nuffnangku

Wednesday, June 2, 2010

teman sepanjang hayat.

salam.
dalam hidup ini tak semua orang yang kita jumpa di awal pertemuan akan jadi peneman kita di akhir perjalanan nanti.LRT sampai.kita masuk.kadang-kadang agak tergopoh-gapah kita cuba menempatkan diri kita supaya kita tak terlewat sampai ke destinasi.kadang-kadang kita terlalu takut akan kelewatan dan ketinggalan ,maka kita berusaha memastikan diri kita secara terdesaknya bersesak dalam tren yang sememangnya sesak.bila berhimpit,panas dan kurang selesa,mulalah kita menyesal.kenapalah tak tunggu tren seterusnya.tapi itulah manusia.orang buat A.kita pun nak buat A.sebab kita taknak jadi terlalu pelik.macam contoh,orang seumur kita sudah berkahwin,kita pun mula gusar bila masih tidak kahwin-kahwin lagi.seperti keadaan tren yang sesak dan kita pun secara terdesak,cuba menempatkan diri kita dalam ruang yang semakin sempit itu.semata-mata tidak mahu ketinggalan.

inilah kehidupan.
berkejar melakukan itu ini sementara mampu.
sementara masih punya ruang dan kesempatan.
kadang-kadang LRT berhenti,kita pula terlewat mengejar.maka pintu automatiknya sudah tertutup.
selamat tinggallah jawabnya.kena naik tren seterusnyalah nampaknya.

dalam tren/LRT.
kita jumpa si A.berbual dan A sungguh menyenangkan hati.rasa sangat selesa berbual dengan A.dalam hati,secara diam-diam,berdoa agar perjalanan kita yang panjang ini akan di temani si A sampai ke destinasinya.
malang sekali,di pertengahan jalan,A punyai urusan lain.dia berhenti di stesen itu.dan kita?perlukah berhenti semata-mata tidak mahu kehilangan A?
tidak.hidup tidak terbina pada landas begitu.hidup ini umpama landasan-landasan tren itu yang mempunyai hukum panduannya yang dikawal.





B pula di sebelah kita.cuba memaniskan muka padanya.
hambar.
berharap dia akan cepat pergi dari sisi.
rasa macam menderitanya tidak mempunyai teman berbual yang hebat untuk mengisi sunyi sebelum sampainya destinasi yang di tuju.

C pula di kanan kita.
orangnya tidaklah terlalu peramah.tapi masih boleh dijadikan teman berbual.
sayangnya dia juga turun di stesen seterusnya.

B masih di situ.
biarpun langsung tidak menepati ciri-ciri teman yang kita mahu,tapi dia ada.
dalam kurangnya dia itu,ada lebihnya dia yang orang lain waima A pun gagal memenuhinya.
hidup ini seumpama LRT.
kita akan temui terlalu banyak manusia yang pelbagai ragam.namun antara mereka,siapakah yang akan menjadi teman sepanjang hayat kita?
mengharungi hidup bersama sehingga sisa2 hari terakhir?


perjalanan ini bukan sekadar mengharungi 1 hari yang payah dan sejuta hari yang bahagia.. realiti hidup tidak selalunya indah..ia seumpama mengharungi 1 hari yang bahagia dan seterusnya sejuta hari yang derita..siapakah antara mereka yang mampu ku jadikan teman sepanjang hayat?adakah yang ku temui nanti mampu menjadi temanku sahaja sampai akhir nanti atau masih seperti sekarang.di kirinya aku dan kanannya orang lain?hidup tak sepatutnya di hiasi dengan kekotoran ,babe!~

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...