nuffnangku

Saturday, October 23, 2010

perkongsian

hidup satu perkongsian.
owh,apalah budak ni.entry lepas cerita pasal ruang privasi-refer post yang ini tapi sekarang cerita pula yang hidup ini suatu perkongsian.owh,apa ni.apa ni.ya,hidup kita memang berkongsi dengan orang samada rela atau terpaksa.

dan itu tak semestinya mudah.
bila berkongsi terpaksa faham orang ,terpaksa mengerti orang dan terpaksa bertolak-ansur walaupun kadang-kadang kita memang taknak bertolak ansur.walaupun kadang-kadang kita rasa macam nak juga orang faham apa yang kita hendak.walaupun kadang-kadang kita tak boleh mengerti kenapa orang itu harus berbuat begini,orang itu harus berbuat begitu.tapi hidup yang sementara ini hanyalah satu perkongsian.sudahlah sementara,berkongsi pula.:(  itu hukum alam.

kadang-kadang konsep pemikiran kita sangatlah berbeza dengan orang lain.mungkin kerana kita berada di dimensi yang kiri,orang lain di dimensi yang kanan.kanan dan kiri,haruslah berlanggar,kan?dan ini sangatlah tidak membahagiakan bila bertentangan arus.mungkin konsep perkongsian itu sendiri juga memberikan definisi yang berbeza mengikut citarasa(?) dan kehendak manusia.ada yang rela berkongsi harta benda,rela berkongsi suami or berkongsi boyfriend ( ahak.wtf) tapi ada juga yang memang benci berkongsi waima berkongsi makanan sekalipun.haishh.

tak kisahlah kan.yang penting,rela or terpaksa,kita haruslah terpaksa rela.untuk mewujudkan sefahaman dan kedamaian.walaupun itu bukan perkara yang mudah,tapi kena ingat,hidup memang satu perkongsian.berkongsi sesama manusia,berkongsi manusia-haiwan,manusia-tumbuh2an or manusia dengan makhluk2 Allah yang lain.dek kerna istilah ini,adakalanya kita terpaksa meneutralkan saja kehendak kita untuk memastikan orang lain tidak terasa hati.

kita memang tak boleh mementingkan diri sendiri or ikut kepala sendiri je.lainlah kalau kita memang hidup sorang-sorang je kat dunia ni.kalau terjadi,haruslah mati kebosanan pula la kan.

nota:
1)kongsi tu kongsilah juga kan tapi haruslah jangan overr!
2)bukan senang nak faham orang ni,harus stress nak mewujudkan konsep perkongsian yang betul

love,
Lara

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...