nuffnangku

Saturday, February 13, 2010

kerana cinta itu..


cinta itu apa?cinta itu entahlah.cinta itu boleh menjadi apa-apa sahaja.cinta itu definisinya sangat meluas sekali.sampaikan ada yang berjanjikan bulan dan bintang untuk si kekasih.oh,itu zaman dulu-dulu.zaman sekarang hanya berjanjikan emas segala.haha.ok,tak semua.

ini sekadar suka-suka.saya ambil dari semua sumber.ini secara randomly.tahukan apa maknanya random?rawak.secara bebas.men amik je.kisah cinta yang ada ini hanya sekadar sebuah cerita yang dikongsikan bukan dengan niat untuk bergosip atau apa-apa niat buruk.ini hanya sekadar cerita.sekadar cerita.sharing is caring.haha.yela tu.


kisah pertama.
cinta itu memang ada makna walaupun nampak macam tak ada.dia sayang orang itu.tetapi kerana masa depan dan mahu hidup yang lebih bererti,dia menerima orang kedua.orang kedua itu padahalnya telah datang dulu dalam hidupnya.cuma bezanya,dia tidak suka hidup berjauhan.orang yang kedua itu sangat jauh dari dia.macam-macam dia kena buat sendiri.dia kan perempuan.dan dia jumpa orang ini.yang menjadi peneman setia dia.akhirnya bertahun bersama dengan orang ini,dia harus kembali pada dasarnya yang dia telah membuat janji dengan orang yang kedua itu.tiada apa-apa alasan yang harus diberi kerana orang disana hidupnya lebih stabil,lebih matang,lebih disenangi family.orang di sini masih hidup dengan sambil lewa.tidak fikir tentang masa dpean.tidak fikir itu.tidak fikir ini.dan dia,kerana dia seorang perempuan,dia telah di ikat dengan janji tanpa pengetahuan orang di sini.tapi akhirnya orang di sini tahu juga.tapi masih dapat menerima dia kerana cinta.dan sekarang,dia dalam kesedihan dalam meniti hari bahagianya.kerana yang dia cinta itu bukan orang di sana.kerana yang dia cinta itu adalah orang di sini.kerana dia seorang perempuan,harus mencari masa depan yang lebih terjamin.kerana dia seorang perempuan,dia terpaksa memilih yang terbaik.dan kerana aku juga seorang perempuan,aku tidak mengatakan dia salah tapi tidak juga mengatakan dia betul.kerana aku seorang perempuan,aku memahami sesetengah hal yang mungkin sukar difahami..kerana cinta itu bukan semata-mata bersama dengan orang yang kita cintai sahaja.

kisah kedua.
cinta itu macam sangat susah untuk dirasai lagi.pernah mengalaminya sekali.tapi lepas itu,hati macam rasa dah tak ada rasa.aik.ape aku cakap ni?haha.takdir dia untuk bertemu dengan macam-macam rupa bentuk
manusia.sampai akhirnya dia tahu orang itu adalah yang terbaik untuk dia.sebab hanya orang itu yang sudi memahami dirinya dari dulu sehingga ke hari ini.menerima dia dalam semua situasi dan keadaan.tapi mungkin kerana mereka berbeza,maka dia rasa macam 'ah boringlah dia ni' tapi sebenarnya orang yang boring inilah yang membawa cinta sejati untuk dia.dan kehadiran orang yang kedua ini memberi dia 1 rasa yang sangat dia cari-cari selama ini.dia mahu rasa itu kerana itulah cinta.tetapi kerana antara cinta dan sayang,sayang akan menang.percayalah.cinta sahaja tidak cukup untuk membina masa depan.kita perlukan 'sayang' untuk meniti hari depan.maka atas kerana itu,dia memilih orang itu walaupun orang yg dia cinta juga sangat menyayangi dia.cinta,tidak semestinya saling memiliki.selepas melangkah ke 1 tahap nanti,cinta itu harus dilupakan terus.dan perlu menyemai cinta pada dia yang telah mengikat janji dengan kita itu.bagi aku,dalam hidup yang hanya sekali,seharusnya kita mencari orang yang benar-benar mampu mencintai kita tanpa jemu

kisah ketiga.
saling kenal pada tahap umur terlalu muda.dalam meniti hari demi hari,terlalu banyak dugaan yang harus dilalui.segala baik buruk masing-masing sudah tidak ada rahsia lagi.namun cinta itu masih terlalu kukuh hingga apapun kesusahan yang dihadapi masih juga mereka bersama.tapi kerna halangan dari orang-orang  yang dia sayang,dia terpaksa bertahan.Dan terpaksa menerima hakikat jika jodoh mereka tidak tertulis untuk bersama biarpun telah bertahun mereka masih bertahan.tetapi percayalah jika itu adalah jodoh,pasti akhirnya akan bersatu semula biarpun berjuta halangan terpaksa di hadapi.dulu dia menjadi pendorong pada cintanya.memberi semangat,kekuatan dan sokongan dari segi mental dan duit.tapi perlu di ingatkan,cinta mereka tidak terbina atas dasar material.setelah masa berlalu,cintanya pula harus memain peranan.sebab biasalah hidup sekejap di atas,sekejap di bawah.cinta itu saling setia dalam susah dan senang.bukan cinta namanya jika seorang sedang bersusah,seorang lagi pergi meninggalkan pasangannya.bukan.

kisah keempat.
cinta itu membunuhnya.dia cintakan orang itu tetapi tidak dapat bersama dengan orang itu.kerana dia dan orang itu,kehendak mereka berbeza.titian/jalan hidup mereka juga berbeza biarpun dulu pernah hampir serupa.tetapi setelah masa berlalu,dia tahu cinta ini tidak membawa dia ke mana.tetapi itu kata akalnya.hatinya?masih lagi tidak dapat membuang si cinta hati dari hatinya.semasa bersama,dia sebenarnya derita,langsung tidak bahagia kerana cintanya itu umpama si kupu-kupu.mahu terbang bebas tanpa komitmen.tapi kerana cinta,semuanya diturutkan.biarpun dirinya hanya menjadi boneka.biarpun dia seperti digula-gulakan oleh si cintanya.bila susah dan tersepit,mulalah si cinta datang meminta simpati dan dia pun melembutkan hatinya mengikut sahaja kehendak si dia yang segalanya harus yang terbaik maka dia pun tidak kisah berkorban apa sahaja demi si cinta.dia rela menderita.sedangkan si cintanya tidak pernah menghargai dia.takdir dia telah membawa dia bertemu dengan seseorang yang baru.tetapi adakalanya dia merasakan begitu susah untuk terus bersama dengan orang yang ini kerana dia tetap cinta pada cintanya.bagi aku,jika sememnagnya sudah ada yang lebih terbaik,maka harus di tungu lagi pada cinta yang tidak pernah membahagiakan.bahagia yang sekejap tetapi membawa duka yang bertahun.untuk apa kan.

kisah kelima.
cinta ini juga membunuh si dia yang kelima dalam kisah ni.dia mahu yang terbaik.kerana bagi dia,istilah cinta itu adalah sangat suci.dia mahu cinta yang membuatkan dia bahagia.tetapi setelah masa berlalu,sedikit demi sedikit cinta dan sabarnya teruji.masa depan dia seperti tidak bersinar lagi.impian masa depan dia juga seperti telah hilang entah ke mana.dia masih bertahan kerana dia mahu cintanya itu sedar tentang keikhlasan dia.tetapi sampai bila jika si cinta masih buta hati dan buta mata.dia cinta tetapi jika cinta itu hanya membuatkan dia terus kecewa,terus terluka dan terus terabai,dia juga harus cari bahagianya sendiri kan.si cinta yang tidak pernah menghargai dia membuatkan dia adakalanya jemu untuk bertahan.dia juga manusia.mahu disayangi dan di cintai tapi jika hanya dia yang bersusah payah mencinta tapi cintanya itu mencintai yang lain,semua itu sia-sia.jika akhirnya dia membina masa depan dengan cintanya itu juga,mungkin dia masih tidak akan bahagia.bukan hanya kepentingan tapi juga keegoan pun telah dia korbankan untuk cintanya.dia menderita dan sakit atas semua perbuatan si cinta pun tiada siapa yang dpt memahaminya.cintanya masih lalai dengan kisah lalunya.kisah ini seperti tiada jalan ke arah yang lebih bahagia jika yang ini masih syg yang itu dan tidak mempedulikan dia.bagi aku,kerana cinta itu sendiri sulit untuk difahami,sungguh risiko mencintai orang yang tidak mencintai kita.fikirlah sebelum semuanya terlewat.


* cinta itu pelbagai istilah dan pengertian.hargai cinta jika kita masih mampu rasai cinta.setiap yang berlaku seharusnya mempunyai alasan yang kadangkala akal kita mungkin tak mampu untuk perasan .. kerana cinta itu sukar di mengertikan .. sulit untuk difahami logiknya .. kerana cinta itu .. adalah cinta ..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...