nuffnangku

Friday, March 12, 2010

i hate u high heels!~


kebelakangan ini tiba-tiba dilanda mood macam untuk jadi wanita yang sejati.eh,wanita yang sejati buat apa baru menjadikan diri mereka sejati?entah.cuma bagi aku,kalau dah namanya wanita,mesti akan memakai heels.tipu lah kalau tak pernah pakai langsung selama dah hidup di dunia zaman serba canggih ni.tapikan,aku paling benci pakai heels.sebab ia membuatkan aku jalan terkedek-kedek dan membuatkan kaki aku sakit.dan dah tentu lah aku jalan amatlah lembab.dan aku tiba-tiba nampak semua orang lebih rendah dari aku.owh,i hatee it.


tapi kan,kebelakangan ini,aku macam nak mencuba-cuba ke arah itu.so,apalagi pakai lah.bila dah pakai,mesti terdetik rasa menyesal.tapi esok tu,cuba lagi.lepas tu menyesal lagi.haha.minggu lepas,aku nak cepat sebab time tu dah puku 8.40 am.ade 5 minit je lagi sebelum 8.45 am dan sebelum setiausaha bos 'line' kan merah pada jadual kedatangan kitorang,memang kena cepat.kalau tak 'late coming'.huh.

masa keluar lift,aku tak tahulah di mana silap langkah kaki aku tu,my stupid mupid high heels tersangkut di celah pintu lift.tercabut terus dari kaki aku.lift tu penuh.penuh lah.adoyai.aku terpaksa bongkokkan badan untuk cabutkan tumitnya yang terlekat di celah pintu.huh.buat malu saja.

mesti orang dalam lift itu menyumpah aku sebab insiden itu mungkin membuatkan mereka jadi late coming.weee!~yela,opisku di tingkat 7.ada lg 4 tingkat yang perlu diredah.nasib baik,member opis aku yang memang dah tegur aku masa dalam lift tadi,turut tungu aku masa aku tgh cabut kasut tu di depan pintu lift.uwaaa.malunya.aku benci high heels.huh.i hate u high heels..

p/s:aku tabik springg kat sape2 yang memang lurvee high heels.aku pun lurve tengok high heels.tp aku tak reti pakai selalu and tak reti pakai untuk jangka masa yang lama...huhu..camne tu ek..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...