinya mengikut sahaja kehendak si dia yang segalanya harus yang terbaik maka dia pun tidak kisah berkorban apa sahaja demi si cinta.dia rela menderita.sedangkan si cintanya tidak pernah menghargai dia.takdir dia telah membawa dia bertemu dengan seseorang yang baru.tetapi adakalanya dia merasakan begitu susah untuk terus bersama dengan orang yang ini kerana dia tetap cinta pada cintanya.bagi aku,jika sememnagnya sudah ada yang lebih terbaik,maka harus di tungu lagi pada cinta yang tidak pernah membahagiakan.bahagia yang sekejap tetapi membawa duka yang bertahun.untuk apa kan.

kisah kelima.
cinta ini juga membunuh si dia yang kelima dalam kisah ni.dia mahu yang terbaik.kerana bagi dia,istilah cinta itu adalah sangat suci.dia mahu cinta yang membuatkan dia bahagia.tetapi setelah masa berlalu,sedikit demi sedikit cinta dan sabarnya teruji.masa depan dia seperti tidak bersinar lagi.impian masa depan dia juga seperti telah hilang entah ke mana.dia masih bertahan kerana dia mahu cintanya itu sedar tentang keikhlasan dia.tetapi sampai bila jika si cinta masih buta hati dan buta mata.dia cinta tetapi jika cinta itu hanya membuatkan dia terus kecewa,terus terluka dan terus terabai,dia juga harus cari bahagianya sendiri kan.si cinta yang tidak pernah menghargai dia membuatkan dia adakalanya jemu untuk bertahan.dia juga manusia.mahu disayangi dan di cintai tapi jika hanya dia yang bersusah payah mencinta tapi cintanya itu mencintai yang lain,semua itu sia-sia.jika akhirnya dia membina masa depan dengan cintanya itu juga,mungkin dia masih tidak akan bahagia.bukan hanya kepentingan tapi juga keegoan pun telah dia korbankan untuk cintanya.dia menderita dan sakit atas semua perbuatan si cinta pun tiada siapa yang dpt memahaminya.cintanya masih lalai dengan kisah lalunya.kisah ini seperti tiada jalan ke arah yang lebih bahagia jika yang ini masih syg yang itu dan tidak mempedulikan dia.bagi aku,kerana cinta itu sendiri sulit untuk difahami,sungguh risiko mencintai orang yang tidak mencintai kita.fikirlah sebelum semuanya terlewat.


* cinta itu pelbagai istilah dan pengertian.hargai cinta jika kita masih mampu rasai cinta.setiap yang berlaku seharusnya mempunyai alasan yang kadangkala akal kita mungkin tak mampu untuk perasan .. kerana cinta itu sukar di mengertikan .. sulit untuk difahami logiknya .. kerana cinta itu .. adalah cinta ..

Tuesday, February 9, 2010

mengulangi saat dulu..

Dulu.iaitu beberapa tahun yang lepas,masa study,aku dan diela memang memasak hampir hari-hari.itu memang rutin kami.nak jimatlah katakan.dan paling penting,even kami masak yang simple-simple je tetapi kepuasan menikmati makanan hasil air tangan sendiri adalah sangat SUPERB!~ biar tak sesedap mana pun,tapirasa mcm best jer dapat makan masakan sendiri or masakan housemate yang lain.

Tetapi setelah masa berlalu,kami pun seperti macam sudah tidak ada masa untuk masak-memasak ni.Disebabkan ada plan baik punye,untuk berkelah di Ulu Yam so awal-awal pagi lagi aku dan diela bangun untuk menyiapkan makanan.tapi kitorang masak yang simple je.yang sangat precious bila aku terasa macam mengulangi semula zaman dulu-dulu.masa aku dan diela berusia di awal usia 20-an.haha.sebenarnya dalam friendship yang mencecah 5 tahun ini,aku dan diela terlalu banyak berkongsi kenangan,suka-duka dan rahsia.oh ye,perempuan kan.kalau tiada rahsia yang pelik2,bukan budak perempuan lah namanya.haha.

sebab itu,walau macamana pun,kami mempunyai konflik sekejam puting beliung ke ape..aku tahu persahabatan aku dan dia InsyaAllah akan kekal sampai bila-bila.ok,merepek terlalu panjang berjela,padahal nak bagitahu yang kami berdua dah laam tak masak bersama.so,hari ahad hari tu,kami masak sama2.maka inilah hasilnya-taaa daaaa!!~

p/s: diela,thanx for everything.u are still my bestfriends.

Friday, February 5, 2010

friday nite

my dear viena and aril

friday nite.malam yang menghappykan.mulanya merancang mahu melepak di Hard Rock Cafe.tetapi atas sebab-sebab tertentu,akhirnya kami hanya melepak di Hartamas je.tapi quite oklah,sebab lepak2 macam tu sambil berbual dan bergelak sakan.really enjoy it.masa dalam perjalanan pulang ke rumah,someone mencadangkan kami ke Ulu Yam pada hari ahad nanti.harap-harap plan menjadi.last minutes nih.
me and en.izi..tengah watpe tu izi?haha.

Thursday, February 4, 2010

girls in black again?! surprise2..

niat di hati nak membuat surprise untuk cik nuril.tapi last-last saya juga turut merasa surprise itu.manakan tidak.masa rancang-rancang,setahu saya,kami cuma beli 1 biji kek je untuk cik nuril.masa membawa cik nuril lari jauh dari mereka yang tengah membuat persediaan,saya tak tahu langsung kewujudan kek yang kedua itu.masa datang bawa cik nuril (dalam hati,sapa lagi yang rajin beli kek ni?yah kot) cuba teka sape yang bawa sebiji kek lagi tu?memang si Fariza Gadis Melayu yang bawa.tapi kek yang satu lagi itu adalah kepunyaan saya.Oh my God.Oh Allahku.sungguh tak sangka.terharu gila la sampai rasa macam mahu gila.haha.tak la.tipu saja.

kek ini vee lara yang punya..haha
kek ini memang sedap.thanx untuk Fariza sebab sudi menaja kek yang sungguh sedap ini.Kek ini dari Cake Sense.memang sedap.

arviena di mana?hahaha.sedang men'snap' picture.

Wednesday, February 3, 2010

Girls In Black

tajuk macam men in black aje.haha.dapat bayangkan tak bila nampak 6 gadis cantik(tidak2.saya tak termasuk.so 5 gadis cantik dan 1 kurang cantik(i la tu) ) yang berbaju hitam.mesti sangat menawan dan sungguh elegansi.saja je letak perkataan elegansi.sebenarnya nak cakap elegent tapi memelayukan perkataan itu.tak salah pun kan. haha.itulah tema pada hari itu. hitam menawan dengan membawa muka yang cute . haha.muka yg cute itu saya tambah sesuka hati jer sebenarnya.itu takda pun dalam syarat2 menghadiri surprise party ni. ini surprise party yang memang surprise pun.haha.
birthday girl-cik nuril
kek.
kami cari Secret Recipe tapi macam tak jumpa-jumpa.Habis keliling Sunway kami ukur.tapi tak jumpa.janganlah masa tengah kalut cari-cari,si Nuril ni sampai.sebab Nuril drive sorang ke sana.Kalau Nuril tahu,kantoilah.Fariza pun tak sampai-sampai lagi time ni.Dia dah sampai tapi tak muncul-muncul lagi.Fariza dari area berlainan.dan saya n the geng dari area yang berlainan juga.macam 3 penjuru yang akan bertemu di titik pertemuan.oh.ape benda saya merepek ni?haha.tapi last-last jumpa.ngegeee!~

nuril cullins punyer~
tema.
warna tema sebenarnya adalah putih.pada asalnya.tapi selepas Fariza  si Gadis Melayu Musim Pertama kata dia tak ada baju warna putih,so saya terpaksa menambah warna tema itu dari putih semata-mata kepada putih atau hitam. haha.sebenarnya berharap cik nuril pakai baju warna lain,tapi dia yang tak tahu langsung pasal warna tema ni pun turut memakai baju hitam.aiyook.lepas ini kalau saya masih jadi mastermind,saya akan pilih warna tema ikut suka hati saya.sapa takda warna itu sila cari ok.haha.maybe tema mcm halloween ke?haha.takut tak?tapi fun and fabulous gitu.kan.akan diusahakan.kita tengok siapa yang kenaaa.. :p
                                    hitam itu seksi dan menawan
tempat.
dekat sejam jalan keliling sunway.cuba-cuba mencari tempat-tempat yang best dan membenarkan kami bawa kek kami sendiri.tapi macam tak ada.lagipun,masa terhad.sepatutnya mula pukul 8 mlm,tapi dalam pukul 9.15 malam pun masih tak settle2.so kami pilih Mc Donald.sebab mereka tak kesah pun kalau kami buat bising di sini.haha.
nampak simbol M itu?M bermaksud Menawan.Menarik.Menyinar.spt kami.haha
tetamu.
saya tak menjemput secara serius.apa maksud serius?saya tidak beria sangat.sapa yang memang mahu beri komitment,mesti akan nampak bersungguh.mcm akan mesej saya dulu ke untuk tanya perkembangan or apa2 yang sewaktu dengannya dan tak adalah macam saya aje yang beria mesej sana-sini siap pujuk-pujuk ke apa kan.saya just mentioned-nak celebrate birthday Nuril Cullins tapi surprise.so sapa-sapa yang rasa cik Nuril itu memang kawan baik dia,maka dia pun akan bersama-sama saya untuk menyambutnya.tanpa perlu saya mendesak-desak atau memaksa-maksakan.kalau datang sebab memang sayang dekat Nuril,maka semua pun akan rasa macam happy dan senang hati aje mahu beri komitmen.maka itulah yang terjadi.semua yang datang,adalah dengan rela dan memang mempunyai niat mahu meng'happening'kan life nuril tersayang.haha.
tetamu yang sudi hadir dan sudi posing.haha.
birthday girl.
ok.bukan mudah nak membuat si birthday girl say 'Yes' to me...bila saya meng'invite' dia untuk meluangkan masa bersama saya.kalau tak silap dekat seminggu juga lah saya menghantar email berunsur sungguh kasihan pada dia dengan harapan dia pun akan merasa kasihan.dia kata mak dia tak bagi keluar malam.eh tidak.mak dia tak bagi balik lewat malam.guys,sapa nak mngurat Nuril,sila patuhi syarat ini ok.tak boleh balik lebih dari pukul 11 mlm ok.so itu tandanya Cik Nuril memang sesuai di buat bini sebab dia macam mawar berduri di taman larangan.haha.yang memang confirm tak pernah menjejakkan kaki di mana2 clubbing sekalipun.haha.ok,saya tahu.ini bukan ruangan mempromote Nuril Cullins.haha.ok2..lastly,saya merayu pada dia-memohon jasa baiknya membenarkan saya memainkan peranan saya sebagai betfrendz dia sempena ulang tahunnya yang ke 23.dan dia kate-baiklah.yahoo.apalagi,saya pun mesejlah semua pari-pari saya mengatakan 'jadi'.haha.
inilah semua pari-pari yang saya cakapkan tu.
photografer.
nasib baik ada si photografer amatur yang sudi melayan kerenah kami berenam yang umpama artis.auwww. thnx untuk Engku Arif . jasamu dikenang .       
                                                                                               
ini lah photografer amatur itu.sukalah tu di kelilingi gadis-gadis cun.
terima kasih.
untuk semua yang hadir.yang sudi mengsportingkan diri.haha.paling happy dan paling bermakna bagi saya,diela,faira dan arif yang berusah payah mengatur,planning dam macam-macam lagi la ialah apabila
Nuril kelihatan sangat happy.hope dia bahagia dan bertemu dengan apa yang dia cari dalam hidupnya.Ikhlas.

Monday, February 1, 2010

hari yang mengembirakan

siapa tak happy kan bila birthdaynya dibelanja makan.kan.hmm.thnx untuk yang sudi membelanjakan saya makan.moga rezekinya dimurahkan oleh Allah.amin.makanya,saya dengan sukacitanya memilih Tony Roma's sempena meraikan hari lahir saya.saya pergi pada 12 Jan 2010.ok,dah terlewat update,saya tahu.tapi saya terlalu bz dengan kerja,tak sempat nak update.dan selain itu,perlu meluangkan masa dengan teman2 yang sayangkan saya dan mahu meraikan birthday saya.terharu.sob3  :'(

ini makanan yang saya pesan.lazat.memang superb.portion pun besar sampaikan saya tak larat nak menghabiskan.french fries nye pun sedap dan segar.
ini yang teman saya punye.tengok burger dia.nampak lazatkan.ada 3 lapis tuh.sedap sangat.
tadaa......last sekali adalah si birthday girl.opss.birthday ladies ker?oh tidak.saya masih muda lagi.:) saya di sisi makanan lazatku.silalah singgah di Tony Roma's..memang tak rugi dan sungguh berbaloi.nyummy.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...