nuffnangku

Thursday, November 4, 2010

merisik . 29 may 2010 .

aku (kalau saya guna perkataan aku,itu macam diari.bercerita pada diri sendiri.kalau guna saya,itu maknanya saya sedang bercerita)

ulang semula.aku..
aku tak tahu sangat apa itu merisik.dalam tahun ni juga baru aku tahu merisik tu apa.dan idea untuk masuk merisik pun,aku atau A tak pernah fikirkan atau sebut-sebut selama kami kenal.awal tahun 2010,perkataan itu masih belum pernah keluar dari mulut kami.belum pernah.sehinggalah mac 2010,tiba-tiba A kata 'mak saya nak merisik'.aku yang memang blur boleh pula cakap 'nak merisik sapa?'
sengalkan.kalau acoi kata mak dia nak merisik pompuan lain,adakah acoi masih selamat?hahaha.memang tak la jawabnya.

mula-mula planning julai 2010.tapi setelah aku berkira-kira itu ini,ada baiknya amik 29 may 2010 sebab time tu cuti panjang sikit.senang mak ayah Acoi nak datang sini,tidaklah tergesa-gesa memandangkan adik-adik dia kan sekolah lagi.

april 2010.aku masih tak buat apa-apa lagi.ada ker apa-apa persiapan?rasanya macam tak ada je.cuma kami dah beli cincin merisik masa itu.aku pilih yang simple je.sebab bagi aku,biarlah simple dan biasa-biasa harganya asalkan tidak membebankan pada pihak yang nak kena beli cincin tu.baik kan aku :P ngegegeh.

may 2010.lagi seminggu family acoi nak datang,aku masih belum ada baju untuk dipakai masa majlis itu.mula-mula aku malas nak pergi beli baju baru.ingat nak pakai je apa-apa baju yang ada.tapi seminggu sebelum majlis,aku rasa macam 'eh aku kan suka baju baru.pergi jela beli,banyak songeh pulak' aku ni memang jenis kalau ada apa-apa event,aku bukanlah seorang yang suka kitar semula baju yang pernah dipakai.nanti aku rasa tak happy.aku mesti nak kena beli baju baru.konon-konon hadiah untuk diri sendiri(kemudian menyesal,haha)

aku ajak cik nuril dan cik diela pergi Jalan TAR.aku bajet RM200 ke bawah.aku nak simple baju warna putih.dan nak pakai selendang.sebab malu pula kalau orang tengok rambut aku mengurai-urai tak kemas nanti.dari satu kedai ke satu kedai kami pergi.even penat tapi bagi aku,bila terkenangkan semula,rasa macam nilai kenangan itu sangat tak ternilai.mereka berdua memang penasihat fesyen dan 'bakal maid of honor' yang setia.sikit pun tak merungut.siap bagi idea dan pendapat.sampai aku pun pening kadang-kadang bila Diela kata A tapi Nuril pula kata B.last-last aku kata C.adoi.pening mak.

akhirnya.lepas tawaf keliling Jalan TAR dan Masjid Jamek,aku pun main amik je baju yang simple,dalam bajet dan ikut saiz aku(I saiz pelik sikit,ahak).settle.malas pk dah.masa dah suntuk.then,terus cari selendang.jumpa.senang keja I.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...