nuffnangku

Tuesday, October 26, 2010

kita sendiri tidak pasti-masa depan

hidup bukanlah hanya wujud sekadar lukisan atau seperti main wayang.hidup ini terlalu banyak rahsianya.terlalu banyak cabang-cabangnya.terlalu banyak lurah dan cerun yang sudah ditempuhi atau masih belum mampu diteka kedalamannya kerana masih belum diselusuri.

kita,tinggalkan masa silam untuk sesuatu yang kita sendiri tidak pasti = masa depan.kita tingalkan kenangan lalu untuk terus berjalan ke hadapan tanpa jawapan yang pasti.seperti main pertaruhan.ada kalah-menang.kita tingal kisah sedih semalam dengan harapan akan dapat membuka kisah gembira hari esok.kita tingalkan tawa semalam mungkin untuk air mata luka hari akan datang.atau kita hancurkan hati manusia di masa lalu dibalas dengan kecewanya kita pada masa yang akan datang.

masa depan adalah risiko.kita tidak tahu untung nasib kita.mungkin wajah yang kita sayang-sayang pada hari ini,bukan lagi wajah kesayangan hamba pada masa depan.mungkin belaian kasih ibu ayah pada masa silam,menjadi rindu-rinduan pada masa depan bila mereka telah kembali pada Pencipta-Nya pada masa depan .mungkin kegagalan masa silam menjadi punca kejayaan kita pada masa depan.

hakikat hidup.masa silam tidak mungkin akan diputarkan kembali.kita terpaksa tingalkannya untuk masa depan.kadang-kadang melihat sebuah kebahagiaan yang gagal dikecapi pada masa lalu dalam bayangan masa hadapan.kadang-kadang kita cuba mencari ketenangan zaman kanak-kanak kita dalam sejarah hidup masa depan yang bakal dibina tapi semua itu tidak mungkin berlaku lagi.

masa juga mengubah kita.mengajar kita tentang suka duka hidup.mematangkan kita atau mungkin mengagalkan kita.setiap detik adalah perhitungan.kadang-kadang tanpa disedari,peristiwa yang tidak pernah penting hari ini,bakal menjadi kenangan indah pada masa depan.

kita hanya manusia.tidak mungkin dapat meramal dengan pasti apa yang akan terjadi pada masa akan datang.mungkin hari ini keluarga kita lengkap ,mungkin esok kekurangan seorang.itu hakikat.bukan doa atau kehendak.samada rela atau tidak,haruslah terus hidup dengan berani.

surat untuk masa depan
salam masa depanku.
aku tidak pasti ketika saat aku menulis surat ini adakah aku waras atau aku sedang berimaginasi sahaja :)
cuma ini hanya sebagai kenangan buat diriku yang aku pernah hidup di masa lalu.
ketika saat surat ini ditulis,aku masih mempunyai mak dan ayah yang sangat mengasihi aku.
semua kehendak dan impianku cuba mereka tunaikan sebaik-baiknya.
aku masih cuba berusaha menjadi anak yang cuba membuat ibu dan ayah bahagia dengan
segala daya yang aku ada.

ketika surat ini ditulis,aku masih punya adik beradik yang pelik-pelik perangainya.ahak.
punyai abang,kakak,adik-adik dan anak buah yang adakalanya aku sendiri terlupa namanya.
aku masih kehidupan yang normal bersama keluargaku.

ketika surat ini ditulis,Melaka baru sahaja menjadi Melaka Maju 2010.
mungkin selepas ini,Melaka telah naik taraf lagi.mudah2an.ketika ini Malaysia masih aman dan damai.syukur.
Tapi Palestin masih bermandikan darah para syuhada yang berani.orang-orang Islam masih ramai yang teraniaya di bawah kawalan bangsa asing.

ketika surat ini ditulis,aku masih merasakan hati aku belum dimiliki sesiapa.masih kosong seperti mana ia di'kosong'kan olehku dengan sengaja 7 tahun lepas.yang pergi tidak aku tangisi lagi kerana ketika ini dia hanya sejarah.dan aku berharap dapat mencipta sejarah baru.tapi tidak pasti lagi sejarah baruku itu bahagia atau merana sahaja.

ketika ini,aku masih sihat tubuh badan dan minda walaupun ada yang cuba-cuba bikin propa cuba buat kacau dalam hidup aku,tapi dia ibarat lalat kotor yang jijik di tempat buangan sampah.yang tidak perlu dihiraukan kewujudannya.hanyatahu mempalitkan najis melalui wadah yang disalahgunakan.

ketika ini diela,yah,sally,suresh,yan...atul masih ada sebagai temanku..tapi hari mendatang tidaklah aku dapat meramalkan.
ketika ini aku masih berani bermain api pada masa depan yang tak pasti..dan masih berharap ada jalan untuk rezekiku...

ketika ini,malam masih silih berganti dengan siang,masih lagi mentari terbit pada tempat yang sepatutnya..ketika ini bumi masih lagi terpaksi pada kedudukannya..masih lagi bintang dan bulan di langit...ketika ini,aku berharap..masa silam yang aku tingalkan demi sesuatu yang tak pasti dapat dilalui dengan penuh keberanian..

Inshaallah.

love,
Lara

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...