nuffnangku

Friday, February 26, 2010

untuk bakal zaudj ku..


macammana mahu tahu orang yang kita cinta itu adalah jodoh kita?hmm..honestly,saya pun tak berapa tahu sebab selagi saya belum kahwin,saya tidak boleh memberitahu orang yang ramalan-ramalan saya adalah tepat.ha ha.tapi kalau sudah buat istighkharah,hati kita akan lebih ringan untuk pilih jalan mana yang perlu dipilih.

so,semacam apapun dugaan yang datang,kalau teruk-seteruk puting beliung pun,kita macam akan tetap 'stick' dengan dia macam sudah tidak boleh berpisah.dan walau apapun yang jadi,kita macam dapat rasa dia tetap akan ada.rasa macam takkan hilang dia la dari hidup kita.yeker?entah.hal ini akan saya buktikan selepas saya kahwin nanti.hehe.selagi tak kahwin,tak leh nak sukat sejauhmana benarnya perasaan itu.

ok,ini ada 1 doa yang saya jumpa dari 1 blog yang saya singgah.tapi saya lupalah pulak blog sape. T__T

Wahai bakal zaujd ku,
Ingin aku bertanya perihal dirimu,
Bagaimanakah keadaan iman dan amal solehmu tika ini?,

Wahai mujahid,
Selepas aku melihat engkau di balik hijab istikarahku,
Aku sungguh gembira dan tak henti-henti mengucap syukur,
Gembira kerana aku bakal memiliki rijal yang hebat,

Tapi aku juga takut…..
Takut kau alpa dan leka dalam dunia yang fana…..
Takut kau tergoda dengan nikmat yang sementara.

Aku bukan wanita bercita rasa tinggi,
Bukan ingin dimanjakan dengan wang berjuta,
Bukan ingin tubuh disaluti sutera dan permata,
Kerana ianya tiada nilai di sisi khaliq yang maha Esa,
Hanya iman dan taqwa yang akan dilihatNya.

Sebelum kau menyambut akad dari walid kesayanganku,
Aku ingin kau berjanji,
Berjanji yang kau akan menjadikan aku wanita yang paling bahagia,
Berjanji denganku yang aku akan dijadikan pembantu di sayap kiri perjuanganmu,
Berjanji bahawa kau akan mengejut aku di malam hari untuk tahajud dan mendamba cinta pada Allah,
Berjanji bahawa kau akan menghidupkan sunnah habibullah di teratak kita,

Wahai kekasih Allah,
Aku bersedia menjadi zaudjah mu,
Kerana aku tahu kau adalah pilihan Allah buatku,
Aku tak lupa akan janji kita di luh mahfuz sana,
Tapi jika Allah takdirkan kita tidak berjodoh di sini,
Barangkali kita akan bertemu di kerajaan akhirat nanti,

Usah khuathir akan diriku,
Letakkan aku dalam jagaan Ar-Rahman,
Percayalah bila tiba waktu dan masanya,
Kita pasti akan bersatu jua…..

siapa jodoh kita,hanya Allah yang tahu.lakukanlah istigkharah,dan jawapannya akan buat kita lebih tenang.kerana jawapan itu bukan jawapan dari manusia biasa,tetapi jawapan dari Allah.Jika Allah memberikan jawapan yang kita cari,Dia telah melimpahi kita nikmat sebuah kasih sayang.Jika Dia menanguh jawapan untuk kita,itu tandanya Dia mahu kita lebih bersabar.Jika tidak menemui jawapan langsung dari istighkharah, itu tandanya Dia mempunyai perancangan lain yang lebih sempurna buat kita.

tapi.tidak ramai yang berani beristighkharah.aku akuinya.kerna jawapan yang bakal diterima nanti adalah jawapan yang final.tetapi percayalah,Allah lebih mengerti.pesanan ikhlas untuk diriku sendiri dan semua yang membaca.
untuk lelaki yang bakal menjadi suamiku.
"aku tidak tahu siapa kamu yang akan dipilih Allah untuk menjadi pemimpin dunia dan akhiratku.
walaupun gerak hatiku kuat mengatakan kau adalah takdirku.
aku perempuan biasa.miliki kelemahan untuk kau penuhi dgn kelebihanmu.
aku punyai kekurangan untuk kau isi dengan sabarmu.
aku minta sebuah cinta yang suci dari seorang lelaki yang bernama suami untukku yang kau pilih sebagai isteri.
biar apapun alasan diriku dipilih untuk menjadi pendamping dunia dan akhiratmu tidaklah aku ketahui,tapi
aku percaya ini adalah jodoh.dan inilah kehendak Allah yang Esa.

Bakal Suamiku,
izinkan aku mencintai dirimu bila tiba saat kau sah menjadi suamiku hingga akhir hayatku.
aku akan tetap setia di sisimu dalam susah dan senang..
mengharungi apa sahaja saat mengharungi susah payah duniawi bersamamu..
dan berusaha bersama menuju akhirat..."

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...