nuffnangku

Saturday, November 13, 2010

Raja Farah sudah bernikah . mengenakan busana Shahrir Nurdin .


persalinan dari Shahrir Nurdin.

Raja Farah dan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25, telah selamat dinikahkan dengan berwali bapanya, Raja Aziz Raja Ngah jam 11 pagi. Hadir sama Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Rosly Mohd Arus. pernikahan mereka diadakan di Bukit Jelutong.

Raja Farah yang menerima mas kahwin secara tunai sebanyak RM888 dan tujuh dulang hantaran turut membalas sembilan dulang hantaran kepada pihak lelaki. Antara hantaran yang diterima Raja Farah seperti telefon bimbit iPhone 4, pewangi dan alat solek Dior, tas tangan Coach, pulut kuning, sireh junjung, dan lain-lain.

Manakala hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya Iphone 4, sejadah, kain pelikat, Set Wangian Issey Miyaki, sebentuk cincin daripada Habib Jewel, dan Set Barangan Dunhill, Jam Tangan Tissot, sebuah Al-Quran dan tasbih.Namun wang hantaran telah dirahsiakan atas kehendak Raja Farah dan pihak keluarga suaminya.



 pasangan bahagia.
 dengan sekali lafaz
 sah.
gubahan hantaran yang simple tapi menarik








info dan gambar dari murai.com dan gua.com.my sera berita harian online

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...