nuffnangku

Thursday, November 4, 2010

Merisik . hari kejadian .

aku bangun agak awal.tolong mak kemas rumah dan memang dengan tak mandinya lagi aku berkemas itu ini.tapi aku buat slow motion.ahak.tapi yang pelik,kenapakah aku langsung tidak berdebar?macam kosong je?ok,abaikan.

dalam pukul 12 lebih aku pergi mandi memandangkan family acoi akan datang selepas zohor.sedang aku siap-siap,abah dia mesej bagitahu mereka sudah dekat nak sampai.

aku?pengsan sekejap.haha.memang gila aku ni.

apalagi,kelam kabut macam kapal karamlah.dengan baju tak pakai lagi.muka tak mekap.selendang or rambut pun macam apa ntah.bakul untuk balas pada pihak lelaki pun tak siap lagi.diela,yah dan atul pun masih tak sampai-sampai lagi.aku pula sorang-sorang dalam bilik.adik-adik aku pun hilang entah ke mana.aku dah tingtong.tak ingat apa dah.adakah kamu tahu apa saya rasa?aku rasa memang confirmlah aku turun sarung cincin pakai seluar tracksuit dengan t-shirt besar macam pompuan dalam pantang :P

tapi.nasib baik diela dan yah sampai lebih kurang je.sempatlah juga mereka tolong aku dan siapkan aku.betul-betulkan selendang aku tu semua.aku memang tak tenteram.tak tahu apa akan jadi sekejap lagi.bolehkah bakal mentua dan parent aku capai kata sepakat?capai persetujuan?entahlah kan.

akhirnya.mereka mulakan perbincangan.aku dan yang lain-lain duduk diam-diam dalam bilik.sempat lagi mengumpat-umpat,sempat lagi gelak-gelak.ok,aku rasa nak pengsan.again!sebabnya :

aku merancang dengan A merisik bulan may 2010.kemudian bertunang pada 6 november 2010.kemudian kami di ikat dengan pertunangan selama setahun,maka akan berkahwin dalam bulan oktober 2011 or bulan november 2011.

alasan aku,akan mempunyai tempoh setahun yang cukup untuk simpan duit dan boleh buat perancangan.dan boleh buat wedding macam wedding Siti Nurhaliza.heh!

tapi.semasa perbincangan,semuanya telah bertukar sekelip mata.tink!~

1.no bertunang pada 6 november.
2.dari tarikh merisik,kami di ikat setahun.
(merisik pun ada perjanjian?so sebenarnya,memang kami tak bertunang,tapi parent kami telah ikat janji yang mana kami terikat satu sama lain selama setahun bermula dari 29 may 2010.aik.tempoh setahun tiba-tiba bermula dari may 2010.arghh.mana sempat nak buat apa-apa.)
3.pernikahan akan dijalankan dalam tempoh tidak lebih dari setahun dan tidak kurang dari 10 bulan.haa,amek kau!

aku rasa macam nak turun je kat bawah dan cakap,saya nak bertunang jugak.tapi,mana buleh kan.memang mati lah mak ayah aku kerjakan aku nanti sebab jadi budak perempuan yang tidak sopan,tidak ayu dan tidak seperti perempuan melayu(erkk?).mereka telah bersetuju.dan kemudian,aku dipanggil turun ke bawah.

perasaan?

masa turun tangga ,kaki rasa macam tak jejak je.aku rasa melayang-layang je.macam pijak atas awan.dalam hati aku,cuma berharap kaki aku tak tersadung dan jatuh.aku ikut je arahan mak dan makcik aku.sebab masa itu,aku weng.tidak mampu fikir apa-apa.takut sangat.

then.cincin disarungkan ke jari.oleh mak acoi.selamat.
maka dengan itu secara rasminya,aku di ibaratkan tapak masjid telah dibina.sedang menanti,naiknya masjid .masjid yang tersergam atau sederhana,aku dan dialah yang bakal menentukannya nanti.
---
aku tak kisah apa orang nak cakap,apa orang nak kutuk tentang aku.aku ni pilihan ke nombor berapa pun bukan apa sangat pada aku,sebab bagi aku,jodoh pertemuan itu Allah yang tentukan.bukan kita.bukan manusia.tapi Allah.so apa yang telah berlaku,sedang berlaku dan bakal berlaku,bukanlah di bawah kawalan aku.itu semua ketentuan takdir.aku redha dan redah jer..huhu

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...