nuffnangku

Saturday, February 27, 2010

Budak 3 tahun mati di dera kekasih ibunya.

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali malam tadi.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Affandi Yahya berkata mangsa yang dikenali sebagai Sapiah, sebelum itu dibawa oleh teman lelaki ibunya itu ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa kanak-kanak malang itu mati kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Beliau berkata lelaki yang berusia 28 tahun itu datang bersama seorang rakan lelaki dan kemudiannya meninggalkan kanak-kanak yang sudah tidak bernyawa itu di wad kecemasan kira-kira pukul 8.30 malam.

"Ketika jururawat hendak bertanya lebih lanjut mengenai kemalangan itu, mereka kemudiannya melarikan diri dengan mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan.

"Kira-kira pukul 11 malam, pihak hospital menghubungi kita dan hasil semakan, tiada sebarang laporan diterima mengenai kemalangan jalan raya dan hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa mendapati mangsa dipercayai mati akibat didera,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Norel Azmi berkata hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan di tubuh badan selain luka-luka di dagu, lebam di perut serta bawah telinga dan dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Beliau berkata polis kemudiannya menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi kira-kira pukul 3 pagi tadi bagi membantu siasatan.Mayat kanak-kanak malang itu akan dibedah siasat pukul 3 petang nanti.

Ibu mangsa dan teman lelakinya itu difahamkan mempunyai hubungan sejak enam tahun lalu dan mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan mereka.Ibu mangsa, yang merupakan ibu tunggal dan berusia 20an itu juga mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinannya, kini dirawat di Hospital Kuala Kubu Baru selepas dilaporkan pengsan akibat terkejut dengan berita kematian anaknya.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------
bengang giler!marah!sakit hati dengan si pendera.mana pergi nilai kemanusiaan?mana pergi sifat manusia dlm diri dia?apa dosa si kecil ni?dia baru berusia 3 tahun.3tahun,ok.kalau dia buat salah pun,tak salah pukul untuk mendidik,tapi bukan pukul macam kau pukul si penyamun ke perogol ke.dia pada usia yang seperti ini harus di manjai,di didik,di belai,di peluk cium dengan penuh kasih-sayang.bukan di dera hari-hari!aku tak faham kenapa manusia yang macam ini pun masih wujud di bumi ini.

kalu kau rasa budak ini membebankan kau,kau bagi aje pada orang yang nak.di luar sana masih ramai lagi suami isteri yang sentiasa berdoa meminta zuriat pada Allah.kau dah dapat budak sempurna mcm ini pun nak dera2...aku memang marah dan bengang.even aku ni belum kahwin tapi aku sayang kanak2..aku tengok haiwan kena dera pun aku jadi marah n boleh menangis.inikan pula bayi secomel syafiah ini.

aku harap si pesalah di beri hukukman yang setimpal...di dunia dan akhirat.dan aku tak faham kenapa ibu mangsa mendiamkan diri je selama ini padahal syafiah ini boleh dikatakan di dera hari2.hari2!!astagfirullah al-azim!

untuk lelaki di luar sana,jangan sesekali angkat tangan pada pasangan/kekasih/isteri/anak2 even tujuannya untuk mendidik.kalau perlu pun,cukuplah bila benar2 memerlukan sebab bila dah terbiasa,semua bende pun kau angkat tangan dan guna alasan bodoh-tujuannya untuk mendidik!

2 comments:

  1. orang kat padang permainan tu pun bodoh....takut sangat...nak tahan orang yang belasah budak ni...sepatutnnya semua yang ada patut di bunuh juga kerana lemah dan tak penakut depa semua tak layak hidup sebab buat tak tau je tengok budak kena belasah

    ReplyDelete
  2. mmg pun kan...tp paling sadis,budak ni terlalu kerap di dera...mmg si pendera ptut dikenakan hukuman y berat...

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...