nuffnangku

Saturday, June 5, 2010

rutin harian yang ........ blurggh..rindu zaman sekolah dan zaman universiti dulu.

rutin harian saya hari-hari sangatlah bosan.pagi pergi kerja.malam balik rumah.tengok tv sekejap dan on Facebook kejap dan bersiap-siap untuk tidur.kadang-kadang dah penat sangat ,satu hapew pun tak sempat buat.mandi-mandi dan terus tidur.esok bangun,pergi keje semula.adoyai.

kalau sabtu ahad pula,biasanya sabtu,saya akan ke opis.ok,bukan biasanya.hanya kebelakangan ini sahaja.ahad,hari bermalas-malas di rumah.tapi kadang-kadang,ada pula plan untuk keluar.rasanya dalam seminggu,rutin harian saya memang sangat bosan.usia remaja,hilang begitu sahaja.5 hari bekerja,strungle dengan kerja-kerja ofis sampai ke malam supaya kerja up-to-date dan daily.tak ada backlog.back-log bermaksud,kerja minggu lepas atau kerja semalam atau kerja yang entah berapa kurun yang tak dapat disiapkan.memang nahas lah jawabnya kalau kerja ada banyaaaakkkkkkkkkkkk back-log.mimpi ngeri wokeyh.

kadang-kadang bila melalui rutin yang semacam ini,rindu pula zaman-zaman remaja yang tak terikat dengan masa.rasa macam begitu bebas untuk melakukan apa sahaja.dulu masa sekolah,rasa benci pada sekolah sebab kena bangun pagi-pagi.lepas itu kena pakai uniform yang boring itu.lepas itu,kena jalan kaki pergi sekolah,sebab rumah dekat je dengan sekolah.bawa beg berat-berat(masa sekolah rendah).masa Tadika sampai darjah 3,saya pergi sekolah naik beca.Arwah Pakcik Nordin yang bawa.memang agak seronoklah juga naik beca.bukan naik sorang-sorang,tapi dengan beberapa orang budak sekolah yang lain.

masa itu lalu depan sekolah rendah(masa tadika) selalu berangan nak pergi darjah 1 cepat-cepat sebab nak jadi besar cepat-cepat supaya dapat pakai kasut tinggi(memang masa budak-budak panggil 'kasut tinggi'),nak jadi besar cepat-cepat sebab nak pakai gincu macam mak pakai.giler gedik kan.hahaha.bila dah naik darjah 1,saya rasa macam dah dewasa sangat.padahal darjah 1 je kot.hahah.bila mengenang itu semua,rasa rindu nak kembali ke zaman itu.zaman yang masalah terbesar saya hanyalah takut kena marah dengan cikgu,takut tertinggal buku latihan di rumah,takut ayah marah kalau main dengan kawan-kawan sampai maghrib,takut hantu purdah.haha.masa itu langsung tak tahu cinta itu apa.kalau orang sebut kat saya pun,mungkin masa itu saya fikir 'cinta itu macam gula2?atau macam aiskrim yang sedap?yang manis?macam itu ker?'

lepas itu ke sekolah menengah.pun masa terasa lambat berjalan.rasa macam alahai,tak sabarnya nak kerja.nak pegang duit sendiri dengan banyaknya.nak duduk KL dan tentu best duduk di Kota yang besar macam tu.yang disebut kolumpur.haha.rasa gah bila ada yang kata-minggu lepas aku pergi kolumpur dengan family.kami yang tak pernah pergi ini,hanya melopong sebab rasa budak itu dah cukup hebat.hahaha.masa ini telah mula kenal-kenal makna cinta.tapi cinta monyet.dan lepas itu hari-hari yang dilalui hanya berkisar tentang lelaki A ..lelaki B..lelaki C...dan entah sape-sape lagi.masa ini erti persahabatan itu betul-betul dijaga.pendek kata,biar kita kebuluran asalkan kawan baik kita kenyang.semuanya demi seorang sahabat.hehe.ada ker peribahasa macam ini?ini hanya rekaan.tett.selepas itu ada yang ke matrikulasi,ada yang ke tingkatan 6.atau buat diploma.masa ini hidup jadi semakin matang.sejak di sekolah rendah dlaam darjah 5,saya mula mengenali Fariza Mustafah.masa itu,kami tak rapat pun.

selepas itu,masa terus berjalan.makin lama makin laju.sedar tak sedar,zaman itu semua hanya jadi kenangan.pahit manis yang dilalui dijadikan satu memori dalam hidup.dan siapa sangka,memori yang dilalui zaman tadika,sekolah rendah,sekolah menengah dan zaman universiti adalah zaman yang terindah dalam ruangnya yang tersendiri.walaupun di dalamnya ada pahit manis nya namun semua itu sangat indah.

zaman universiti ,saya rasa sangat singkat.entahlah.mungkin kerna kita mencintai zaman itu,maka ia terasa sangat pendek.di sini saya belajar macam-macam.macamana untuk hidup jauh dari keluarga,macamana hidup bebas di bandar yang saya fikir kota yang best masa kecik-kecik dulu-kolumpur.HAHAHA.macam mana belajar berdikari dan berdepan dengan 9 orang housemate yang berbeza latarbelakang yang berbeza negeri dan macam-macam lagi.masa itu best sangat.rutin harian selalu berubah-ubah.kelas tak tetap dan tak padat.jadi kami sempat buat macam-macam aktiviti.kalau kelas pagi,tengahari sempat balik rumah,tidur dan tengok tv.malam keluar lepak-lepak di mamak or tempat-tempat yang best.esok bangun lewat.lepas itu ponteng kelas,dating atau pergi Times Square dengan housemate walaupun duit hanya ada 20 ringgit je.tapi masa itu,rasa macam duit dah cukup banyak dah.kalau sekarang,ada RM20 memang tak berani keluar.sebab rasa tak cukup.huhu.

lagi satu,lagi 2 hari nak exam,masing-masing baru jadi budak baik.jarang merayap.haha.tapi saat paling sentimental bila kami malam-malam dalam pukul 9 ,akan lepak tengok tv ramai-ramai.memang best bila sorang bagi pendapat,yang lain-lain pun turut bagi pendapat masing-masing.lepas itu ada gurau senda,usik-mengusik.memang best.hmmm.

di universiti ,saya mula kenal Airiena Diela,Nuril,Pieka,Azreen,Mas,Nana tingkat 11 ,Nana Sabah,lin,lia,zarin,shandy,Nisha(sekadar menyebut beberapa nama sahaja) dan ramai lagi.biasalah budak baru nak naik.baru kenal cinta dan macam-macam lagi.semua itu satu pengalaman yang banyak mengajar tentang erti hidup.selepas itu,kerja.dan inilah hasilnya.

adoyai.
sekarang saya bukan remaja lagi.
rindu zaman sekolah dan zaman universiti.
rindu pada rutin harian yang berubah-ubah.
rindu pada zaman bertatih mengenali cinta pertama.
rindu pada zaman nak jadi dewasa cepat-cepat.


*sekarang dah besar.tapi tetap tak pakai kasut tinggi-sebab tak suka dan sakit kaki.hahaha
*sekarang dah besar.dah boleh pakai gincu.tak perlu curik-curik pakai gincu emak.sekarang sudah ada gincu sendiri.

2 comments:

  1. kamu membuat aku turut sedih..:"(

    ReplyDelete
  2. hahaha...aku mmg kejam..klu sedih sorang2 mn best..kene la kongsi bsame2..hahah

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...