nuffnangku

Saturday, April 17, 2010

manusia semakin kejam!

hmmm.tak faham kenapa manusia semakin hilang nilai-nilai kemanusiaan.kalau tengok dokumentari ke National Geographic berkenaan haiwan,mesti rata-rata menunjukkan 'haiwan pun tahu sayangkan anaknya.' tapi manusia,yang ada akal fikiran,semakin lama,semakin hilang nilai pertimbangan.yang saya pernah tengok dokumentari tentang penguin dan cimpanzi.

penguin betina pada musim sejuk,akan keluar dari kawasan mereka itu untuk mencari makanan.manakala si penguin jantan,akan bertahan dalam sejuk dan salji,untuk mengeramkn telur mereka sehinggalah si betina pulang pada mereka semula sementara menanti telur tersebut menetas dan menjadi baby penguin yang cumil.betapa sayangnya mereka pd baby mereka.tapi manusia sekarang?hmm.

semalam tengok dokumentari tentang cimpanzi.si ibu mengendong baby nya yang telah mati ke mana-mana saja dia pergi sebab terlalu sayangkan anak-anaknya.sadis sungguh.tapi ibu manusia?ada yang tergamak mendera,membuang bayi dan ada yang sampai membunuh.hmm.cerita di bawah ni di ambil dari Harian Metro.
  dibunuh hanya kerana lebih mesra dengan ibunya.
NEW YORK: Seorang lelaki membunuh anaknya, Xiah, yang baru berusia tujuh bulan semata-mata kanak-kanak itu lebih mesra dengan ibunya.Pendakwa raya berkata, Larry Greene menengking dan menumbuk dada anaknya kerana bayi itu menangis ketika menjaganya di kediaman mereka di Queens. Xiah tidak bernafas beberapa minit kemudian dan meninggal dunia di Hospital Queens, kanak-kanak keempat yang meninggal dunia akibat didera ibu bapa dalam tempoh lima minggu.


Xiah memiliki kesan lebam di kepala, dua di leher dan lima di dada yang disahkan bekas tumbukan orang dewasa.Ibu Xiah, Cassandra Nady, meminta Greene, 20, menjaga anaknya di kediamannya di St Albans.

“Dia mendakwa anak saya jatuh ketika disusukan tapi hakikatnya jauh sama sekali,” kata Cassandra.

Pendakawa raya berkata, mereka memiliki rakaman pengakuan Greene yang mengaku memukul anaknya kerana marah Xiah lebih mesra dengan ibunya.Kakak Greene, Laquana Greene, 25, tak yakin adiknya sanggup melakukan perkara sekejam itu.

“Larry seorang yang baik dan tidak mungkin sanggup melakukannya. Ini hanya satu salah faham,” katanya.

Greene didakwa melakukan pembunuhan kelas kedua dan jika didapati bersalah boleh dipenjara maksimum 25 tahun.Pendakwaraya Queens, Richard Brown berkata, Xiah kanak-kanak kesembilan didera penjaga sejak sembilan bulan lalu.

“Tiada alasan terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan ini,” tegas Brown.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam satu kes lain, seorang lagi bayi mati semalam, empat hari selepas dia digoncang dengan kuat oleh bapanya di kediaman mereka.Jurucakap pasukan keselamatan berkata, Saul Cortez, 24, mengaku menumbuk Mario beberapa kali apabila anaknya itu tidak berhenti menangis.Kanak-kanak itu mengalami kerosakan otak yang serius, pendarahan hati dan beberapa tulang badannya patah.


Cortez yang sebelum ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membahayakan nyawa anak dan menyerang, kini mungkin dituduh membunuh kanak-kanak itu. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...