nuffnangku

Friday, October 22, 2010

ruang privasi

tidak semua perkara harus dikongsikan.
dalam hidup,setiap manusia ada ruang privasi mereka yang tersendiri.samada di persekitaran atau di sudut hati.di ruang itu,tiada siapapun yang perlu tahu atau perlu 'kacau'.itu privasi dia dan hak miliknya sendiri.

kadang-kadang.
kita merasakan kita menjadi manusia paling hipokrit bila tidak jujur pada semua.perlukah?perlukah kejujuran senantiasa?tidak.kita dan sesiapa sahaja patut faham,setiap manusia harus ada ruang dia yang tersendiri.dalam hiruk pikuk kehidupan manusia tetap ada di satu sudut,ruang untuk kita berdoa dan meminta dalam diam.tanpa rahsia itu terkongsi dengan yang lain.jujur itu subjektif.cukuplah kita menjaga batas diri tanpa perlu 100% memberi kejujuran pada orang lain.

kerana,setiap kejujuran itu akan ada harga yang perlu dibayar pada kemudian hari.pasti.kalau ia dirasakan tidak perlu dikongsi,maka biarlah ia duduk diam-diam dalam ruang rahsia itu.mengingati seseorang dalam diam,itu hak kita.biarlah hanya kita yang tahu.

meminati seseorang dalam diam,juga hak kita.tiada yang salah dengan menyukai orang lain tapi biarlah ada batas yang disempadankan.biarlah ruang privasi itu wujud dalam privasi.biarlah apa yang kita rasa atau apa yang kita kenang,hanya kita yang mengerti dan tahu.

love,
Lara

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...