nuffnangku

Tuesday, August 31, 2010

rahasia hati



ini janji cinta pertama.yang tak pernah dilupakan sampai kapan pun.tetaplah teruskan perjalanan walau kadang-kadang kita sekarang ini bukan berada di perhentian yang kita mahu.tapi dari terus lelah meneruskan,lebih baik berhenti sahaja di perhentian ini untuk menghela nafas lega.

orang hanya tafsir apa yang mereka baca.apa yang mereka nampak.apa yang mereka dengar.apa yang mereka agak dan jangka.tapi mereka tidak pernah memahami cerita sebenar di sebalik semua yang mereka lihat/dengar atau ramal itu.setiap orang ada rahasia hati mereka sendiri.orang yang kelihatannya sangat mendambakan buah hatinya,adakalanya mempunyai rahasia hatinya sendiri yang tiada siapapun yang tahu melainkan dia dan Tuhan.dan orang terdekat,itupun kalau diberitahu.

rahsia hati tetap milik kita sendiri.orang lain takkan tahu apa yang kita selindungkan.perasaan kita,kita sahaja yang tahu.lagu ini saya dengar masa saya berumur 20 tahun dan saya dapat lagu ini dari Diaa Fariza.secara tak sengaja dan terus copy paste.lagu ini menyimpan terlalu banyak rahasia hati yang  tak pernah dan tak mungkin akan diceritakan pada sesiapa.ia tentang realiti sebuah hati dan realiti hidup seorang perempuan pada usia dia 18 tahun.:)

ok,saya rasa saya sebenarnya cuma nak kongsi tentang lagu ini.mahu pembaca2 yang disayangi(diulangi,disayangi sahaja ok!)mendengar dan memahami erti disebalik liriknya tapi seperti sudah melencong jauh-jauh pula.owh tidak!!~

saya suka bila ia terjadi pada usia 18 tahun.kerana saya tahu kisah itu benar.peristiwa itu istimewa.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...