nuffnangku

Sunday, March 14, 2010

dulu dan sekarang-apalah yang ada pada nama ye tak?

dulu dan sekarang.memang banyak bezanya.padahal aku tak pernah lah pulak membuat 'transformasi' secara mendadak atau secara officialnya.haha.tapi betul lah kata orang,masa merubah manusia.manusia kadang-kadang berubah seiring dengan masa yang berjalan.masa kecil,sangatlah comel comot.dengan potongan rambut macam takleh bla(ini keje mak aku) dan dengan muka yang bila berposing pun entah macam apa,aku mengandaikan pada zaman aku kecil dulu,aku bukan kategori kanak-kanak comel.hehe.
                                              
kalau sekarang jumpa semula kawan-kawan sekolah lama,masa sekolah rendah dulu,tak ramai yang kenal aku.entah la.kadang-kadang macam sedih pun ada,sebab bila nak sapa mereka di Facebook kena sebut nama penuh yang sebenar,baru mereka kenal.tapi syukurlah,kurang-kurang mereka ingat lagi nama penuh aku.kalau di ikutkan di usia 20-an ini aku mula rindu pada kawan-kawan lama.mula rindu pada kenangan-kenangan masa di sekolah rendah.sekarang,aku berjaya jumpa beberapa dari mereka.dan aku rasa happy.masing-masing sekarang sudah mula membina hidup masing-masing.sudah mula mahu menjadi isteri/mak orang.hehe.

dulu,hidup lebih simple.tak perlu fikir masalah,tak perlu fikir macam-macam.dulu,kena fikir buku,cikgu garang(jasimah) dan hanya itu itu aje.tapi masa tu kalau tak siap kerja sekolah,memang cari nahaslah jawabnya.hanya perlu sediakan tubuh badan untuk di ratah oleh rotan cikgu jasimah.memang seram woo.aku teringin nak scan gambar time sekolah rendah dulu,tapi belum berkesempatan sebab scanner aku rosak :'(

dulu,aku sangat pendiam.tak banyak cakap langsung.tak tahulah kenapa aku mcm tu padahal kalau balik rumah,mulut aku la yang paling bising.dulu aku tak ramai kawan.tapi aku kenal semua orang.kot.haha.dan disebabkan aku sangat pendiam,aku memang tak ramai kawan.dan aku pun memang dilarang membuat perkara-perkara yang budak-budak zaman tu suka buat.macam masuk 'koir' sekolah.aku teringin sangat.tapi mak aku tak bagi.dilarang keras.haha.

masa sebelum sekolah,aku hari-hari kena tolong mak ayah aku berniaga di restoran mereka.kalau aku tak tolong,dan curi masa time tu untuk pergi bermain masak-masak dengan anak jiran belkang,memanglah aku akan kena cium pukul or membebel dengan mak ayah aku.tapi bila dah dewasa,aku macam bersyukur pula sebab sangup curi masa untuk pergi main masak-masak/kawen-kawen dengan anak jiran.jika aku tak buat semua tu,aku tak akan mungkin ada peluang yang macam tu lagi.takan bila dah besar macam ini baru nak main kan?bila dah besar,aku dah kena hidup secara realiti.kalau zaman kanak-kanak boleh bina angan-angan yang muluk-muluk.

masa memang banyak mengubah kita dari segi pemikiran,gaya hidup,perspektif melihat kehidupan dan macam-macam lagi.walau sejauhmana pun kita berubah,walau sebesar manapun kita berubah,nama kita tetap takkan akan bertukar.(kecuali u olls g tukar nama secara official lah).kita masih boleh dikenali walau hanya dengan nama.ayat 'apalah yang ada pada nama' tak patut wujud(hahaah)sebab nama itu memberikan makna yang besar dalam kehidupan.

2 comments:

  1. yep..aku pn category kanak2 x brape nk comel kecik2 dlu..=)

    ReplyDelete
  2. mawar-haha.kite senasib...tp...Tuhan tu adil..skg,kamu suda mendewasa sebagai gadis yg cun n vogue,nnti da jd ibu,lg vogue..hehe...mkin lama mkin cun..

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...