nuffnangku

Friday, January 1, 2010

HAPPY NEW YEAR 2010 !!~

Salam Tahun Baru.Selamat Tinggal 2009...dan selamat datang 2010!yang pasti,aku bsyukur kerna masih diberi kesempatan untuk terus melalui tahun 2010 ini.InsyaAllah.

Aku tak sambut pun New Year ni.sbb dari dulu lg,aku mmg x celebrate pun.just 1 kebiasaan yg aku lakukan setiapkali berada di ambang akhir tahun adalah mengenang semula semua impian dan cita2 yg masih tidak tercapai di tahun 2009.mengenang semula,adakah tahun ini masih tjadi magis dalam hidupku atau masih dgn mimpi2 yg sukar ditunaikan?aku sesunguhnya melalui tahun 2009 ini dengan segala susah payah.tahun 2009 ini adalah tahun penderitaan. mungkinkah?

Dan aku juga akan pk..sebenarnya dah lama pk,tp malam tahun baru,aku akan 'highlight' mana2 cita2 dan impian2 yang tersangat penting untuk ditunaikan..rasa2nya tahun ni aku bakal membuat perubahan.biasalah,hidup perlukan perubahan bukan.tidaklah kita hidupyg sebenar2nya andai tiada perubahan langsung!~

aku berharap tahun ini setiap langkahku akan di iringi kebahagiaan dan kedamaian.aku bermohon agar dijauhi dari manusia2 busuk hati yg suka sangat gangu life orang lain.tidakkah mereka ini takut akan hukum karma Tuhan?ntahla.

aku harap tahun ini,teman2 ku menemui kebahagiaan dan kejayaan yg mereka impikan.azam aku rasanya tahun ni lagi banyak dari tahun lepas.hhaaha.tp biarlah rahsia ok.tak lama lg usiaku makin meningkat.aduh.aku tak suka!~

hmmm.
salam tahun baru utk semua yang di ingati..disayangi dan dikasihi selalu.
terima kasih sebab membuatku tersenyum dan bahagia sepanjang tahun 2009.
tanpa kalian,aku tak mungkin mampu tersenyum.semoga tahun akan datang ini,akan lebih membahagiakan kita.InsyaAllah.

salam tahun baru juga utk yg melukakan hatiku-terima kasih juga.tanpa kamu semua,aku tak mungkin menngerti bagaimana rasanya hidup di khianati dan dilukai.dan aku tak mungkin tahu,sebenarnya di luar sana ramai giler bitch atau sahabat yg seperti musang berbulu ayam dan manusia yg nampak baik tp sebenarnya jahat giler..itu semuanya byk mngajarku tentang bagaimana membezakan manusia buruk dan manuisa mulia!~

aku mahu melalui 2010 dengan positif.INSYAALLAH.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...