nuffnangku

Tuesday, June 8, 2010

memperbaiki manusia yang mengalami kerosakan.misi 'fix' hati dan jiwa manusia terluka.


bertemu dengan someone yang perlu kita 'fix' membuatkan kita tiba-tiba rasa macam genius kalau dapat mem'fix'kan orang itu.sila jangan tiru ayat inglish yg telah dimelayukan itu.sangat merosakkan bahasa.fix dalam bahasa melayu membawa maksud 'memperbaiki' atau 'repair' dalam bahasa inggerisnya.kalau kita gagal,maka secara tiba-tiba turut rasa macam loser.


setiap manusia ada kerosakkan masing-masing.manusia pun macam robot ke?tidak.tapi pengalaman hidup,dugaan ,cabaran ,persekitaran dan macam-macam lagi boleh membuatkan seseorang manusia itu jadi 'cacat' dan perlu diperbaiki.kerosakkan itu perlu diganti dengan alatan2 baru yang lebih bagus.yang mana karat,digilap sampai kilat dengan minyak agak lebih lancar.

sebenarnya itu hanya sekdar 1 metafora atau sekadar simbolik.putus cinta membuatkan kita mengalami kerosakan.trauma juga merupakan 1 kerosakan.kehilangan kawan atau family juga 1 kerosakan..di dera juga 1 kerosakan...yang jelas,setiap kerosakan itu berbeza dan cara merawatnya juga berbeza...

cuma di sini,saya sekadar berkongsi pendapat saya tentang 'fix seorang manusia yang pernah gagal dalam percintaan'adoi.macam jiwang je kan .tapi ini bukan pasal nak menjiwang-jiwang.hampir kesemua manusia dalam hidupnya menemui cinta.tahu cinta itu apa.dan ramai juga yang kecewa kerana cinta.cinta,sekadar 5 huruf tapi 5 huruf ini bukan calang-calang erti dan pengaruhnya.

saya pernah lihat,pernah kenal ramai manusia yang rosak kerna cinta.oh ye,di sini 'rosak' itu bukan lah membawa maksud hilang dara atau seumpama dengan itu.rosak membawa maksud-derita,luka,kesakitan,kurang kepercayaan pd dunia dan macam2 lagi kerna cinta'.saya pernah kenal,diri sendiri juga pernah mengalaminya.saya rasa kesan nya sampai sekarang pun tak hilang-hilang.bagitu teruknya panahan cinta.hehe.

kalau ditakdirkan kita bertemu dengan manusia seperti ini,rasanya dah menjadi 1 tangungjawab pada kita untuk menjadi mekanik untuk nya.haha.nak menjadi mekanik pada orang yang pernah kecewa dalam percintaan,bukan mudah.kita perlu jadi 2 kali ganda extra kuat untuk berdepan dengan mereka.bukan extra kuat yang bukan-bukan tu.extra kuat dari segi mental,minda dan perasaan.kena bertahan.sebab kalau tidak betul-betul,kita turut akan terpalit sama dan tiba2 turut menjadi manusia yang rosak itu.contoh,kita bertemu dengan A.A penah kecewa dengan kekasihnya dulu.dia memang cinta sangat sampai hati pun buta menilai erti cinta yang sebenar.duit gaji habis pada si kekasih.belikan perfume mahal2,belanja makan mewah2,belikan baju yang branded2,maklumlah si kekasih memang pisau cukur gilette .huh.buat loan dan kredit kad sampai bankrup semata-mata menatang si kekasih macam minyak hitam yang penuh.heh.hahaha.saja je cakap minyak hitam.ok lah,kita tukar jadi minyak masak.hahaha.

kawan-kawan nasihatkan pun taknak dengar.padahal kawan-kawan ada niat baik.tapi nak buat macamana kan,buta tuli.siap jadi musuh dengan bestfriend sendiri semata-mata kerna si kekasih yang konon angel bertopeng syaitan.setelah masa berlalu,diri ditingalkan kekasih sebab kurang duit dan paras rupa.itu alasan yang sebenar2nya tapi berlindung di sebalik reason klise seorang gilette.lepas ditingalkan,hidup makin terumbang-ambing.asyik terhegeh mencari kekasih gilette nya itu.si gilette pun apalagi,tahu2 je dirinya di cintai,mulalah datang kembali.mereka pun main tarik tali.padahal seorang sedang menjerut leher,seorang lagi macam master mind yang mengwal susun atur perjalanan orang yang dijerut.yang kena jerut itu,tentulah si bodoh yang buta hati itu.

takdir Tuhan.si pak turut itu bertemu dengan orang baru dalam keadaan yang tak terduga.hati jadi berbelah bagi.orang baru akhirnya tahu tentang semua cerita.ramai yang nasihatkan dia supaya tingalkan sahaja si buta hati.biar dia hanyut dalam dunia si gilette.tapi orang baru itu,rasa macam 1 tangungjwab pada bahunya untuk fixkan si buta hati supaya dia sedar diri.

si buta hati perlukan masa.mungkin bukan sehari dua untuknya kembali normal.memerlukan masa yang panjang.perlukan pengertian yang tidak bernoktah.bukan senang,nak membuatkan manusia yang pna kecewa itu,kembali normal.dalam tempoh itu,kita yang nak jadi tukang repair ni pun memang sakit dibuatnya.kena banyak bersabar,berusaha dengan gigih,berdoa banyak2,berserah dan bertawakal agar si buta hati jadi celik hatinya.kadnag-kadang dalam membuat seseorang itu sedar akan realiti,kita sendiri perlu korbankan hati dan perasaan.

seperti seorang ibu,yg mahu bayinya selamat.kalau terpaksa melalui pembedahan yang mengancam nyawanya dan risikonya adla setinggi 90 peratus pun,si ibu sangup demi mahu anaknya selamat.biar dia mati tidak mengapa asalkan si anak selamat.begitu juga dengan halnya memperbaiki hati seorang manusia yang pernah terluka.



bersabar.

harus tabah.

itu kunci utama.

mugkin akan mengambil masa lebih lama dari yang dijangka..

tapi takdir Tuhan,siapa yang tahukan.

sesiapa yang berdepan dengan kekasih yang masih mengingati orang lamanya,banyak-banyaklah bersabar.mungkin kita akan jadi manusia yang tiada perasaan,tapi kalau itu boleh menyedarkan seorang manusia yang lain,apa salahnya kan.memang bukan calang-calang orang boleh melakukannya.silap-silap mental kita pula yang sakit.tapi berserahlah pada Tuhan kalau kita memang dah tak boleh melepaskan tanggungjawab itu pada orang lain.haha.


dalam situasi ini,jika dia melepaskan A,A mungkin akan kembali dalam tawanan si gilette...dari itu terjadi,biarlah dia bertahan setakat yang termampu sampai A mampu bina hidupnya sendiri,berdiri kukuh tanpa gilette di sisi.ajarinya tentang cinta sebenar,celikkan kembali hatinya yang buta,tiupkan kekuatan hati pada si A agar dia boleh terbang tinggi,bukan lagi bermusuh dengan kawan sendiri kerna seorang keasih yang tak patut dijulang2.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...