nuffnangku

Tuesday, March 30, 2010

dugaan ..

mungkin bila kita makin dewasa,makin banyak perkara yang perlu kita fikirkan dan atur sendiri.maka,dugaan pun makin bertambah-tambah.tapi bila ia tentang diri sendiri dan orang luar cuba memandai-mandai mengaturkan itu ini,mesti rasa macam hak peribadi yang selama ini parents bagi dengan cukup lega tiba-tiba cuba dirampas oleh orang luar.adakah patut?sedangkan kita bukan budak-budak.apa kita buat,apa kita mahu,akibat dan keburukan tindakan itu semua kita yang perlu tanggung sendiri.orang lain tak perlu cuba-cuba mengaturkan itu ini.ini bukan pasal nak besar kepala tapi kalau nak pesan-memesan biarlah berpada.hati orang lain pun harus dijaga.tambah-tambah kalau family sendiri tu ada juga yang tak menjadi.dah kita berkawan dengan anak dia ,cuba bawa anak dia pada kebaikan,akhirnya kita pula yang dinasihat macam kita ni jahat sangat.

tensennya.
tak tahu nak buat macamana.
kalau anak dia memang baik ,memang hidup di landasan yang betul,tak mengapalah.
ini anaknya,kita dah cuba perbetulkan.cuba ikhlas bawa dia pada kebaikan.padahal dulu,masa dia berkawan dengan orang lain,lagi teruk dan negatif hidupnya.kawannya pun bukan baik sangat.malah memang tak bagus langsung.payah kot nak bezakan permata dan kaca bila dah bercampur gaul.
dah terlalu lama anaknya hanyut dalam dunia penuh pura-pura.dan dia,langsung tak tahu apa-apa.
dan anaknya pun memang menguji kekuatan dan ketabahan.
yela,orang dah terbiasa dengan hidup lama,nak perbetulkan semula,bukan mudah lah.


nasihat-menasihati itu memang Islam galakkan.tapi.biarlah turut menjaga hati pihak yang nak dinasihatkan.
ini mungkin dugaan.antara dugaan yang terpaksa dilalui.kadang-kadang tak tahulah sampai bila nak tahan.perangai si anak yang tak ada perasaan,tak serupa manusia normal dan hidup dengan sesuatu yang tak pasti.dan sekarang... hmmm,dugaan..oh dugaan..tak tahanlah nak menahan dugaan dan masalah yang makin lama makin sarat ni.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...