nuffnangku

Sunday, October 10, 2010

realiti dan kenyataan

dalam sebuah perhubungan,orang hanya nampak yang luaran-luarannya sahaja.kenapa tidak sebelum mengadili seseorang or sesuatu perhubungan,kita review dari semua sudut terlebih dahulu?tengok sedalam-dalamnya,boleh?dan selepas itu barulah kita dapat kesimpulan dari kenyataan dan realiti nya.

macam orang yang perasan bagus,sentiasa akan merasakan dirinya aje yang bagus.macam dia aje yang lawa sangat,yang kaya sangat(kaya ke?) dan macam dia seorang je yang ada orang sayang?ahak.tak salah rasanya nak confident dengan diri sendiri tapi biarlah bertempat.jangan sampai orang mengeleng kepala dan mengungkap perkataan " loser".bikin propa sebab nak perhatian.cubalah hidup dengan real dan realistik.tak perlu over-plastik sangat kan.

contoh :
saya dan Diaa Fariza,orang nampak kami macam suka gaduh sangat.macam hari-hari tidak boleh aman.itu yang orang luar nampak.tapi kalau orang yang pandai menilai,dia akan tahu,dalam gaduh-gaduh kami tu,dalam saya cakap lepas je tanpa tapis-tapis,dalam dia suka membuat pelbagai kerenah,kami sebenarnya sangat menyayangi.tiada siapa dapat menandingi persahabatan selama 14 tahun kami itu.ini contohlah.saya tak kata ayat-ayat di atas ditujukan untuk dia.bagi saya,dia lawa dengan caranya yang tersendiri.dia manis dan berbudi bahasa.paling best,dia sangat real,bukan palsu or plastik.

realiti tidak semestinya sama dengan kenyataannya.

realiti dan kenyataan seperti serupa je maksudnya.tapi realiti adalah apa yang biasanya kita judge dari mata kasar kita.tapi kenyataannya adalah apa yang disebaliknya iaitu perkara-perkara yang diluar mata kasar si pemerhati.

dalam kisah hidup saya sehari-harian,saya lebih tahu apa yang sedang saya hadapi,sedang saya lalui dan apa yang bakal saya tempuhi.i am not-so-naive la kan.kadang-kadang orang fikir,saya ni tak tahu apa yang berlaku di belakang saya.masalahnya,are you sure?saya mungkin telah lama tahu tentang realiti hidup seseorang sebelum dia mengenali siapa saya.sebelum dia memulakan agenda -agenda dia,saya telah tahu niat busuk hatinya.tak susahlah nak mengenali seorang manusia terutama manusia-manusia yang memang tak boleh pakai.cakap macam dia aje yang bagus,cuba tanya diri sendiri,adakah kita memang bagus?tiada salahnya hendak confident pada diri sendiri,hendak ada keyakinan pada diri,tapi janganlah sampai obses pada diri sendiri.sifat yakin pada diri memang perlu ada,tapi kalau sentiasa aje rasa diri sendiri yang paling lawa/hensem,paling ngetop,paling hot,paling kaya(??),memang kau tak akan ke manalah.sampai bila-bila pun kau berdiri di tempat yang sama.jangan melakukan kesalahan yang sama,berulangkali.kalau tidak,kau akan nampak bodoh di mata orang pandai.
Kesalahan yg paling sering dilakukan adalah menganggap diri sendiri yg terbaik,padahal itu adalah kesalahan yg cukup besar..


cuba pandang sesuatu dengan pemikiran yang luas.barulah kita faham,tak semua yang kita yakin-yakinkan sangat tu memang betul-betul terjadi seperti yang difikirkan.

contoh: si suami yang ingin berkahwin kali kedua.pada si no.2 dibilangnya dia tidak lagi mencintai isterinya.dibilangnya si isteri tidak pandai mengambil hatinya,itu ini.bla bla bla.tipikal alasan,macam biasalah.si yang kedua tu pun,mulalah nak membangga diri macam dia lah yang hanya dicintai oleh lelaki itu.cuba fikir semula.kenapa dia masih mengekalkan isteri no 1 nya?kan senang,ceraikan nya.bila di tanya,si lelakiakan memberikan alasan seperti
: susah kalau bercerai,takut anak-anak terabai
: isteri walaupun serba kekurangan,tapi saya tak boleh tinggalkan dia,kesian dia tak ada tempat bergantung.

sebenarnya,dia pasti ada rasa cinta pada isterinya walaupun dia menduakan si isteri dengan mewujudkan si gadis yang kedua sebab itu dia mengelak untuk ke arah perceraian.sedangkan lafaz talak adalah lebih mudah bagi seorang lelaki.Allah membenarkan lelaki berkahwin 4,itu tandanya hati lelaki memang ada 4 cinta untuk diberikan pada orang-orang yang berlainan.(ini pendapat je untuk merungkai erti di sebalik realiti dan kenyataan,jangan salah faham)

nota:
1)nak bermusuh dengan orang pun,kenalah pandai.kenali musuh anda terlebih dahulu sebelum dia mula menyusahkan hidup anda.setiap perkara,perlu ada cara untuk mengendalikannya.owh ye,tapi lagi elok,berbuat baik je pada sesama manusia kan.tak rugi apapun.
2)saya seorang manusia yang tak kisah kalah pada awalnya asalkan saya dapat juga apa yang saya mahukan di akhir nanti.sebab saya tahu di mana realiti dan kenyataannya.biarlah nampak kesian sekarang,asalkan kita tahu apa yang kita ada.kau ada apa yang aku ada?(xda)
3)kegagalan hari ini bukan bermakna kita gagal selama-lamanya,gagal bererti sebuah kejayaan ysng tertangguh.

salam sayang,
Lara

1 comment:

  1. mcm mane nak like perenggan sebelum nota tu.. :p

    btw vry nice entry :D

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...