nuffnangku

Saturday, January 30, 2010

Doa Untuk Seorang Bakal Isteri


sekadar berkongsi.saya temui doa ini di antara salah satu blog yang saya singgah.saya post di blog ini untuk para wanita yang bakal bergelar isteri atau perempuan2 yang satu hari nanti pasti akan bertemu jodohnya jua.sama2lah kita memanfaatinya untuk life kita.InsyaAllah,Allah lebih mengetahui apa yang terbaik.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Kau ampunilah dosa yang telah ku perbuat..
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas..
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal..
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan..
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista(fitnah/tipu)..
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu..
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah,
Sekiranya Suamiku/Bakal suamiku ini adalah pilihanMu di Arash..
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya..
Sekiranya dia ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titianMu..
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya..
Sekiranya dia ini adalah bidadara untukku di Al-JannahMu..
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya..
Sekiranya dia ini adalah yang terbaik untukku di duniaMu yang sementara ini..
Peliharalah tingkahlaku ku serta kata2 ku dari menyakiti perasannya..
Sekiranya dia ini jodoh yang dirahmati olehMu..
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Ya Allah..
Kau tungjukkanlah aku jalan yang terbaik untukku mengharungi segala dugaanMu..
Sekiranya dia tergoda dengan keindahan duniaMu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya dia masih tunduk pada perkara2 yang melalaikan..
Kurniakanlah aku sedikit kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya..
Sekiranya dia masih mencintai kesesatan..
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..

Ya Allah..
Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Dan Maha Pengampun atas segala kesilapan dan keterlanjuranku lidah dan sikapku..
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai..
Sekiranya nanti aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan di akhiratMu..
Sekiranya aku engkar dan derhaka..
Berikanlah aku petunjuk ke arah jalan benarMu..

Ya Allah ..Sesunguhnya..
Kuatkanlah hati dan semangatku..
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu..
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami..
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu..
bimbinglah aku untuk menjadi isteri solehah..

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan..
Kerana aku pasrah dgn dugaanMu..
Kerana aku sedar hinanya aku..
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru..
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu..
kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu..
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu..

Ya Allah..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati..
Isteri yang dikasihi...
Isteri yang solehah..
isteri yang sentiasa dihati..
dan isteri yang dicintai...
Amin,Amin Ya Rabbal Allamin..

semoga kita menemuinya .. Allah telah menjadikan setiap manusia itu untuk hidup berpasang-pasangan .. cuma lambat atau cepat sahaja urusan jodoh itu didatangkan .. untuk lelaki,carilah seorang perempuan yang anda tahu mampu menjadi isteri yang baik untuk anda,yang mampu menjaga dirinya hanya untuk kebahagiaan anda .. carilah seorang perempuan yang anda tahu pasti mampu jadi ibu yang mithali,yang masih mengenal halal haram dalam hatinya .. yang mampu menyayangi keluarganya dan keluargamu .. carilah seorang perempuan yang terbaik yang pernah anda kenal dalam hidup anda .. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...