nuffnangku

Thursday, December 23, 2010

. kenapa saya tak pernah nak tiru diaa fariza masa exam ? .


saya tak pastilah apa sebabnya.mungkin saya ini budak skema(budak yang terlalu ikut peraturan).mungkin sebab saya takut kantoi?saya sendiri pun tak pasti.tapi itu memang perangai saya dari dulu sampailah sekarang.saya malas nak berbuat lebih-lebih pada sesuatu hal yang saya tahu tahap dan kemampuan saya setakat mana.kiranya saya ini tak akan buat macam poyo hanya untuk impress kan orang lain untuk melihat saya 'sangat WOW!' padahal saya hanyalah kuang kuang kuang(muka sorok bawah buku sekolah aje time dapat result exam !)..hahaha.apa-apa ajalah.

saya nak menyatakan dengan penuh rasa rendah diri ,saya memang manusia yang lemah dalam subjek matematik.atau segala benda-benda bernombor sangatlah aku gagal memahaminya.tapi kalau bagi aku ayat yang berjiwa-jiwa(diulang-BERJIWA,bukan BERJIWANG)saya memang cepat tangkap.cepat faham dan boleh pula menghuraikannya macam lebih sudu dari kuah(maksudnya: berlebih-lebih la,over!).




saya tak suka matematik sebab :
1)saya tak nampak apa kaitan dengan benda-benda segitiga seperti di atas ini dengan kehidupan saya.dan kenapa pula perlu mencari-cari nilai X.sila cari nilai X.jawapannya: buta ke?tak nampak ke X ada je kat situ.ngegeee.
2)nombor adalah tidak mengiurkan kecuali angka untuk gaji(hahaha)
3)cikgu yang ajar tak cun (>.<)
4)saya seorang yang lurus dan tak pandai pusing-pusing.ada kaitan ke?ada...contoh :4 biji epal +3 biji epal jawapannya berapa biji epal?huh.apalah salahnya bagitahu jela 7 epal di dalam bakul tu.tak payah susah-susah nak suruh saya fikir.ekekekek.

ini alasan kenapa saya tidak pernah nak tiru diaa fariza dalam paper Add Math dan Matematik semasa exam :

1)sebab saya rasa saya hebat-seumpama Adiputra kot yang tetiba dikurniakan anugerah untuk mencipta rumus matematik.saya fikir dengan menhentam dan mentenyeh paper add math dan matematik membabi buta-hahaahah.sy dapat mencipta rumus baru atau dapat menjadi seseorang yang hebat macam Bill Gates.

"masa zaman kolej,dia bukanlah budak pintar.dia yang paling corot dalam subjek tertentu.sekarang,kawannya yang mendapat tempat teratas dalam subjek yang dia paling bodoh pada masa itu,telah menjadi pekerjanya"

ok.niat sebenar?saya cuma mahu gegarkan dunia dengan rumus sendiri,salah ke?hahaha

2)saya rabun-nak tiru macamana,saya ni rabun.nak tiru sampai nampak,haruslah kena duduk sebelah diaa fariza dan renung kertas tu dengan jarak yang paling dekat.dan pada masa itu,memang sure ler kena cekup.hahaha.lepas itu,tulisan orang pandai macam cik diaa fariza tu janganlah kata saya yang rabun ni je susah nak baca,orang yang tak rabun pun boleh jadi rabun-ok,diaa fariza,maafkan saya,tulisan mu comel cuma saya je susah nak baca.huhuhuuh.

3)paling senang,kalau dah memang tak pandai,tak payahlah hendak jadi hebat dengan penyamaran. taaadaaa..hahaha sampai bila hendak meniru?kalau tiru dan dapat markah hebat-hebat,bayangkan kalau cikgu panggil buat kat papan hitam sorang-sorang,harus kau menangis atau pura-pura pitam kononnya bukan salah kau tak dapat jawab,tapi sebab pengsan nak pitam.hahaha.sesekali boleh lah cari alasan,kalau kerap,itu nak mati namanya.hahahaha

4)matematik bukan 'makanan' minda saya.hahaha

teruk sangat ke matematik dan additional maths saya?
hmmm.ini yang sebenarnya,semasa peperiksaan percubaan SPM beberapa tahun yang lampau:
cikgu :fariza,tahniah.markah kamu yang paling tinggi dalam kelas-95 markah.
cikgu:ini pula yang paling corot,sarah.5 markah dari 100 markah.macamana kamu boleh dapat markah yang macam ni?padahal dalam kelas duduk sebelah fariza je?kamu tak obleh belajar dari dia ke?

hahaha.kenangan.memang memalukan tapi lawak untuk dikenang.tetiba teringat pula keadaan kelas 5 sains tulen 2..ok,saya dan diaa fariza suka bercakap dalam kelas.cikgu yang paling bengang dengan kami adalah cikgu bahasa Inggeris kami.hari-hari confirm kena tegur.nak buat macamana,kelas tu boring!

p/s: diaa fariza,ingatkah kamu bagaimana kita dulu?dulu,kita tersangat rapat.semua perkara pun kita kongsi bersama.diulangi-BERSAMA.masa itu aku dan kamu,memang tak dapat dipisahkan.kita kumpul cerita cinta dan cita-cita zaman remaja kita bersama.zaman britney spears adalah idola kita.zaman tuisyen balbir adlaah cerita faveret kita dan zaman tuisyen murni yang best.masa itu kita aman dan tenang.kita hidup dalam dunia kanak-kanak rekaan kita sendiri.tapi semua itu berlalu tiba-tiba,bila kamu ke matrikulasi dan aku ke Malacca High School.aku macam hilang arah tapi ketika itu aku sedar,aku harus menjadi aku yang baru.di MHS,aku mula berubah.di sana,aku bina cerita aku sendiri.dan kamu semakin jauh.aku pun tak mampu nak mengejar kau yang kian jauh.aku tak pernah cakap tapi aku sangat sedih bila kita sudah tidak rapat lagi.dan bila kita mula berusia 21 tahun dan ke atas,sedikit demi sedikit kita mula rapat kembali.

4 comments:

  1. mmmm.....akhirnya baru aku faham knp ko xnk tiru aku ;p
    ko terlalu takut utk byk perkara...cube ko fikir...subjek yg ko terer aku sgt lemah...aku slumber giler tiru ko...aku xfikir pn biler kantoy n xpnh fikir biler cikgu suh buat kt depan..sbb aku slalu pk mslh skg pk skg...mslh nnt pk nnt ;)
    t'ingat citer zaman sekolah..mmg sgt rindu...
    sbnrnya kite xberubah pn..smpai skg pn kite hari2 call/msg cume x hari2 jumpa sbb msg2 ada komitmen...
    ko jgn riso..walau jauh mn...buruk mn perangai ko..n bsr mn kite gado...kepala aku xkan bhenti pk kan ko hari2...itu mgkin kelebihan ko sbg kwn aku yg blh buat aku hari2 ingt kt ko...:)

    ReplyDelete
  2. from my observation, u guys are close. closer than u think. only close fren can get angry on sumthing u've done either it's right or wrong. only close fren can mock u but in reality they hope for the best for u. because u guys are close that there seems to be no gap for u to get angry, to mock and be synical.

    ReplyDelete
  3. waaa..masa zaman tusyen murni...saya ada sekali dan juga mawar...hehehe...

    ReplyDelete
  4. kiree:ye..kamu n mawar ada..dan pd zaman itu kite masih tlalu muda..masih sweet 15 lg...skg,kite sudah dewasa...dan kamu sudah jd mommy-to-be dah pun..cepatnya masa blalu...sy slalu ingt,pulang tuisyen melintas sama2 dgn nadia n yah...dan slalu dgr mawar bceloteh..:)

    diaa:itula aku..dari dlu dan smpai skrg..aku suke pk utk hal yg belum jadi..so bl ia tjadi,aku da tahu aku kene buat pe utk hadapinya :)
    hahaah,aku sukar dilupakan kan?haahaha

    fazrul:hmmm...ye ah..rapat sgt kan..smpai kdg2 geram smpai rs nak gigit je yah tu bg die ikut cakap kite..tp die degil..

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...