nuffnangku

Sunday, January 17, 2010

Bandung,Indonesia

setelah sekian lama.baru sekarang,aku berkesempatan untuk update.
Bandung.tempat yang bagi aku,sangat indah. nyaman dan menenangkan.di sinilah syurga membeli-belah.diulangi 'syurga'.hmm.hehe.sebenarnya excited giler nak ke sini.Akhirnya jadi kenyataan juga.Alhamdulillah.Aku g sini pada 23 oktober 2009 til 26 oktober 2009 yang lalu.untuk yg suka bershopping tapi masih belum berpeluang ke sana,silalah pergi.sunguh mmg tidak rugi.




.HARI PERTAMA.
pagi.di LCCT Kuala Lumpur.Malaysia.


231009-LCCT AIRPORT

semua dengan muka ceria

231009-LCCT

sebenarnya DI LARANG bergambar di sini.tp aku wat jugak sbb bukan selalu dapat bgambar dekat sini.ye tak?hehe


tengahari.Soakarno Hatta Airport Jakarta.Indonesia.


231009-JAKARTA AIRPORT




JAKARTA AIRPORT1JAKARTA AIRPORT3

muka ceria sahabat-sahabatku sebab dah berjaya sampai di Indonesia.heheh.canggih la airport mereka ni jika nak dibandingkan dengan kita tau.lebih selamat.

Dari Airport Soekarno Hatta,kami terus berangkat dgn MPV Pak Taufik(supir kami di sana)ke Bandung yang mengambil masa dalam 3 jam,kalau tak silap.Kami tak sempat makan lagi time ni.Masing-masing ikat perut.haha.Otw tu kami singah sekejap kat tempat rehat.Kak Irma sempat beli Tauhu Goreng.memang sedap.rasanya berbeza ngn tauhu goreng kita even rupanya sama je.lebih berlemak dan makan dgn cili api.lazat2.

Tiba di Bandung.
tiba di Bandung.tempat pertama yang dituju,rumah makan.restoran lah.Pak Taufik yang cadangkan.kami ikut jer.Pak Taufik pesan,Nasi Pandang ni style hidangnya adalah semua lauk-pauknya dihidangkan sekaligus.Kita hanya perlu pilih yang kita mahu sahaja.Yang tidak mungkin dimakan,jangan di usik.nanti kena bayar juga.Ok.nasib baik dah di inform awal2.sebab lauk-pauknya memang sangatlah mengancam selera.hehe.tak banyak bezanya dengan masakan Malaysia.tapi masih ada kelainannya.

nasi padang

sebelah kanan.daging tu memanglah tersangat sedap.sunguh.after that kami ke apartment.siap2.


Apartment.
Menginap di apartment Setiabudi.Agak unik sebab hotel dan apartment digabungkan.Apartment ni kita kena sewa pada ownernya dan kena deal ngn diorang sendiri.Kalau hotel kita bleh check-in mcm hotel lain.Grand Setiabudi Hotel and Apartment. lengkap dengan peti ais,dapur.


APARTMENT SETIABUDI


sila abaikan model di dalam gambar ini.patutnya harus letak pic gadis seksi promote hotel ni tp takde.haha.modelnya,aku tangkap muat je.dapatlah bapak yg tak berapa nak seksi ini.(sorry,samsul.hahah)

biliknya agak selesa.katil double untuk gadis2.dan single itu bilik si teruna2.

Rumah Mode.

RUMAH MODE

heaven.barang2 branded di jual dengan harga yang murah2. lepastu kami ke Factory Outlet.untuk jenama2 seperti Grande.Heritage.

Kampung Daun.
lepas tu kami bergerak ke Kampung Daun untuk dinner.Idea Kak Zura.Credit 4 her sebab tempat ini memang superb.sejuk giler kat sini.Tempatnya memang jauh.Dan nak ke sini kena melalui jalan kampung yang berliku2.jauh di pedalaman.tapi percayalah,mmg berbaloi.


jakarta bandung2009 157



KAMPUNG DAUN


kena duduk bersila.

kampung Daun,bandung-nasi timbel komplit
makanan yang aku pesan-Nasi Timbel Komplit.sedap.


KAMPUNG DAUN2
dipesan oleh Kak Zura n Apish.nasinya dikukus dan memang sangat wangi.kitorang ratah gak nasi tu sebab memang lazat.hmm.tgok ladanya,mmg bleh membunuh.haha.bijinya besar2 kot.

kampung Daun,bandungKAMPUNG DAUN3jakarta bandung2009 154jakarta bandung2009 147
kekenyangan.Alhamdulillah.

jakarta bandung2009 114
pakaian waitress.berkain batik.hmm.seksi.cumil.

KAMPUNG DAUN4
samsul kata mukaku seiras gadis ini.betul ke?ade la sikit kot.hehe.jam kat belakang tu tunjuk kul 10.25PM.kalau di Malaysia sudah pukul 11.25 PM.
KAMPUNG DAUN6
rasa mcm berada dalam rancangan Survivor plak.sebab ada ungun2 api camgini.haha.sempat lagi kitorang memanaskan badan sebab memang sejuk tak bleh bla.sangat2.
kami pulang dengan muka bahagia even letih giler.perjalanan hari pertama yang berbaloi dan best.

.HARI KEDUA.
Pasar Baru,Bandung.
PASAR BARU1
paling kanan.Pak Taufik.supir kami yang sangat best dan sporting.

PASAR BARU2
sini bleh borong kain batik,tudung,telekung dan mcm2 lg.murah2 smuanya.
PASAR BARU3
pak taufik pesan-hati2 ngn pencopek dompek ok.kene jaga handbag selalu.
lepastu.kami lunch di foodcourt.dan terus bergerak ke Cihampelas Walk.tp hujan lebat.so we all singah di Rumah Tas dulu.

Rumah Tas.
Gadis2 dan wanita2 yang gemarkan tas tangan(handbag) yang original,di sinilah syurga tas tangan.memang eksklusif.

RUMAH TAS,BANDUNG
aku penat.hanya tungu di luar dengan apis.sementara yang lain2,asyik n hanyut dgn tas tangan.hehe

Jln Cihampelas.
CIHAMPELAS WALK
jeans ori dengan harga yg tersangat murah.excited masa kat sini coz tjumpa ramai orang malaysia.tetibe rasa mcm berada di Malaysia.hehe

Distro.
Pada ketika ini,para ibu2 sedang bmanja2 di spa.tapi aku tak ikut sekali.sebab aku lebih senang ikut samsul dan apish ke Distro.apa itu?hehe.Distro adalah 1 kawasan yang sgt luas yang menjual barang2 atau produk2 dari local designer yang mungkin belum mengkomersialkan label mereka secara besar-besaran.tp tempat ni popular.aku suka sini.sebab nyaman giler jalan2 di sini.uniknya setiap kedai itu ada pagar masing2.mcm rumah taman.bentuk yg sama tp y uniknya ia kedai.semua di sini konsepnya seperti itu.

DISTRO1
antara kedai yang terdapat di sini.

label yang aku ingat->unkl347 di Jln Trunojoyo 4, Invictus di Jln Pager gunung 13 and Jl.Trunojoyo 6 , Ouval Research di Jln Buah Batu 64, No Label- Jln Sumatra 24, Blackjack-Jln Trunojoyo dan Screamous-Jln Trunojoyo. di Blackjack,aku sempat membeli 2 purse yang agak indie pada harga 70,000 Rp(dlm RM30 lebih,klu x silap.dah lupe la).nnti aku upload picnya.tp lainkali la.hehe.
DISTRO3
model tidak berbayar no.1.Style owh topi2 di situ.tmasuk yg dipakai oleh model bernama samsul. T_T
DISTRO2
model tidak berbayar no.2. Smart owh apis pakai jacket tu.dia beli kalau x silapla..

Paris Van Java.
ala-ala the Curve kot sebab ada tempat lepak yang terbuka.mmg happening giler.yang lepak2 kat sini,majoritinya remaja dan mereka mmg trendy dan stylo.majoritinya mmg cantik2 dan berkulit putih gebu.serius x tipu.orang Bandung sememangnya cantik2.gaya dorg mmg lebih advance berbanding dengan kita yang kat KL.
PARIS VAN JAVA
PARIS VAN JAVA2
*sunguh keletihan.oh ye,apis dan samsul tak follow kami sebab mereka ralit di Distro*
maksud ralit-leka,asyik.hehe

Esok,pagi2 kami akan bergerak ke Jakarta.sayang giler nak tingalkan Bandung.Dtg sini,seperti ada sumpahan.iaitu sesiapa yg penah dtg sekali pasti akan datang lg.mungkinkah?hehe.Pak Supir yg cakap.mungkin kot.........


*entry untuk jakarta,nanti lah aku update ok *

1 comment:

  1. hi vee...apartment setiabudi brpe RM semlm? tq 4 respons...

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...