nuffnangku

Saturday, March 27, 2010

Bandung-Hari Kedua

hai,update tentang Bandung lagi.kali ini tentang hari kedua kami di sana.1st at all,me and arviena boleh pula bangun awal dari  masa yang di janjikan,gara-gara kami ter 'set' ikut time Malaysia.janji bertolak kul 8pagi(waktu indonesia).so,sepatutnya kena bangun kul 7 am(waktu Indonesia) ok.apalagi,saya dan dia pun bersemangat set alarm.memang kami bangun pukul 7am..tapi kan...itu 7 am waktu Malaysia la sayang oiii..waktu Indonesia baru pukul 6 am.uwaaa...orang lain tak siap lagi,aku dan dia dah tercongok.. siap suda.haahaha.
. Sarapan di Hotel Progo .

ni kali kedua aku minum.haha.sebab awal sgt aku n arviena gi breakfast td..
candid!~
kami semua.arviena as the photog.
ini nasi lemak.tapi kuahnya pelik,siap ade nangka masak lemak kot.jd saya mkn nasi,telor dan tempe bersama air kopi jee!~
. Pasar Baru .
ini tempat pertama yang kami singgah.tempat ini sesuai untuk bakal pengantin or peniaga yang mencari something yang lain dari yang terdapat di Malaysia dan dengan harga yang murah.memang berbaloi la.banyak pilihan terutama untuk kain baju pengantin,telekung,pakaian wanita seperti baju kebaya.dan semua ini didatangkan dengan pelbagai pilihan yang memang cantik-cantik belaka.owh ye,kebanyakan pic di bawah ini di ambil hanya 1 dari kedai2 yang terdapat di sana.so,ada banyak lagi kedai-kedai yang menawarkan kain-kain yang lebih cantik dan lebih hebat dari ini.

lambakkan kain dengan harga yang murah.
tengok kain yang dipegang Arviena tu.cantik kan?sesuai untuk dibuat baju bertunang yang simple.
ini juga.warna pink.sangat sweet..
kain ni memang murah dan coraknya sangat cantik. i like itt.....:)

amacam?betul tak saya kata?kainnya cantik2kan..yang penting,ia lebih murah berbanding Malaysia :)
ini antara kedai yang kami singgah berjam-jam lamanya..

ini pun cantik juga kan...
tengoklah timbunan kain-kain tu.untuk bride-to-be mesti rasa macam.. 'arghh..sukenye'.untuk hari pertunangan pun ok juga.tapi untuk yang memang mahu rasa glamer.

kain lagi...

warna ini pun cun juga.saya rambang mata.
time ni saya sudah surrender sebabnya-->sudah dapat apa yang dicari.wee!tengok air tin Coke yang saya pegang.kat malaysia xde lagi kan.
cik La dan Yus di celahan timbunan kain.hehe
cantikkan untuk dibuat baju kurung.
tengok kain yang dibelakang anis tu.cantik juga kan..
okey.lepas penat memborong di kedai tadi,we all jalan lagi di sekitar pasar baru ni.
entah apalah yang dibincangkan or di gosipkn oleh mereka *peace*
pelbagai pilihan baju
owh ye.jgn lupa bawa kalkulator.kalau tak,memang azab lah nak mengira.pening dibuatnya.huhu.tu belum lg tersilap bagi duit.haha

banyak kali terjadi ok.banyak kali!!.haha.sampai di kaunter masa nak bayar,tetiba jadi blank*.tetiba tak tahu nak bagi berapa banyak duit yang sebenarnya pada cashier.tapi kan,biasanyalah kan,mereka akan membantu kita mengira berapa duit yang perlu diberi.sebab kadang-kadang terkeliru dengan amount yang mcm lebih kurang dan warnanya pun seakan-akan sama.mcm contoh-10 ribu rupiah dan 100 ribu rupiah.or kadang-kadang silap bg duit.sepatutnya cuma 17 ribu rupiah.tapi terbagi 170 ribu rupiah.ngee!~ banyak bezanya.banyak giler.

. Distro Street .
banyak pilihan pakaian untuk lelaki.yang stylo dan agak indie.arif dan asyraff lovee it.
di distro street.

pelbagai pilihan baju untuk perempuan pun ada.

sorry,pic agak blurr :)

seluar..
arviena di hadapan salah satu kedai yang terdaapt di Distro Street.
ok,saya pun nak tumpang glamer.haha

UNKL.baju-baju yang di jual under this brand memang terbaik...rasanya ramai lelaki di Malaysia yang mencitai /suka this brand.
pintu masuk UNKL
Invictus .urban setter shop .
pemandangan dari luar
di sini kedai-kedainya macam konsep rumah teres.sebenarnya memang di Bandung mereka buka factory outlet dan kedai2 seperti rumah teres.setiap kedai ada pagar.tahu kan macamana rumah teres?antara 1 rumah,di pisahkan dgn pagar n ada halaman mereka sendiri.hmm,macam tu la juga dengan kedai-kedai di sini.

Di sini,kedai-kedai baju,aksesori,tas,kasut di buka di kawasan-kawasan yang bukan pusat bandar.semuanya di buka di kawasan-kawasan seperti rumah teres.tapi yang bestnya,mereka tidak akan kekurangan customer sebab memang budaya di sana,gaya mereka shopping mcm tu.macam contoh: sy nak pergi beli handbag.so kenalah pergi Rumah Tas.nak beli kasut,di tempat lain pula.dan tempat-tempat ini tak sesak sangat dengan manusia.haha.kadang-kadang kita pun tak tahu itu rumah or kedai.yang membezakan cuma kalau itu kedai,ada signboard.kalau tak ada signboard,tak berani pula nak pegi.sebab memang rupa rumah habis.klinik pun sama juga.hehe.
. Pusat Jeans Original .
Di Toko 3.kedainya nampak macam kedai biasa je.tak ada pun nampak tanda-tanda 'original' seperti terletak di tempat yang berhawa dingin,pintu tertutup dan sebagainya.kedai ni macam kedai biasa je.tapi di sini terdapat jeans-jeans yang original. :)
Levis jeans.

ini di ruang dalam
di pintu masuk

pemandangan dari luar.

ok,dont try this at home.*hahahaa*.
selepas itu kami singah semula di pasar baru untuk beli alat mekap dan iron for hair.
. Kampung Daun .
perjalanan dari bandar ke sini mengambil masa 1 jam.memang jauh la kan.tapi saya suka tempat ini selepas kali pertama datang ke situ sept 2009.so kali ini saya bawa mereka ke sini.owh lupa.saya memang pencinta alam..........Kampung Daun ni adalah 'Gallery Culture Cafe'

Kampung Daun ni memang besar dan sangat di penuhi dengan tumbuhan2 menghijau seperti paku pakis dan lain2.
tengok.siap ada macam pentas yang macam bleh dijadikan pelamin.haha.merepek.

di pelamin tu la kami duduk
di pintu masuk

ini masih lagi di pintu masuk.siap berposing lagi.:)
di pintu masuk.

macam masuk dalam hutan kan.sejuk dan dingin je tau.
kami sedang memilih menu.
menu makanan .macam-macam ada.
western pun ada
sementara menanti makanan sampai,sempat lagi beristirehat.haha.siap baring tu.
Nasi Kukus Kampung Daun
Nasi Goreng Seafood
istimewa dari kampung Daun-air 3 warna/rasa.lupa nama la.haha
di depan tempat salah satu tempat mkn.
belakang tu air terjun tau
nampak tak air terjun tu.i likeee..
macam taman rekreasi kan..
kena ketuk benda ni untuk panggil waiter/waitress.
damainya.
cantikkan bunga tu.semua hidup subur di sini sebab sejuk
pelbagai paku pakis.
malam,kami tak ke mana-mana.dah penat.tapi asyraf,diela,yus dan arif sempat berjalan-jalan di sekitar hotel tempat penginapan kami tu,mereka terjumpa satu cafe-Cafe Progo.kan dah kata,kena pandai cari,baru jumpa.sebab susah nak bezakan rumah or premis perniagaan.dan mereka kata kopi tu sangat sedap.ok,saya rasa rugi tak follow.tapi masa mereka menikmati kopi enak itu,saya dan yang lain-lain sedang berkemas-kemas dan ada yang sudah di buai mimpi.hehe.ok,ada lagi update tentang bandung.itu akan jadi entry terakhir tentang percutiaan saya di Bandung.tunggu ya..

2 comments:

  1. ah itu sih blom seberapa dari bandung masih banyak lagi tempat2 yg seronok/bagus dibandung...kami siap koq meng-guide kalian kalo mau lebih cozy lagi menelusuri kota bandung.. caio.

    ReplyDelete
  2. hye eddict.silalah sharing di mana lagi sih saya boleh datang melawat?sebabnya saya suka banget dengan bandung..

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...