nuffnangku

Tuesday, December 29, 2009

sesuatu yang ditakdirkan itu adalah yang terbaik untuk kita.

3dboxshape

"Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu benar-benar mampu buat kita bahagia. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya."

sememangnya apa yang telah ditakdirkan buat kita itu,adalah yang terbaik untuk kita.even sometimes,kita terikat pada 1 perhubungan yang langsung tidak membahagiakan tapi andai itulah jodoh pertemuan kita,maka itu lah yg tbaik untuk kita walau hanya derita sahaja yang mampu kita kutip selama ini.kenapa?sebab Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.kita di uji kerna Dia hanya mahu kita sentiasa 'dekat' dengan Nya.

adakalanya yang kita mahu tidak sama dengan yang kita miliki.haruskah di sia2 kan apa yg kita miliki semata2 mahu mgejar apa yg kita mahu?apatahlagi jika yg kita mahukan itu belum tentu dapat mbahagiakan kita seperti yang kita telah miliki?dalam hidup ini,tidak semua orang bertuah.tidak semua orang bernasib baik.jika kita di antara yg bnasib baik itu,maka syukurilah takdir kita.jgn dipersoalkan mengapa begini..mengapa begitu..

mungkin adakalanya kita melukis gambar yang sama dari sudut yang berbeza..maka gambar itu kelihatan tidak serupa.padahal sebenarnya ia sama.begitu juga kaitannya dengan hidup kita.apa yg kita lalui mungkin berbeza dari orang lain,tp jika di kaji sedalam2nya.ia sebenarnya menuju destinasi yang sama.kalau dalam cinta,yg dituju adalah bahagia.tp bahagia yang semacam apa yg kita cari,itu sangat subjektif.terpulang pd penilaian kita sdiri.ada yang menuju kebahagiaan hakiki.ada yg mcari erti cinta sejati.dan ada pula mcari kemewahan wang ringit.dugaan yg kita lalui tidak mungkin 100% sama dgn org lain.tp dugaan tetap dugaan.dan bila sesuatu itu terjadi,cara kita mentafsirkan sesuatu itu mungkin berbeza dgn seseorang yg lain,tp motifnya tetap sama.kalau semua orang melukis gambar yang dipandang dari sudut yg sama aje,maka animasi 3D mungkin tak sape terfikir pun nak reka kot.

ok.rasanya adakalanya dalam hidup ni kita perlu view life kita seperti 3D.bermaksud view/perhatikan/telitikan/nilaikan dari semua sudut.jgn pandang yg negatif2 nya aje.cuba cari yg positifnya sekali.pasti akan ditemui.adakalanya kita rasa org itu semacam terlalu bertuah.apa yg dia nak semuanya dapat.tp apa yg kita nak,payah nak dapat.kadang2 langsung tak dapat.kita cuba membandingkan lukisan yg kita dah siap lukis tuh dengan lukisan dia.confirmlah tak sama kan.sebab kita lukis gambar tu dari sudut kiri.die pula lukis gambar itu dari sudut kanan.so kita macam rasa yang lukisan die tu terlalu lawa giler n lebih indah dari lukisan kita.tapi benarkah?

beristighkharahlah jika terasa sangat keliru...
Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu.
Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib.

Wahai tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.”

*maybe ada yang tak faham apa yang aku cakap.takpe.isu ini isu subjektif.so apa yg anda faham,itulah penilaian anda ttg life anda sdri.hehe*

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...