nuffnangku

Tuesday, September 21, 2010

6 golongan yang jangan dijadikan ISTERI | untuk bakal isteri dan bakal suami

sekadar untuk renungan bersama . sebagai bekalan untuk sesiapa pun yang bakal bernikah ,bakal tunang orang,single .



6 golongan perempuan yang jangan dijadikan isteri :
1.perempuan yang membanyakkan keluh kesah-tak pernah cukup dgn apa yang ada.
2.perempuan yang banyak mengungkit
3.perempuan yang bkenan pada lelaki yang lain-tidak setia
4.perempuan yang gemar memaksa lelaki/suami memenuhi semua kehendaknya
5.perempuan yg hari2 sibuk bersolek dgn mengabaikan banyak perkara
6.perempuan yang kuat berleter

semoga ia sama-sama memanfaatkan kita semua.InsyaAllah.

Nasihat Rasulullah kepada Lelaki:


“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kecantikkannya, keturunannya, hartanya atau kerana agamanya. Tetapi pilihlah yang beragama supaya dirimu selamat.”
 
kerana bila ada agama dan iman di hatinya,dia pasti sentiasa tahu batas diri sebagai seorang perempuan dan sebagai muslimah.
 
Sabda Rasulullah S.A.W:


“Wahai para pemuda, sesiapa yang sudah bersedia untuk berkahwin, hendaklah dia segera berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menghalang pandangan (kepada yang dilarang oleh agama) dan memelihara kehormatan. Dan barangsiapa yang tidak sanggup hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu adalah perisai baginya.”
 
kadang-kadang kita perlu tahu ada orang berkahwin bukan sebab dia terlalu cintakan seseorang manusia itu tapi kerana agama,kerana dia mahu dirinya terpelihara dari dosa.dia mahu hidup dalam lingkungan rahmatNya.perkahwinan walaupun adakalanya tanpa cinta,tapi percayalah jodoh pertemuan itu rahsia Allah.Dia sebenarnya yang telah menentukan semua ini.jodoh itu misteri dan proses hingga terciptanya jodoh antara suami dan isteri itu juga misteri.
 
Nikahkan dia dengan orang yang soleh. Kalau dia mencintai puterimu, dia akan menghormati dan membahagiakan dirinya. Jika tidak mencintainya, dia tidak akan menzalimi dan menyakitinya.”
 
 

2 comments:

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...