nuffnangku

Friday, January 6, 2017

2017

Happy New Year 2017.

Tuesday, December 20, 2016

BFF TAKES PENANG


Salam. Cerita ni dah sebulan berlalu. Tapi better lambat update dari nothing kan.Hehe. Aku bz sangat so macam tak cukup masa nak edit pic(pic kemain banyak, kena pilih2 and buat grid.kalau tak, muntah korang nak hadap kemain banyak pic ).

Kitorang plan sebelum raya haji lagi. Jupe untuk lepak then aku kate sesaja, kite tak pernah g holiday sesama. Masa tu jugak dorang bertiga sangat sporting kate jom. N terus Diela kate cari tempat yang bukan negeri sesapa. Maksud die,negeri asal kitorang la. So Penang! Masa tu terus semua ok then kitorang kate nov mcm ok.

Anjak seminggu awal dari tarikh yg dah dipilih sbb cik pieka tak free minggu tu. So 18 Nov- 20 Nov 2016 tarikh yg dipersetujui dan alhamdulilah kami selamat pergi dan selamat pulang dgn mcm2 drama. Haha.

Sekadar untuk kenangan masa depan la, bila aku dah tua2 t nak recall balik, antara saat best dalam hidup ni kan. Kitorang mula2 book Hotel Chulia Heritage.sebulan lebih dari tarikh nak g thru Agoda. Tapi buat pay later kekonon nak jugak homestay.

Plan awal kitorang memang nak duduk homestay 3 bilik tapi nak yang selesa since ade 3 budak kecik. Saja nak pilih homestay nak reminiscing the good old days masa kitorang dekat universiti dulu, weolls serumah dulu. Lama jugak dalam masa 3 tahun. Tapi semua homestay yang ok full book. Sabo jela. So lupakan homestay,pilihla hotel. Senang. Malas nak fikir2 dah.

Berbalik pada hotel chulia heritage tu, buat pay later. So masa hari nak submit payment tu,ade problem sikit,payment tak go thru. So auto cancel๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ.

Letih ok 2-3 hari aku dok survey. Nak cari kriteria yang diperlukan mmg agak azab. Kawasan bandar banyak yang dah full. Sehinggalah jumpa hotel TH Penang, bayan lepas. Jauh pun jauh la asal ada. Ok book!

Drama lagi! Mlm 17 nov tu, masa tu aku tengah jalan2 dekat The Curve- ikano ok, dapat mesej dari Agoda kate hotel kami tu cancel sebab masalah accomodation- aircond tak berfungsi. Buat lawak yang tak kelakar weyy! Payment dah submit dekat 1k semingu lepas. Apehal last minit kau cancel tetibe!

Terus mati mood aku nak shopping. Ajak husben balik umah, dalam keta tu update diela pieka n nuril. Dorang terkejut tapi dorang ni jenis cool kalah air batu. Aku sorang jela gelabah.hahaha.

Mana tak gelabah wey.
1) payment da submit 1k. So sape nak kene dulukan duit tu kalau nak book hotel baru? Refund amik masa 8 hari bekerja. Ngek dia!

2) esok nak g dah. Bukan lagi semingu or lagi dua hari.esokkkk!

3)takkan nak cancel trip?semata sbb hotel xda. Tapi kalau tak cancel, nak tdo mn? Ade ank kecik plak ni.

Sibuk wasap mlm tu. Akhir nya 3 org ni kate "takpe sarah. Kite redah je. Sok dah sampai,kite cari je mana2hotel yang available. 

++lepas dpt sms kate Th hotel cancelkan book kitorang, terus husben aku call agoda customer service +60 3 2053 1869 . Dorang sangat2 membantu. Memang dorang tolong carikan mana2 hotel yg available ikut rate pymnt yang kitorang dah buat tu.so kalau ade nanti,tak perlu refund lah. Duit tu terus proceed untuk the next hotel. Tapi dpt taw pyn dah mlm kan, mana je hotel yg nak layan pas 12 tghmalam tu. So staff agoda kate esok pagi dorang cuba lagi 

18 Nov 2016-
Plan nak jumpa dekat RnR Rawang kul 9. Tapi ril and pieka mcm terawal. Aku n diela,mcm terlambat. Aku bz melayan staff agoda yg kerap call sbb nak tnya hotel ni ok. Hotel tu ok. Last2 semua full. Sampailah last sekali dorang kate ok tak kalau apartment? Aku kate ok sbb last minit sangat dah. Berharap rumah tu selamat dan selesa jela. 

Ni nama apartment tu:
J's Apartment Stay Summerton, Gelugor.

Aku bagi 5 bintang dari 5! Alhamdulilah. Rumah cantik, deko ala hotel,3 bilik yang selesa, kemas dan bersih. Rumah bersih dan lengkap sampai aku boleh basuh baju ok malam tu haha. Ade mesin basuh lengkap dgn sabun basuh,ada dapur dan kelengkapan lain. Sangat sangat puas hati. Ada hikmah la kan tak dapat hotel. Tapi dapat stay dekat apartment dan serumah dgn my fav girls. Malam boleh lepak bilik nurilpieka, bersembang sampai tgh malam. PRICELESS!

Atas: dapur
Bawah area hall. Luas dan kemas,deko pun cantik ala ikea showroom.

Atas: bilik tidur utama. Luas. Sekali dgn toilet.
Bawah: bilik kedua dan ketiga. Selesa 
Semua queensbed.

Atas: makan pagi dekat RnR Tapah
Bwh: yeay dah sampai Penang!

Malam, makan Nasi Kandar Deen Jelutong dulu then lepak dekat queenbay sbb dekat sangat dengan apartment.

Nasi kandar deen jelutong, very recommended! Sedap!

Kami dulu dan sekarang, masih mesra seolah-olah masa tak pernah berlalu. Tak kekok pun wey dgn diri masing2.

Silence๐Ÿ˜.

Malam tu aku lepak bilik nurilpieka. Tahan dorang jangan bagi tidur dulu hahaha. Rugi wey. 10 tahun lagi pun tak sure dapat lepak sesama mcm ni ke tak.

19 Nov 2016-plan asal nak pergi Bukit Bendera. Tapi sampai2 je,queue panjang giler. Nurilpieka,diela n family amik fastlane.sorang rm30 cmtu. Kalau lane biasa rm10 per person.so aku n family pilih lane biasa. Dorg dah g dlu la. Dah beratur panjang,nak tunggu naik train pun dah panjang giler dan beratur panjang.imagine dalam train nanti and time nak turun nanti? 

Last2 aku cakap dengan husben,x payah lah.tak sanggup sbb sesak padat mampat.so kitorang pusing blik n keluar. Lepas tu g padang kota tunggu dielanurilpieka sampai pas settle dorang naik bkt bendera tu.

Pagi sebelum gerak.
Singgah makan dengan Nasi Kandar Kampung Melayu sbb dekat dgn Bukit Bendera.

Petang lepak Padang Kota Lama, makan pasemboq.

Nuril pieka arip dan diela

Bff since 2006 till forever ( insyaAllah)

My lil family.

Girlssss

Santai tepi laut main bubble! Aunty Nuril belanja bebudak ni. Ikut mak die ni, malas nak layan. Haha. Aunty pieka,aunty nuril n uncle arip rajin melayan! Tq. Jasamu dikenang.

Malam, g pasar malam Batu Feringghi. Kami berempat dengan 2 anak aku. Husben aku dan Arip pergi berurut n bw sekali baby inara sbb inara tdo.

Kat pasar malam. Adventure la jugak. Dengan tolak stroller kat tempat berliku dan agak sempit๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.

Malam dinner ikan bakar tapi aku lupa nama tempat.Area batu feringghi jugak lah. Dan sangat murah. Nuril belanja semua even die makan sepingan mihun goreng je kot( lupa!)

Balik tu. Arip bawa ikut jalan lain untuk balik ke Gelugor. Ya ampun. Jalan tu kat bukit yang tinggi dan gelap ok. Ala2 cameron highland dah. Gaya mcm nak naik ladang teh tu. Imagine la. Tapi yang ni,xda keta lalu pun. Scaryyy. Aku nak tdo pun tak jadi. Terfikir kalau mati cmne. Hahaha. Drama je kan. Sebab dari tempat tinggi tu leh nampak bandar nun jauh di bawah tu. Nak jumpa rumah orang sebijik pun payah.
Aku rasa nak muntah bila dah sampai. Tapi rasa nak sujud syukur pun ade jugak hahaha.keta arip depan. Aku folo belakang. Memang kalau leh taknak terlepas keta arip dari pandangan sbb kete tu satu jela yang ade.๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ. Imagine kalau keta rosak time tu. Nauzubillah. Seram sbb hutan belukar dan tinggi mcm gaung je.

Balik tu smua tdo awal. Letih!

20 Nov 2016-
Aku, husben,nuril dan 2 anak g Transfer Road untuk roti telor goyang ni. Nuril nak tapau je sebab die risau balik lambat(๐Ÿ˜’๐Ÿ˜’๐Ÿ˜’) padahal pieka diela n arip ms kitorang balik tu tak bangun lagi ok. Tapi tahu jela nuril tu. Layan jelaa. So tapau tapi sempat gak makan situ.

Roti bakar transfer Road.

Pagi sebelum nak checkout. Lepak2 dulu. Semua girls khen. Husna pun tak terkecuali.
Bawah: buku yang husna bawa utk aunty nuril die baca kan. Setiapkali datang bilik tu,msti bawa buku ni.padahal ade banyak lagi buku lain

 Pastu borong Jeruk Madu Pak ali. Tu pun dah nak seratus habis haha. Then lunch dekat Mi pitchay Medan Suri, Sg Nibong. Kiranya ni la last kitorang lepak sesama dekat Penang ni.
Sedap!

Dulu, kitorang berempat je masa tahun 2005-2006. 10 tahun kemudian, dah seramai ni. ALHAMDULILAH.

Bff takes penang, bayan lepas sebelum masing2 ke destinasi masing2.

Aku syg sangat diorang ni. Sape je lebih kenal kite melebihi orang yang dah pernah serumah dgn kte bertahun khen. Baik buruk pun dah tengok tapi masih kekal berkawan! Aku harap biarlah sampai bila2. Biar sampai dah tua pun masih kawan. Sayang sangat dorang. Aku harap #403bff ni kekal sampai bila2. Even dulu rumah tu ramai lagi penghuni nya,tapi mana yang sudi jela kte terus panjangkan frendship ni ya. 

Sekian catatan penuh,sebab aku malas nak buat part2. 

Yang Benar
 Mastermind puan sarah a.k.a mak tiri hahaha

Tuesday, October 11, 2016

Be a woman

Copy paste from fb

Don't marry a boy to lead you.
Don't marry a girl to complete you.

Be a man to a woman.
And be a woman to a man.

Because marriage is not for boy, nor to a girl. Marriage requires maturity and patience.

It is different how a boy handles a woman and how a man handles a woman. It is different how a girl reacts to a man and how a woman reacts to a man.

Boy and girl run from problem. While man and woman face and solve the problem.

Don't get too excited about early marriage stories in instagram. Because most of them show only the beginning and beautiful side of marriage. Not the hell side.

Read the facts from Mahkamah Syariah instead of Instagram. Divorces rate boost up from year to year.

" Kerap bertengkar "
" Masalah kewangan "
" Pasangan tak matang "

You don't marry someone to get divorced.
You marry someone to commit. Thus, you needed a preparation. Change yourself from a boy to a man. A girl to a woman.

Don't rush guys.
Marriage might be a sweetdream. But it could also be a nightmare. You'll determine it.

There's so much more to learn.
There's so much more to observe.
There's so much more to commit.

Commit to your study.
Commit to your parents.

If you can't commit to what you have, what makes you think you can commit to another ?

Be a man.
Be a woman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...