nuffnangku

Sunday, October 3, 2010

baru ku tahu rupa-rupanya..


masa kecik selalu fikir,orang berkahwin sebab cinta.mereka jumpa,suka ,jatuh cinta dan kahwin.masa remaja pun masih fikir macam itu juga.tapi bila sudah dewasa,dewasalah sangat,baru kutahu rupa-rupanya,tak semua yang kahwin itu mereka jatuh cinta pada awalnya.

ada yang merancang untuk berkahwin padahal tidak mempunyai cinta di hati.hanya yang ada 'sayang'.contoh:C bercinta dengan si A,bertahun-tahun.tunggu A masuk meminang,macam takkan pernah terjadi pun.umur pun makin meningkat,takkan nak tungu smpai umur 40 tahun baru nak kahwin kan.kebetulan B nak masuk meminang,terus setuju.maka,cinta yang disemai bertahun2 itu,terkubur seperti itu sahaja.C menikahi B.cerita tamat.

ada pula yang sangat-sangat mencintai orang lain,kira macam sanggup mati lah dek cinta itu.tapi lastly,selepas perhubungan itu tidak ke mana,terus memutuskan untuk menikahi orang yang ada di depan matanya walaupun tak cinta.fikir positif,mulakan hidup baru dan percayalah,pernikahan itu takkan terjadi.diulangi TAK AKAN terjadi,kalau Allah tidak menentukan jodoh kita dengan orang itu.Allah telah tulis dia adalah jodoh kita walaupun kita tak cintakan dia.rahsia Allah tak perlulah dipertikaikan.

ada orang,kecewa tertongeng-tonggeng dalam percintaan.tiba-tiba,perkenalan yang seberapa ketika telah membawa perhubungan itu ke alam perkahwinan.maka,positif jela.nak fikir-fikir atau menunggu cinta yang pergi itu untuk apa kan.

ada pula yang berkahwin kerana usia sudah meningkat.takut nanti lama-lama,tak laku.biasanya perempuan lah yang mempunyai perasaan seperti ini.atau bila melihat,kawan-kawan sekeliling,satu-persatu melayangkan kad kahwin,hati mula gusar sebab nanti semua dah bz ngn husband,maka,yang tak kahwin ini akan hidup kesunyian.

ada yang berkahwin sebab pasangan terlalu mengkasihi dirinya.maka,dia merasakan rugi kalau tak berkahwin dengan orang cintakan dia,dan untuk apa menunggu orang yang dia cinta/mahu.

perkahwinan itu dibina atas dasar cinta ke tak,tak penting.yang penting,bernikahlah kerana itu sunnah Nabi junjungan besar kita.dan yakinilah setiap urusan jodoh itu telah ditentukan oleh Allah.ayat-tak kenal,maka tak cinta,ada banyak betulnya.tapi kalau dah kenal,lagi tak leh nak cinta,banyak-banyaklah bersabar.yakinilah Allah tentukan jodoh kita sebab Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.jangan lupa itu.antara cinta dan sayang,perasaan sayang itu lebih kekal abadi.lebih membawa bahagia.


Firman Allah dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-2, ertinya:
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?”

kalau kita dipertemukan dengan pasangan yang bukan pilihan kita,ingat dan percayalah pada qada' dan qadar Allah.jangan sesekali terlupa.Allah menguji keimanan dan kesabaran kita dalam menangani soal hati.bersabarlah kerana hanya dengan sabar sahaja kita akan menemui apa yang kita cari.InshaAllah.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]
Nota:
: jadilah mukmin yang kuat.yang tabah.yang baik.yang kuat bukan bermakna,kau menang kalau bergusti atau kau yang paling hebat mengutuk orang dengan mulut kau.yang kuat adalah yang mampu bersabar dan yakin pada Allah.yang baik pula adalah yang tidak pernah mengangu hidup orang lain,tidak pernah menyakiti hati orang dan tak pernah memperlekehkan orang lain.

: biarlah orang bangga dengan apa yang mereka ada,asalkan kita hanya diam dan bersyukur dengan kaseh yang Allah berikan.
:jangan menyesali setiap yang datang dalam hidup kita.setiap yang terjadi ,ada sebabnya.tapi kadang-kadang kita je lupa nak bersyukur.

baruku tahu,rupa-rupanya alam jodoh dan pertemuan itu,rahsia bangat.hanya Allah yang tahu.Wallahualam.

1 comment:

  1. betul tu..jodoh adalah rahsia Tuhan. semakin kita bertanyakan kenapa dan alasan apa yg terjadi dlm hidup kita, kita tidak akan dpt jawapan nya. tapi one day, bila kita sudah sembuh, kita blh nmpk kenapa sesuatu perkara terjadi. kalau kita sudah usaha yg termampu, yg terbaik, tapi masih gagal dpt kan apa yg kita nak, kena terima yg itu bukan hak kita, milik kita. kena terima dan redha walaupun pedih.

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...