nuffnangku

Monday, November 29, 2010

Ngangkung .

sabtu.aktiviti yang dirancang bersama dengan teman baik tergendala.so sepanjang hari,tak tahu hendak buat apa.duduk sana tak kena,duduk sini tak kena.lastly,rasa macam dah lama pula tak pergi tengok wayang.kebelakangan ni,rasa macam tak ada mood je sebab tak ada cerita yang best pun.hendak tengok Ngangkung or 2 Alam?nggeege..saja je kan.

of coz la NGANGKUNG.
sebab mencari sesuatu yang rileks dan tak memeningkan kepala nak faham jalan ceritanya.saya mesej member-member ajak tengok cerita ini.dan ini dipersetujui 'ramai'.chewaah.rupa-rupanya yang tak dirancang itu lagi best dari yang dirancang bagai nak rak :) hehe.


mereka.selepas habis movie.

lagi.

mereka semua.

 after that.lepak makan.sambil mereka layan bola dan perbahasan tentang masa depan.hahaha.biasa la tu..(>.<)


kami makan besar semata-mata terpengaruh dengan Ngangkung-Azim bawa family dia makan besar selepas menang cabutan nombor bertuah tu.ngengee..boleh pulak kan?lauk yang di order lebih kurang je,termasuk ikan masak stim :)

bagi aku,Ngangkung,ok lah.bukanlah cerita pilihan saya sangat sebab saya seorang yang sukakan cerita yang agak berat untuk 'kepala' berfikir.ceritanya agak seram dan memang lawak.banyakkali juga orang dalam panggung terjerit dek kerana terkejut.

ini sinopsis yang diambil dari berita harian Online.

 filem tersebut bertajuk Empat Ekor namun setelah melakukan perbincangan nama Ngangkung akhirnya dipilih.

"Ngangkung merupakan perbuatan memuja nombor ekor sambil bercangkung. Kami percaya perkara ini walaupun tidak banyak tetapi merupakan realiti kepada mereka yang hidup di kalangan medium berpendapatan rendah.

"Sebab itu kita buat filem ini untuk memperlihatkan kepada umum tentang masalah yang dihadapi oleh golongan sebegini dan secara tidak langsung ia menjadi penyebab mendorong mereka mengambil nombor ekor.

"Bagaimanapun, kita tidak mahu terlalu serius dalam memaparkan isu sebegini sebab itu kita buat dalam bentuk komedi seram dan dalam masa yang sama diharap dapat menimbulkan kesedaran serta memberi sedikit sindiran," katanya.

Ngangkung melatari kisah seorang pemandu lori, Azim yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri dan anak perempuannya. Dua sahabat baiknya ialah Tasnim dan Wan yang merupakan kaki ekor.Tabiat serta aktiviti Tasnim dan Wan memang diketahui oleh isteri masing-masing. Azim pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti mereka tetapi akhirnya terpengaruh kerana desakan dan kesempitan hidup.Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung.Bermula dengan hanya melihat, semakin hari Azim semakin seronok menyertai aktiviti dua rakannya itu secara senyap tanpa pengetahuan Suri.Pelbagai cara serta bermacam jenis bomoh yang mereka temui semata-mata untuk mendapatkan nombor yang perlu dibeli dan dalam masa yang sama, pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung.

Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan kehidupan Tasnim dan Wan, sehinggakan suatu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka.Sementara itu pengarahnya, Bob, pada majlis yang sama memberitahu, pelbagai aksi komedi dan konflik timbul ketika mereka menjalankan aktiviti mengangkung.

"Walaupun ia isu terpinggir, namun kita tidak dapat lari daripada kenyataan bahawa pada masa kini masih ada lagi perbuatan memuja nombor ekor.
"Pelbagai kejadian lucu dan seram timbul dengan sendirinya ketika mereka mengangkung dalam filem ini," kata Bob mengakhiri perbualan.

- hmm.memang benar.masih ramai yang mengamalkan nya dan masih ramai yang ketagihan.hish3.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...