nuffnangku

Sunday, January 31, 2010

my birthday ...

karaoke.with my bestfriendz.really happy moment.thnx to all my dear b.frendz

i need-part 2

i need someone who can heal all my pain...heal all my wounds..someone who can make me happy n feel alive!someone who can makes me to be a better person..someone who is worth for all my love and my loyal...

i need!

i just need someone who can understand me...love me unconditionally... dan memahami erti bahawa ia bukan sesuatu yang perlu dipersendakan...

Happy Birthday My Lalink!~

H.A.P.P.Y  B.I.R.T.H.D.A.Y  T.O. .M.Y  L.A.L.I.N.K !!~
01.FEBRUARY.2010


                         MEREKA BERKONGSI TARIKH BIRTHDAY YANG SAMA.
DAN 29 JAN 2010-BIRHDAY IBU YANG AMAT SAYA SAYANGI,LOVE KAMU SEMUA.SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI.

Johnny Restaurant,Times Square KL

Kami pilih set C.disebabkan kami berlima.Johnny Reataurant dicadangkan oleh Diela apabila saya tetiba mahu makan steamboat.sebenarnya teringat steamboat Fauzi di Cameron Highlands.tapi takpe la bila datang ke sini terubat sedikit rindu dan perasaan teringin makan steamboat yang best mcm steamboat Fauzi di Cameron Highlands.Menu-menu untuk steamboat ini adalah......(sila tengok pic yang sy upload ok.)
penuh meja kami berlima.
kusyuknya mereka memasukkan semua bahan2 ke dalam sup.yang paling penting,mereka kelihatan sangat enjoy masuk kan itu ini ke dalam periuk sup.sampai tak sedar,aksi mereka sedang di candid.
mereka tengah tungu masa untuk makan!~
inilah hasilnya.memang tak jadi rupa dan nampak mcm...tp sebenarnya sangat menyelerakan.nyumm..nyumm..nyummy.kiranya kami makan besar pada petang itu.


selepas makan,kami jadi seperti ini ..........

haha.masing-masing dah macam penguin kekenyangan.kalau boleh,kami mahu tidur sahaja di situ sebab dah tak larat jalan.untuk yang sukakan steamboat,saya rasa tak rugi mencuba di sini.Wink.

hujung minggu bersama teman mucuk..

                                                           kiri:diela.fyra.ryl.mas.vee
tak sangka.plan tetiba menjadi.hurrayy!paling penting dapat jumpa Mas yang dah lama giler kami tak jumpa.Kami tu merujuk pada aku dan diela.Sebab kami masing2 telah tinggal di kawasan yang berlainan.ibarat seorang di utara.seorang di selatan.kesibukan kerja dan urusan peribadi membuatkan kami seperti tiada ruang langsung untuk berjumpa.

                                                   diela dan mas.mas makin gebu.hehe
happy lepak2 dan gurau2.sempat lagi posing2.owh.itu acara penting.photo untuk simpanan hari tua.ehehe.

Saturday, January 30, 2010

wanita

Wanita yang menghiasi tingkah lakunya dengan keindahan jiwa dan raga adalah sebuah kebenaran, yang terbuka namun rahsia; ia hanya dapat difahami melalui cinta, hanya dapat disentuh dengan kebaikan; dan ketika kita mencuba untuk menggambarkannya ia menghilang bagai segumpal wap.

                                                                                                             ~Khalil Gibran

Doa Untuk Seorang Bakal Isteri


sekadar berkongsi.saya temui doa ini di antara salah satu blog yang saya singgah.saya post di blog ini untuk para wanita yang bakal bergelar isteri atau perempuan2 yang satu hari nanti pasti akan bertemu jodohnya jua.sama2lah kita memanfaatinya untuk life kita.InsyaAllah,Allah lebih mengetahui apa yang terbaik.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Kau ampunilah dosa yang telah ku perbuat..
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas..
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal..
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan..
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista(fitnah/tipu)..
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu..
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah,
Sekiranya Suamiku/Bakal suamiku ini adalah pilihanMu di Arash..
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya..
Sekiranya dia ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titianMu..
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya..
Sekiranya dia ini adalah bidadara untukku di Al-JannahMu..
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya..
Sekiranya dia ini adalah yang terbaik untukku di duniaMu yang sementara ini..
Peliharalah tingkahlaku ku serta kata2 ku dari menyakiti perasannya..
Sekiranya dia ini jodoh yang dirahmati olehMu..
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Ya Allah..
Kau tungjukkanlah aku jalan yang terbaik untukku mengharungi segala dugaanMu..
Sekiranya dia tergoda dengan keindahan duniaMu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya dia masih tunduk pada perkara2 yang melalaikan..
Kurniakanlah aku sedikit kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya..
Sekiranya dia masih mencintai kesesatan..
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..

Ya Allah..
Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Dan Maha Pengampun atas segala kesilapan dan keterlanjuranku lidah dan sikapku..
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai..
Sekiranya nanti aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan di akhiratMu..
Sekiranya aku engkar dan derhaka..
Berikanlah aku petunjuk ke arah jalan benarMu..

Ya Allah ..Sesunguhnya..
Kuatkanlah hati dan semangatku..
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu..
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami..
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu..
bimbinglah aku untuk menjadi isteri solehah..

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan..
Kerana aku pasrah dgn dugaanMu..
Kerana aku sedar hinanya aku..
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru..
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu..
kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu..
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu..

Ya Allah..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati..
Isteri yang dikasihi...
Isteri yang solehah..
isteri yang sentiasa dihati..
dan isteri yang dicintai...
Amin,Amin Ya Rabbal Allamin..

semoga kita menemuinya .. Allah telah menjadikan setiap manusia itu untuk hidup berpasang-pasangan .. cuma lambat atau cepat sahaja urusan jodoh itu didatangkan .. untuk lelaki,carilah seorang perempuan yang anda tahu mampu menjadi isteri yang baik untuk anda,yang mampu menjaga dirinya hanya untuk kebahagiaan anda .. carilah seorang perempuan yang anda tahu pasti mampu jadi ibu yang mithali,yang masih mengenal halal haram dalam hatinya .. yang mampu menyayangi keluarganya dan keluargamu .. carilah seorang perempuan yang terbaik yang pernah anda kenal dalam hidup anda .. Wallahualam.

Friday, January 29, 2010

JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
*mmg i bercita2 tinggi.kalau bleh nak memanjat KLCC.eh.tak la.tipu je.*
*mmg serius.sape wat lawak,i hempuk je guna kuali*

suka mendidik dan dididik.
*suke mdidik anak kucing n teddy bear i supaya dgr ckap.ohoh.makin kurang waras sjak akhir2 ini kot.haha*

Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
*pot pet pot pet...smpai ada org kate i mcm nenek.kesian kat nenek,dituduh kuat mbebel*

Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
*oh..yeke.tp kebarangkali utk i jd slh seorang y pemalas mngkin ada*
*mari2..lelong2..3 ikat RM10*

Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
*mmg!klu x lawa,xnak!~*

Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
*sgt2 sensitif.dan suke pk sedalam2nya spt mn lagu safura-sedalam mana cintamu.haha sila abaikan.suke pk dr smue aspek*

Pandai mengambil hati orang lain.
*pandai amik ht org yg normal je.kalau makhluk asing tu,i tak pandai,x tahu hati makhluk asing letak kat mn.dan si makhluk asing akan kate 'x pndai lgsung amik hati sy' .. amik hati bw lari kang,sape y susah.mereka dan keluarga mereka gak y susah*

Pendiam kecuali telah dirangsang.
*owh..apakah?pdiam kalau xde mende nak cerita.klu ada,smpai 3 hr 3 mlm pun x hbis2 bckap*

Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
*pemalu?mungkinlah.tumpang lalu mak ayah...hehe*

Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
*tidak.selalu gagal.diri sdiri mmg sgt degil.da marah bykali pun die buat jugak*

Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
*mmg.sikit2 sakit.sikit2 sakit.huh.tp sakit itu kan menghapuskan dosa2 kecil*

Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
*meow.mmg romantik.tp ada yg mgetahuinya.xleh2 tahu.rahsia?*

Cukup sayang pada kanak-kanak.
*skg mula rs baby itu cumil.tranformasi kah diriku ini?dlu x suke kanak2.makan bodak!~haha*

Suka duduk di rumah.
*erk..heran.knp i suke merayap?*

Setia pada segala-galanya.
*tepat sekali.tp i setia bersyarat.opps!~*

Perlu belajar kemahiran bersosial.
*hmm..sape leh ajarkan?sila ajar skg.free lessons ok.nak cikgu yg hensem2*

Sifat cemburu yang sangat tinggi
*da xde dah.muda2 dulu je.owh ye.cemburu bukan utk kekasih je.cemburu tgok org lebih bjaya dr kite.tp cemburu y positif.iaitu akan usaha utk mgikuti jejak2 mereka2 y dah bjaya.bukan hasad dengki ok.org y xleh tgok org lebih sket dr die,d pgil hasad dengki.*



80 peratus kajian ini benar-pdapat sy sdiri

Hikmah

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, umah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

My Wish

.saya mahu ketawa sebanyak mana saya bernafas.
saya bukan seorang yang pesimis.bukan bukan.saya suka mengomel (kadang2) semacam saya ini sangatlah tidak positif.kadang-kadang salah kan itu ini.kadang-kandag akan mengeluarkan ayat-ayat 'KALAU lah aku  itu...KALAU lah aku ini...' oh.tidak.itu semua hanya kata-kata sahaja.bila kita kata 'KALAU' la..itu seperti kita tidak memahami erti redha.oh tidak.dalam kebanyakkan hal yang jadi dalam life saya,saya redha.cuma biasalah kita harus lebih memandang ke hadapan sambil tidak lupa apa yang pernah terjadi dalam masa lalu kita kan.harus jadikan ikhtibar.

dan setiapkali saya gembira,saya tidak pernah sesekali melupakan masa sedih saya.dan setiapkali saya bahagia,saya tidak pernah sesekali membuang rasa 'sakit' yang pernah saya rasa.dan setiapkali saya melihat lelaki handsome,saya tidak pernah lupa menikmati pemandangan indah itu...opsss...apa kau merepek ni?haha.ok,fokus semula.serius ok.serius serius.tapi betul tak kalau lelaki handsome ada di sekitar kita,mesti pandang jugakan?kalau tak pandang direct,mesti curi2 kan?kan?haha.ok,fokus semula...

maka dengan usia baru ini,saya menanamkan yang 'positif' dalam jiwa saya.tidak kisahlah jika terjadi yang negatif dalam life saya seterusnya,saya akan belajar menerimanya.Ujian tak pernah putus untuk kita selagi kita masih hidup.kan?

ok.berbalik semula pada tajuk 'My Wish'-saya mahu jadi insan yang lebih bahagia,lebih gembira.dan saya patut sedar kebahagiaan dan kegembiraan bukan 100% bergantung pada pasangan saya,bukan semata-mata bergantung pada sahabat2 saya.ia bergantung pada diri saya sendiri.ia bermakna,saya lah yang harus menentukan kebahagiaan dan kegembiraan diri saya sendiri.kan?hehe.

Kerana setiap hari kita adalah manusia yang berbeza.Semalam kanak-kanak.Hari ni remaja.Dan esok,hari tua.Semuanya menjadikan kita dan masa itu sendiri sungguh bermakna

Friday, January 22, 2010

happy birthday ..


Happy Bithday To Me. 11 Jan 2010 .
owh.. tak tahu apa yang sy rasa sebenarnya.tapi kadang2 rasa mcm kenapa sy punya birthday terlalu awal?orang lain masih berjoli sakan dgn umur lamanya tapi sy harus dan terpaksa memulakan tahun baru dengan usia yg baru.
tak aci!


tapi sebenarnya sy bersyukur sebab masih hidup lg.masih dapat tengok wajah family .. wajah2 orang yg sayangkan sy .. dan wajah2 orang yg sy sayang .. Di usia baru ini sy mahu jadi lebih positif .. lebih matang dan lebih 'tegas' untuk sesetengah hal .. paling penting,sy harap dapat terus jadi anak yang baik dan adik-beradik yg btangungjawab .. harap jadi seorang yang lebih pemaaf dan lebih penyayang ..

hadiah.
sy sebenarnya tidak memerlukan apa2 .. maka sebab itu,sy tidak akan poyo2 menghebah2kan senarai ape yg sy mahu pd birthday sy .. cukuplah sekadar ingatan dan doa untuk sy terus mengejar bahagia yang sy cari .. cukuplah sekadar sekalung doa untuk sy terus tabah mencari makna hidup .. dan sy mahu jam tangan(haha) .. bolehkah? ok.abaikan.

thnx untuk mereka2 yg sudi meraikan bday sy.

Sunday, January 17, 2010

Bandung,Indonesia

setelah sekian lama.baru sekarang,aku berkesempatan untuk update.
Bandung.tempat yang bagi aku,sangat indah. nyaman dan menenangkan.di sinilah syurga membeli-belah.diulangi 'syurga'.hmm.hehe.sebenarnya excited giler nak ke sini.Akhirnya jadi kenyataan juga.Alhamdulillah.Aku g sini pada 23 oktober 2009 til 26 oktober 2009 yang lalu.untuk yg suka bershopping tapi masih belum berpeluang ke sana,silalah pergi.sunguh mmg tidak rugi.




.HARI PERTAMA.
pagi.di LCCT Kuala Lumpur.Malaysia.


231009-LCCT AIRPORT

semua dengan muka ceria

231009-LCCT

sebenarnya DI LARANG bergambar di sini.tp aku wat jugak sbb bukan selalu dapat bgambar dekat sini.ye tak?hehe


tengahari.Soakarno Hatta Airport Jakarta.Indonesia.


231009-JAKARTA AIRPORT




JAKARTA AIRPORT1JAKARTA AIRPORT3

muka ceria sahabat-sahabatku sebab dah berjaya sampai di Indonesia.heheh.canggih la airport mereka ni jika nak dibandingkan dengan kita tau.lebih selamat.

Dari Airport Soekarno Hatta,kami terus berangkat dgn MPV Pak Taufik(supir kami di sana)ke Bandung yang mengambil masa dalam 3 jam,kalau tak silap.Kami tak sempat makan lagi time ni.Masing-masing ikat perut.haha.Otw tu kami singah sekejap kat tempat rehat.Kak Irma sempat beli Tauhu Goreng.memang sedap.rasanya berbeza ngn tauhu goreng kita even rupanya sama je.lebih berlemak dan makan dgn cili api.lazat2.

Tiba di Bandung.
tiba di Bandung.tempat pertama yang dituju,rumah makan.restoran lah.Pak Taufik yang cadangkan.kami ikut jer.Pak Taufik pesan,Nasi Pandang ni style hidangnya adalah semua lauk-pauknya dihidangkan sekaligus.Kita hanya perlu pilih yang kita mahu sahaja.Yang tidak mungkin dimakan,jangan di usik.nanti kena bayar juga.Ok.nasib baik dah di inform awal2.sebab lauk-pauknya memang sangatlah mengancam selera.hehe.tak banyak bezanya dengan masakan Malaysia.tapi masih ada kelainannya.

nasi padang

sebelah kanan.daging tu memanglah tersangat sedap.sunguh.after that kami ke apartment.siap2.


Apartment.
Menginap di apartment Setiabudi.Agak unik sebab hotel dan apartment digabungkan.Apartment ni kita kena sewa pada ownernya dan kena deal ngn diorang sendiri.Kalau hotel kita bleh check-in mcm hotel lain.Grand Setiabudi Hotel and Apartment. lengkap dengan peti ais,dapur.


APARTMENT SETIABUDI


sila abaikan model di dalam gambar ini.patutnya harus letak pic gadis seksi promote hotel ni tp takde.haha.modelnya,aku tangkap muat je.dapatlah bapak yg tak berapa nak seksi ini.(sorry,samsul.hahah)

biliknya agak selesa.katil double untuk gadis2.dan single itu bilik si teruna2.

Rumah Mode.

RUMAH MODE

heaven.barang2 branded di jual dengan harga yang murah2. lepastu kami ke Factory Outlet.untuk jenama2 seperti Grande.Heritage.

Kampung Daun.
lepas tu kami bergerak ke Kampung Daun untuk dinner.Idea Kak Zura.Credit 4 her sebab tempat ini memang superb.sejuk giler kat sini.Tempatnya memang jauh.Dan nak ke sini kena melalui jalan kampung yang berliku2.jauh di pedalaman.tapi percayalah,mmg berbaloi.


jakarta bandung2009 157



KAMPUNG DAUN


kena duduk bersila.

kampung Daun,bandung-nasi timbel komplit
makanan yang aku pesan-Nasi Timbel Komplit.sedap.


KAMPUNG DAUN2
dipesan oleh Kak Zura n Apish.nasinya dikukus dan memang sangat wangi.kitorang ratah gak nasi tu sebab memang lazat.hmm.tgok ladanya,mmg bleh membunuh.haha.bijinya besar2 kot.

kampung Daun,bandungKAMPUNG DAUN3jakarta bandung2009 154jakarta bandung2009 147
kekenyangan.Alhamdulillah.

jakarta bandung2009 114
pakaian waitress.berkain batik.hmm.seksi.cumil.

KAMPUNG DAUN4
samsul kata mukaku seiras gadis ini.betul ke?ade la sikit kot.hehe.jam kat belakang tu tunjuk kul 10.25PM.kalau di Malaysia sudah pukul 11.25 PM.
KAMPUNG DAUN6
rasa mcm berada dalam rancangan Survivor plak.sebab ada ungun2 api camgini.haha.sempat lagi kitorang memanaskan badan sebab memang sejuk tak bleh bla.sangat2.
kami pulang dengan muka bahagia even letih giler.perjalanan hari pertama yang berbaloi dan best.

.HARI KEDUA.
Pasar Baru,Bandung.
PASAR BARU1
paling kanan.Pak Taufik.supir kami yang sangat best dan sporting.

PASAR BARU2
sini bleh borong kain batik,tudung,telekung dan mcm2 lg.murah2 smuanya.
PASAR BARU3
pak taufik pesan-hati2 ngn pencopek dompek ok.kene jaga handbag selalu.
lepastu.kami lunch di foodcourt.dan terus bergerak ke Cihampelas Walk.tp hujan lebat.so we all singah di Rumah Tas dulu.

Rumah Tas.
Gadis2 dan wanita2 yang gemarkan tas tangan(handbag) yang original,di sinilah syurga tas tangan.memang eksklusif.

RUMAH TAS,BANDUNG
aku penat.hanya tungu di luar dengan apis.sementara yang lain2,asyik n hanyut dgn tas tangan.hehe

Jln Cihampelas.
CIHAMPELAS WALK
jeans ori dengan harga yg tersangat murah.excited masa kat sini coz tjumpa ramai orang malaysia.tetibe rasa mcm berada di Malaysia.hehe

Distro.
Pada ketika ini,para ibu2 sedang bmanja2 di spa.tapi aku tak ikut sekali.sebab aku lebih senang ikut samsul dan apish ke Distro.apa itu?hehe.Distro adalah 1 kawasan yang sgt luas yang menjual barang2 atau produk2 dari local designer yang mungkin belum mengkomersialkan label mereka secara besar-besaran.tp tempat ni popular.aku suka sini.sebab nyaman giler jalan2 di sini.uniknya setiap kedai itu ada pagar masing2.mcm rumah taman.bentuk yg sama tp y uniknya ia kedai.semua di sini konsepnya seperti itu.

DISTRO1
antara kedai yang terdapat di sini.

label yang aku ingat->unkl347 di Jln Trunojoyo 4, Invictus di Jln Pager gunung 13 and Jl.Trunojoyo 6 , Ouval Research di Jln Buah Batu 64, No Label- Jln Sumatra 24, Blackjack-Jln Trunojoyo dan Screamous-Jln Trunojoyo. di Blackjack,aku sempat membeli 2 purse yang agak indie pada harga 70,000 Rp(dlm RM30 lebih,klu x silap.dah lupe la).nnti aku upload picnya.tp lainkali la.hehe.
DISTRO3
model tidak berbayar no.1.Style owh topi2 di situ.tmasuk yg dipakai oleh model bernama samsul. T_T
DISTRO2
model tidak berbayar no.2. Smart owh apis pakai jacket tu.dia beli kalau x silapla..

Paris Van Java.
ala-ala the Curve kot sebab ada tempat lepak yang terbuka.mmg happening giler.yang lepak2 kat sini,majoritinya remaja dan mereka mmg trendy dan stylo.majoritinya mmg cantik2 dan berkulit putih gebu.serius x tipu.orang Bandung sememangnya cantik2.gaya dorg mmg lebih advance berbanding dengan kita yang kat KL.
PARIS VAN JAVA
PARIS VAN JAVA2
*sunguh keletihan.oh ye,apis dan samsul tak follow kami sebab mereka ralit di Distro*
maksud ralit-leka,asyik.hehe

Esok,pagi2 kami akan bergerak ke Jakarta.sayang giler nak tingalkan Bandung.Dtg sini,seperti ada sumpahan.iaitu sesiapa yg penah dtg sekali pasti akan datang lg.mungkinkah?hehe.Pak Supir yg cakap.mungkin kot.........


*entry untuk jakarta,nanti lah aku update ok *
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...