nuffnangku

Tuesday, October 12, 2010

10.10.2010

10.10.2010 : tarikh yang dinanti oleh sesetengah orang untuk mencatat sejarah dalam perjalanan hidup mereka.tapi bagi saya secara peribadinya,tarikh ini sangat menyedihkan selepas apa yang terjadi pada penumpang-penumpang Bas Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur.driver bas yang maut ditempat kejadian,adalah antara driver yang sering menjadi pemandu bas yang saya naiki dari Melaka ke Kuala Lumpur.saat menulis entry ini,saya masih dapat mengingati dengan jelas muka Ramachandra,52,pemandu bas Delima yang turut maut di tempat kejadian.

minggu lepas,hati saya terasa mahu pulang bertemu keluarga,tapi atas alasan tertentu,saya tak jadi pulang.kalau pulang,memang saya akan pulang ke KL semula dengan mengambil tiket pukul 6 petang,Bas Delima.saya suka Bas Delima sebab ia selesa.Tapi syukurlah,Allah masih mahu memanjangkan umur saya,mungkin kerana masih banyak tanggungjawab pada yang berhak yang belum saya tunaikan dengan sempurna.

mak saya call.

dia cakap 'syukurlah ko tak balik,kalau tak,tak tahulah apa akan terjadi.ayah ko pun cakap,syukur.'

Ajal maut,jodoh pertemuan,Tuhan yang menentukan.semoga mereka yang terlibat,ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.saya,memang sangat sedih,kerana ... hanya Allah yang tahu.Al-Fatihah.





(Bernama) — Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini Ahad.Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja’afar dan Hospital Melaka.– BERNAMA



















pic credit to:berita harian,myberita,ondscene

nota:
memang sebak.
semoga keluarga mangsa,tabah menghadapi takdir Allah.
Ya Allah,hanya Kau yang maha Mengetahui segala di langit dan di bumi.DaripadaMu kami datang,dan kepadaMu lah kami kembali.Al-fatihah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...