nuffnangku

Thursday, September 23, 2010

Jika Anda membuat seseorang bahagia hari ini, Anda juga membuat dia berbahagia dua puluh tahun lagi, saat ia mengenang peristiwa itu




Jika Anda membuat seseorang bahagia hari ini, Anda juga membuat dia berbahagia dua puluh tahun lagi, saat ia mengenang peristiwa itu (Sydney Smith)
dan janganlah jadi seperti api dalam sekam yang membakar dalam senyap untuk menyusahkan hidup orang lain.

kadang-kadang.
untuk membuat orang sekeliling kita bahagia,bukanlah susah sangat.hanya memerlukan sedikit usaha dan usaha itu akan berbaloi bila setiapkali dia teringat kenangan itu,dia akan tersenyum.sebab Tuhan telah menjadikan manusia ini dengan seindah ciptaan.Kita jarang melupakan perkara-perkara yang pernah menyentuh hati kita.perkara sedih atau gembira yang di alami akan dikenang sampai bila-bila.lebih mulia,bahagiakan sesiapa sahaja dengan nawaitu kerana Allah.adakalanya hanya dengan memberi sebiji coklat pada kanak-kanak malang yang ditemui di tepi jalan,boleh menjadikan hari yang bakal dilaluinya indah.walau mungkin dia tidak akan mampu mengingati hari demikian,tapi sekurang-kurangnya dia tahu bagaimana rasanya perasaan gembira itu.

dan selalunya kita lupa tentang ini.
di saat kita menyakiti hati orang.sampai bila-bila pun dia akan ingat.kadang-kadnag kita rasa kita berhak menyakiti hati orang hanya kerana kita rasa diri sendiri sudah cukup bagus,tapi kena ingat,kita bukanlah apa sangat kalau kita masih hidup dengan meminjam udara yang Allah bagi kita pinjam.masih makan dengan rezeki yang Allah bagi dan masih bernyawa dengan nyawa yang Allah pinjamkan.maka,Dia juga berhak mengambilnya bila-bila sahaja yang Dia mahukan.kalau kita tak sempat meminta maaf pada orang yang kita dah buat slaah tu,macam mana?nak ke jumpa dia kat padang masyar nanti,minta maaf?

membuatkan orang bahagia atau menderita kerana kita,dua-dua nya tidaklah susah mana sebenarnya.jadi,apalah salahnya jika kita memilih untuk membuat orang bahagia?setiap bahagia yang dirasa adalah pahala buat kita,seumpama rezeki buat kita.adalah 1 doa untuk kita.


Wallahualam.

Salam,
Lara.






                                       

2 comments:

  1. bahagiakan org je..kalau kite buat jahat kt org t kene kt kite blik..hehe g pon watpe nk dose free..baik amek pahala free..kan2? neway i dah follow blog u ^^

    eh2 i sukeeeeeeeeeeeeee lagu ungu ni..hehe

    pasal tips i diet tu..berkesan sgt2..sebab i dh buat kt diri i..tp jgn pksa diri..coz ade org yg tiru diet i..tp dia pening2..so bile i bgtau care btol..i bulan dia dah kurus da..tp jgn gve up lah! hehe

    nice to know ya!

    ReplyDelete
  2. hi dear..hehe..thnx sudi follow sy..sy slalu jd silent reader ur blog...klu x silap dlu blog u 'ciwiciwi' kan..then tetibe i xdpt cri URL u..but now,da jupe smule...suke bc ur blog...sbb simple n ntah,mmg suke...hehe

    ok2..sy suda cube follow ur tips.ahak.hope berkesan la.hahahaah...

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...