nuffnangku

Sunday, December 5, 2010

12 tahun merupakan satu kehilangan yang sangat pahit . 04 dis 1998 .



12 tahun telah berlalu.
tapi saya rasa macam semua ini baru saja berlaku.tapi kalau dihitung tentang perasaan pula,rindunya memang melangkaui tempoh 12 tahun itu.rindu yang hanya Allah dapat mengerti peritnya.nenek yangsatu-satunya saya ada,telah pulang ke rahmatullah.

Dia mungkin hanya seorang nenek angkat pada saya.tiada pertalian darah yang kukuh pun.tapi dia telah memberi saya erti paling bermakna dalam hidup saya.Sebab bagi saya,hanya dia nenek saya.tiada yang kedua.atau yang ketiga.kasih sayang yang dia beri dari kecil hingga saya besar,hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.dia tidak reti memanjakan tapi dia tetap nenek terbaik sepanjang hidup saya.dia banyak berkorban membantu kami sekeluarga semasa saya masih kecil.rajin bawa saya jalan-jalan.bangga perkenalkan saya pada orang yang saya cucunya.

Masa dia masih ada,setiapkali raya kedua,saya pasti akan balik kampung.beraya di sana.atau setiapkali musim buah-buahan.selama dia ada,belum pernah kami kena beli apa-apa buah tempatan yang kami rasa kami mahu makan.paling best,lepas balik dari kampung,akan pulang ke rumah,macam tokei cina borong buah-buahan untuk dibawa berniaga (-_-')
buah durian,rambutan,nangka,cempedak,manggis,ciku,langsat,limau bali-semua itu favourite.sayur-sayur pun ada.terung,jagung,petai,cili,kacang buncis dan beberapa jenis lagi la.

tapi selepas dia 'telah tiada',semua itu pun sudah tiada lagi.yang tinggal mungkin hanya secebis kenangan yang tersimpan dalam diri saya dan adik-adik.yang paling dikesalkan,saya tak pernah dapat membalas jasa dia yang sanggup berhabis duit demi saya.sebab masa 'dia pergi' ,saya baru berada di tingkatan 1.

saya selalu terkenangkan dia.suara dan gaya dia bercakap pun masih segar dalam kepala saya.kenangan naik motor sama-sama dengan dia-atuk bawa motor,saya tengah2 dan dia dibelakang pun masih saya ingat.hiruk pikuk suara dia marah-marah bila kami bergaduh pun masih aku teringat jelas,dan sumpah,memang sangat rindu.

tapi saya sedar.saya hanya manusia.
yang perlu redha dengan hakikat kehidupan.'setiap pertemuan yang terjadi,pasti ada jalan penamatnya' dan setiap sesuatu yang telah berakhir itu akan memulakan sesuatu yang baru pula.begitulah caranya kita hidup.menerima ketentuan dengan menyedari setiap yang berlaku,walaupun sudah diketahui masih gagal untuk diramal.seperti maut.kita tahu setiap yang hidup,pasti akan mati.tapi kita sendiri tidak tahu bila ianya akan terjadi.dan kasih sayang sejati,tidak pernah hilang walaupun jasad kita telah tiada lagi.seperti kasih sayang dia terhadap saya,masih saya merasainya.melalui hari-hari yang ada,sesekali tetap sunyi bila ruang itu telah dikosongkan.setiap tahun setiapkali 4 disember menghampiri,saya pasti teringat.
Al-fatihah buat arwah nenek.semoga Allah menjagamu dengan kasihNya yang tidak terhad itu.Amin Ya Rabbal-Alamin.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...